Hai semua, Ini sedikit luahan hati saya mengenai situasi yang saya alami sekarang.
Saya merupakan seorang graduan lepasan diploma dalam bidang sains komputer. Umur saya dah masuk 22 tahun.
Saya sekarang ini baru mendapat kerja sebagai IT technician dan telah bekerja selama 2 bulan.
Masalah saya sekarang ini, saya stress disebabkan oleh kebodohan saya dalam bidang IT.
Untuk pengetahuan, ini adalah pekerjaan pertama saya. Apabila saya mula bekerja saya perasan terdapat pelbagai perkara yang saya perlu perbaiki.
Secara jujur saya masih ingin terus bekerja tetapi kekurangan ilmu saya di dalam bidang IT membuat saya tertanya2 adakah saya perlu mengambil ijazah.
Bukan saya tak nak ambil ijazah, tapi requirement kerja zaman sekarang pelik – pelik. Job untuk fresh graduate tapi nak pengalaman kerja 2 – 3 tahun.
Sebab itu, saya ingin terus bekerja untuk dapatkan pengalaman.
Tapi disebabkan kekurangan ilmu saya selalu dimarahi oleh orang atasan.
Justeru itu, menyebabkan saya hilang semangat untuk terus bekerja untuk mencari pengalaman.
Kalau ikutkan plan asal saya, saya nak buat part time degree je. Tapi, kerja disini tak rileks.
Maklumlah bila kerja sebagai technician kita perlu bersedia hampir 24/7.
Walaupun office hour dah habis kau tetap akan dipanggil jika berlaku sebarang masalah di production line. J
adi nak buat degree part time sambil bekerja itu amatlah susah bagi saya.
Nak sambung kerja ataupun nak sambung belajar?
Nak pengalaman atau nak ilmu?
Secara jujur aku dah bingung.
– Budak Muda (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kerja dulu 2-3 tahun pastu sambung degree full time..xpe lambat sambung pengajian tu, sebab keje dah ada dalam tangan.. dapatkan pengalaman berharga tu penting..
Sambung je blajar, klaw dlm sector govt., skrang bole je blajar “full-time”, tp gaji jalan mcm biasa, cuma ‘seniority’ rugi ckit, x pe, dpd kna ‘marah’ hari2.. kdg2 bkn msalah kerja sgt tp sikap bos yg x membantu, sepatutnya dia fhm awk bru n first time dpt kerja, patutnya dia bimbing n bg semangat utk terus cari ilmu n pengalaman, bkn asyik marah2, mcm tu bla nk maju dlm kerja..
adik, normal untuk 6 bulan pertama kita akan rasa bodoh. please kuatkan mental dan banyakkan bertanya dengan senior kalau ada part yang tak faham. semoga dipermudahkan urusan.
saya pun dalam bidang IT, kerja & belajar tak sama tak kisah ambil diploma atau ijazah. bila masuk alam pekerjaan situasi akan berbeza. memang 6 bulan pertama memang akan rasa nob. InsyAllah bila dah lama dalam bidang nie awak akan mahir. jangan putus-asa.
Instead of further degree better ambk certificate… Dlm bidang it mmg sgt2 demand org yg ade technical skill… Banyak je online class ko boleh ambk dik… Btw mula2 keje biasa dik mcm tu, akak pom dulu mcm tu gak… Org atasan mmg gtu so xleh bt pe..