Stress, Anxiety, Depression

Hai. Nama saya S untuk masalah saya iaitu saya terlalu stress and depression.

Okey, dulu waktu saya kecil saya memang berjauhan dengan keluarga saya, jadi setiap kali saya ada masalah saya memang tak kan bagi tahu orang lain.

Saya memang dikenali sebagai orang yang pemalu dan juga pendiam. And lepas saya berpindah duduk dengan keluarga saya balik, memang susah untuk rapat. Jadi saya memang selalu keluar rumah sebab dekat sini saya ada seorang kawan.

Hmm. Awal-awal saya fikir dengan ada kawan baru saya takkan kesepian lagi sebab parents saya memang sibuk kerja. Tapi sebabkan saya terlalu percaya, saya jadi terluka.

Sejak saat tu saya tak pernah ada kawan atau apa lagi sebab sakit itu hanya saya je yang tahu. And macam saya cakap saya memang tak rapat sangat dengan parents saya sejak tu. Apa-apa hal yang saya buat saya memang takkan bagitau dia orang.

Lepas beberapa tahun saya memang jadi orang yang agak lain dan itu pun parents saya perasan. Saya mula ada stress, tertekan and anxiety. Yes, saya ada masalah cemas yang berlebihan and waktu tu saya memang tak percayakan orang lain.

Saya mula ragu-ragu dengan orang sekitar saya. Sampai suatu saat saya ada rasa nak mati and mula fikir yang karut-karut, tapi suatu saat tu saya tiba-tiba terfikir yang kalau saya bunuh diri saya berdosa.

Dan kalau saya ditakdirkan mati waktu saya nak bunuh diri tu, saya mesti berdosa dan rugi. Sebab dahlah saya mati and saya bunuh diri pula tu, lagi lah bertambahkan dosa saya.

Sejak itu setiap kali ada fikiran tentang bunuh diri saya selalu sabar and berfikir lebih matang. Setiap kali ada masalah saya akan diam and try untuk sabar.

And suatu hari tu saya try untuk buat hal yang paling saya suka tapi saya tak dapat rasa apa-apa lagi waktu tu. Perasaan saya rasa kosong and fikiran saya serabut and selalu ada fikiran negatif setiap hari saya tertekan.

Saya selalu tertanya tanya untuk apa saya hidup sebenar nya. Bagi saya manusia atau orang sekitar saya memang tak pernah pedulikan saya. Mereka tak pernah tanya apa yang saya nak and apa yang saya rasa. Waktu tu bagi saya satu je, impian saya nak pergi dari rumah ni.

Ini kenyataan nya. Semua orang dalam rumah ni cuma pura-pura. Diorang tak pernah tanya apa perasaan saya.

Kadang saya rasa oh saya hanya terlalu overthingking tapi sebenarnya itulah kenyataannya. Oh by the way, saya anak bongsu. Sebenarnya, apa yang saya nak sampaikan ialah, ramai yang kata anak bongsu ni manja dan dimanjakan, kan?

Tapi kenyataan anak bongsu adalah anak yang terpaksa jadi dewasa sebelum umur dia sebab dia adalah harapan terakhir parents dia.

Jadi, nak tak nak, seluruh hidup dia, dia yang patut jaga orang tua dia. Yea memang mak saya selalu dahulukan anak pertama and anak lelaki dia pun.

Itu dulu pernah buat saya cemburu. Dan suatu hari tu, saya tanya dia kenapa dia selalu pedulikan anak lelaki dia. Tapi, dia tak jawap.

Dan sekarang alasan dia dia cakap yang dia tak pernah bezakan semua anaknya. Tapi kenyataan saya tahu apa yang jadi. Semua masalah saya, saya selalu pendam.

Kawan saya satu pun tak ada. Jadi, kadang-kadang semua masalah saya, saya patut lupakan supaya saya tak stress. Kadang orang selalu tanya kenapa saya manja sangat, sikit-sikit cakap je, lari masuk bilik.

Tapi dia orang tak tahu. Satu je, kata-kata dia orang boleh buat kan saya stress and kadang hilang kepercayaan diri. Saya tak macam dia orang yang kadang dia orang kata saya sebagai anak bongsu hidup senang.

Yelah sebab dia orang kan kena kerja. Tapi dia orang tak tahu yang saya tahu dia orang juga lari dari masalah. Dia orang kata yang dia orang nak kawin sebab dah malas kerja untuk adik-adik dia orang.

Yang dia orang tak tahu, adik-adik dia orang ni lah yang akan teruskan tanggungjawab dia orang untuk orang tua dia orang.

Yes, bagi dia orang kata-kata nasihat saya tak berharga sebab apa sebab saya hanya budak yang tak matang. And belum tahu apa-apa lagi but dia orang tak tahu yang adik-adik dia orang selalu berusaha untuk cari kerja.

Walaupun kami masih remaja tapi kami tahu betapa susah nya cari duit sebab tu kami jarang nak minta duit dekat mak ayah kami.

Tapi nak buat macam mana lagi, bagi dia orang saya ni memang menyusahkan and ya nak buat apa lagi diam jela. Dah biasa lagipun bagi dia orang kita ni memang tak matang fikiran manusia memang susah nak ubah.

Daripada saya stress saya lebih memilih untuk abaikan and hidup dengan apa yang boleh buat saya bahagia, daripada saya kejar kasih sayang orang yang tak hargai saya. Lebih baik saya cari kesenangan saya sendiri.

Untuk orang yang kat luar sana kalau korang tak pernah dihargai jangan dikejar lagi. Sebab dimata dia orang kita tetap tak penting. Dia orang boleh pilih kebahagiaan dia orang sendiri. Jadi kita pun boleh juga ingat lepas dari masa lalu memang susah.

Tapi masa lalu tak boleh diulang atau dibuat lagi. Tapi masa depan pasti boleh dan akan boleh. Percayalah dengan diri sendiri dengan itu akan ada banyak hal yang boleh buat awak bahagia.

Masa lalu ada untuk kita belajar supaya di masa depan kita tak menyesal lagi. Ingat anggap ja yang masa lalu awak tu macam mimpi yang datang dan pergi ia takkan kekal pun. Yang kekal tu masa depan.

Hari ni kita gagal tak semestinya besok sebab kita dah belajar jadi pasti takkan gagal lagi.

– S (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *