Stress Ada Kerja Lebih Baik Dari Stress Tiada Kerja

Pernah tak kawan korang datang minta kerja dan mengaku dia tengah desperate? Tapi kau terpaksa kata tiada sebab kau takut apa-apa jadi, dia akan salahkan kau balik? Ya aku hadap benda tu.

Tahun lepas masa pandemic melanda and Malaysia buat lockdown, sebulan lepas tu kawan aku diberhentikan kerja. Dia kerja di sebuah company iklan dan media bertempat di Kuala Lumpur.

Kebetulan ketika itu, syarikat tempat aku kerja pula menawarkan kerja kosong di mana bos pernah kata pada aku : “Kalau ada kawan awak yang okey perlukan kerja, bagitau saya terus serahkan resume”.

Kiranya aku ni ibarat ‘cable’ yang kalau aku rasa orang tu okey, aku boleh recommend terus pada bos tanpa perlu buat permohonan kerja. Boleh terus datang interview lalu terus bekerja ASAP sekiranya ada potential.

Jadi aku iklankan tawaran kerja tu IG story aku. Ramai sangat minta kerja and berpusu-pusu DM aku. Tapi hanya beberapa yang aku kenal tu, aku terus contact di WS.

Yang tak kenal pula, aku suruh email saja kepada syarikat. Sebab fokus kami sekarang nak mencari staff yang berpotensi. Lagi cepat lagi bagus.

Kalau korang semua nak tahu, proses membuat pengiklanan di portal cari kerja macam Jobstreet tu memakan modal yang agak besar.

Di mana majikan perlu bayar harga ribuan ringgit untuk mendaftarkan nama syarikat di sana sebelum didatangi individu yang mencari kerja.

Yang memohon kerja memang ramai orang. Tapi bila kata tentang kualiti, agak sukar. Ini realiti yang ramai tak tahu.

Jadi berbalik pada kawan aku di WS, aku tanya adakah dia betul-betul nak kerja ni? Dia kata yes sebabnya dia kata tengah serabut nak kumpul duit kahwin. Beratus resume dia hantar tapi 1 pun tak lekat.

Di sini aku terasa nak bantu dia sebab dulu masa zaman belajar, kawan aku ni sejenis student yang sangat aktif. Join banyak program malah terlibat dengan politik kampus. Dari situ aku berpendapat, dia ada skill bercakap dan mampu bekerja dengan dengan baik.

Mungkin kalau kerja nanti, dia sejenis staff yang sgt dedicated dan boleh diharap. Ini adalah BIG WHY kenapa aku rasa dia ada potential dan boleh recommend pada bos terus.

Dia waktu itu menganggur dah dekat 3 bulan. Sebagai orang yang pernah menganggur masa tahun dahulu, aku sangat faham betapa sakitnya rasa kau takde duit. Lagi-lagi kalau duduk dengan keluarga. Kau rasa macam tak guna. Kenapa la takde kerja takde duit.

Oleh sebab dia bersungguh-sungguh, aku jelaskan segala cabaran yang dia akan hadapi bila bekerja di syarikat aku tu.

Tempat kerja mana yang tiada tekanan? Cuba beritahu aku? Tiada. Sebab semua kerja ada tekanan, tekanan tu yang akan bawa kau ke level yang lebih bagus. Bahasa mudahnya, carrier growth.

Antara benda paling susah adalah, dia kena berurusan dengan client yang pastinya mencabar. Handle robot lagi senang dari handle orang. Its a fact! Client di sini bermaksud bukan jumpa depan-depan, tapi kena reply email sekiranya ada product yang client nak kita buat.

Dalam masa sama, kena berurusan dengan bos aku yang sangat cerewet. Sebab apa saja kerja, dia nak perfect dan kemas. Bukan sekadar buat.

Aku sendiri juga ambil masa 6 bulan untuk bertahan dan sustain di sana. Jadi pada aku asalkan ada daya dan usaha, insyaAllah sesiapa sahaja boleh capai ke tahap aku sekarang.

Gaji aku tidaklah mahal. Sepanjang 3 tahun lebih kerja, gaji baru sahaja RM5000+++. Permulaan awal dulu hanya RM2200++. Sebab tu segala stress yang dihadapi, aku cerita dulu pada kawan aku. Supaya dia mentally ready untuk semua ni.

Aku cakap dengan dia, tak ramai orang tahan kerja sebab tak semua orang pandai interact dengan client. Apalagi nak layan perangai cerewet bos aku.

Tapi harus aku tekankan di sini, kerja memang bos sangat garang. Kalau tak pandai handle memang stress.

Tapi bila kau dah jumpa cara yang betul, bekerja dengan dia sangat senang. Tapi dia bukan jenis kaki maki, bila masuk waktu solat dia akan ajak berjemaah. Setiap bulan mesti belanja makan.

Gaji tidak pernah lambat. Tidak pernah kurang walau 1 sen. Segala claim atau bonus diberikan tanpa culas.

Terlambat gaji sehari saja (itu pun sebab masalah bank) dia minta maaf bertubi-tubi. Elaun disediakan. Cuti senang lulus. Tempat kerja yang kondusif malah apabila Syawal, staff akan dapat duit raya RM500-1000 setiap orang.

Pernah tak dengar tempat kerja yang sempurna? T-I-A-D-A. Kawan baik nanti bos taik. Kerja susah, gaji masyuk. Bos baik, kawan pula taik. Gaji ok bos ok, rumah jauh pula.

Jarang nak jumpa yang kau dapat semua ok. Mesti ada kurang di mana-mana. Dan itulah cabaran terbesar dalam dunia pekerjaan.

Jadi dek kerana kawan aku betul-betul nak kerja, dia okey dan terus aku rujuk kepada bos. Bos panggil interview lalu terus diserap bekerja. Dia masuk kerja seperti biasa.

Tapi sayang saban hari meniti bulan, aku mula nampak perangai dia yang tidak bagus. Di sini aku mula tak sedap hati. Waktu kerja, dia akan keluar untuk merokok.

Bos pernah kata, dia tak kisah pekerja dia nak merokok di kawasan pejabat asalkan waktu rehat/ habis kerja sahaja. Tapi agak melampau bila mana jam 2pm dah habis rehat, si polan ni masih berada di luar hingga jam 2.40pm dengan alasan ambil angin.

Dalam membuat kerja, dia suka melambatkan reply email hingga client terpaksa email tentang kerja kepada bos secara personal. Segala kerja jadi delay kerana dia tidak peka.

Bila masuk waktu solat, dia akan menghilang dekat 1 jam. Ada juga isu lain di mana kawan aku suka menjawab apabila ditegur sedangkan itu kesalahan dia.

Masuk kerja kadangkala lambat 20 minit dan macam-macam alasan diberikan. Dia juga suka mempertikaikan keputusan bos namun dia tidak memberikan idea penyelesaian. Mulut bising tapi tiada isi.

Semua masalah disiplin ini juga diluar kawalan aku. Aku pernah bersemuka namun tak ubah macam mencurah air ke daun keladi.

Namun bos tak menyalahkan aku. Bos berikan warning kepada dia melalui surat. Jika berterusan begini, bos terpaksa memberhentikannya dengan notis 1 bulan. Namun dalam masa sama, bos berikan peluang 2 bulan untuk dia berubah.

Kerana tidak puas hati, dia cakap dengan aku nak hantar surat berhenti serta merta. Eh! Aku kata, betul ke? Sekarang susah cari kerja, jadi macam mana kalau kau menganggur sekali lagi? Fikir lagi. Kalau nak berhenti, carilah backup kerja dahulu. Lepas tu nak stop, stoplah.

Itulah yang aku pesan malangnya egonya tinggi melangit. Dia siap kata nanti tahulah dia mencari kerja. Jadi aku iyakan saja.

Bos terima surat dengan hati terbuka. Sedangkan peluang berubah dah diberi sebab bos sendiri kata, dia pun tahu macam mana sekarang punya susah nak cari kerja.

Sehari sebelum dia tamat hari kerja, dia siap burukkan syarikat sewaktu kami sedang lunch. Aku duduk di meja hujung hanya mampu terdiam.

Sampai begitu sekali dia bercakap. Seolah-olah aku yang salah kerna mengajak dia kerja di sini. Sedangkan aku sudah beritahu awal-awal tentang cabaran yang mungkin berlaku.

Malam itu juga dia WS dan mula mengungkit katanya aku ‘tarik’ dia ke dalam syarikat yang tak guna. Aku diam hanya reply ‘maaf’. Terkilan? Sangat.

Namun di sini aku lihat, Allahu rupanya kawan aku yang bermasalah. Sangat tidak berdisiplin namun tetap menyalahkan orang. Sesekali aku rasa bersalah sebab bawa masuk dia ke sini. Tapi waktu itu niat aku cuma 1, aku nak tolong dia yang desperate perlukan kerja.

Selepas dia berhenti, masuk staff baru yang jauh lebih bagus. Bos sangat berpuas hati. Kami teruskan kerja seperti biasa. 2 bulan kemudian, tahu apa jadi?

Si polan datang meminta semula kerja dengan aku. Dia minta tolong supaya aku slow talk dengan bos. Memang betul aku boleh saja pujuk bos, tapi aku juga ada air muka nak dijaga.

Jadi di sini jiwa aku berbagi. Bukankah dulu kau yang bersungguh nak tinggalkan syarikat? Siap memburukkan lagi.

Dia kesal menyesal. Rupanya selepas sebulan berhenti dulu, dia ada dapat kerja lain tapi jauh lagi teruk dan kejam. Di situ baru dia sedar syarikat kami jauh lebih ok. Walaupun stress namun dibayar dengan gaji lumayan. Manakala tempat kerja baru pula, gaji cuma RM1500-2000.

Kesian tak tengok kawan aku? Dia siap nangis ketika menelefon aku. Dia merayu diberi peluang, dia akan hargai sebaiknya. Aku sangat simpati. Apalagi dia kawan aku ketika zaman universiti dahulu. Tapi bagi aku, nasi dah jadi bubur. Bubur dah jadi tahi.

Aku ketepikan sentimen persahabatan. Kali ini aku tidak dapat membantu dia. Biarlah apa yang jadi ini jadi pengajaran untuknya. Lebih baik tertekan ada kerja daripada tertekan tiada kerja.

Sejak hari itu, aku selalu nampak dia post gambar quotes pasal kawan tak boleh hadap dan pengkhianatan seolah-olah ditujukan pada aku hanya kerana tidak bantu dia sekali lagi. Aku tak nak overthinking, jadi aku hide semua berkaitan dia di media sosial. Aman.

Sesungguhnya, tiada kerja itu sangat sakit dan pahit. Tambah pula masa tu umur dah 25 tahun ke atas. Sangat perit tuan-tuan.

Baru-baru ini juga, kami membuat iklan sebab bos bercadang menambah staff lagi. Tapi aku tidak kongsikan ke IG seperti dulu. Aku diam saja. Kemudian datang lagi seorang kawan tiba-tiba tanya. Ada kerja kosong di tempat kau?

Tahu apa aku jawab? Oh sorry takde. Sebab apa aku tipu? Sebab aku taknak benda lama berulang. Aku tak nak ajak orang yang aku ‘kenal’ kerja sebumbung. Bila berlaku masalah, ia lebih merunsingkan dan menyakitkan hati.

Pada pendapat aku untuk staf baru nanti, biarlah yang datang itu adalah orang lain yang aku tidak kenal langsung. TOTALLY STRANGER IS BETTER. Daripada ambil kawan atau kenalan rapat sendiri, bila ada masalah akan dipersalahkan lagi dan lagi.

Sedangkan dari awal, aku cuma nak kongsikan peluang kerja yang mana hujung bulan kau ada jugalah pendapatan kerana aku sangat faham penderitaan seorang penganggur.

Kepada anda di luar sana, ingatlah zaman ini mencabar. Masih ada kerja, hargailah. Jika nak berhenti, pastikan ada backup.

Mungkin anda rasa akan ada juga kerja, tapi sediakan payung lagi bagus. Bukan dah tunggu hujan tsunami baru nak cari payung. Masa tu dah basah kuyup tak boleh buat apa.

Maaf terpanjang, tapi inilah luahan aku. Baik stress tapi masih ada kerja dr stress takde kerja. Betul atau salah?

– Vie (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *