Stress atau Depress

Assalamualaikum. Hai semua. Terima kasih admin sudi siarkan perkongsian ni. Apa yang saya nak ceritakan dalam karangan saya ni ialah tentang depression, dalam bahasa melayu kita panggil kemurungan.

Sebelum tu, saya nak bawak dulu semua orang untuk membezakan istilah depressed vs stressed. (Bahasa melayu : murung vs tertekan)

Bila kita menghadapi sesuatu situasi yang kita tak suka contohnya bergaduh dengan kawan, banyak hutang dan sebagainya kita akan rasa tertekan. Itu maksud perkataan STRESSED. Kita marah, sedih dan kadang kala mengamuk. Bila masalah tersebut selesai kita kembali ceria dan emosi menjadi stabil semula.

Tetapi selalu je kita dengar orang keliling kita, bila mereka menghadapi keadaan tertekan atau stressed ni, diorang akan kata, “Depressed aku dibuatnya!”

Dalam situasi depression yang sebenar, orang yang menghadapinya akan mengalami keadaan yang jauh bezanya berbanding orang yang stressed tadi. Orang depressed ni mengalami ANHEDONIA (hilang minat utk buat apa saja perkara yang dia biasa buat, tak nak gi kelas, taknak jumpa kawan2, tak nak keluar rumah, tak nak bgn tidur and so on), INSOMNIA (gangguan tidur, sampai tak tidur berhari hari pun ada), TURUN ATAU NAIK BERAT BADAN DGN MENDADAK, GANGGUAN SELERA MAKAN, SELF ESTEEM DISTURBANCE (rasa diri tak berguna) dan banyak lagi, dan paling takut kalau diorang ada SUICIDAL THOUGHT.

Itu beza stressed dan depressed. Untuk mengatakan seseorang tu mengalami depression mesti berdasarkan DSM V criteria. Bukan senang-senang cakap kita ada depression sebab dah seminggu bergaduh dengan kawan dan masalah tak selesai2. Stressed dan depressed tak sama, WALAUBAGAIMANAPUN, situasi yang menyebabkan stress yang berulang ulang boleh mengakibatkan depression.

Kenapa saya nak cerita pasal depression ni? Sebab ada org keliling saya yang keliru dan memandang remeh isu depression ni.

Secara ringkasnya, depression ni terjadi disebabkan kekurangan serotonin dalam otak. Serotonin ni dlm bahasa senang nak faham, ia ialah hormon gembira.

Orang yang mengalami depression ni sama la macam orang yg patah kaki, cuma tak terzahir patah, darah dan sakitnya di mata manusia lain. Orang patah kaki senang dapat simpati, orang depression bukan macam tu. Ada kalanya ketika diorang mengalami episod depression dan cuba meluahkan, diorang disalah erti sebagai lemah semangat, tak mencuba sehabis daya, jauh dari Tuhan, tak move on dari peristiwa lama la… dan macam-macam lagi.

Elok diorang cuba mencari sokongan dari keluarga dan rakan-rakan, sudahnya tenggelam lebih jauh ke dalam dalam kemurungan. Sebabnya orang sekeliling tak faham dan tak tahu.

Ada yang kata depression ni sebab makhluk halus datang kacau. Ada jugak yang kata sebab jauh dari Allah. Lalu dia sibuk mengatakan kepada orang yang menderita depression ni pergi jumpa ustaz itu ini, atau bomoh itu ini untuk berubat. Ada yang sibuk suruh baca Quran, pergi belajar agama sebab jauh dari Tuhan.

Tak salah berikhtiar, ya sikit pun tak salah. Allah sayang orang yang berusaha mendekat kepada Dia. Tapi tolong jangan buat mangsa2 depression ni rasa rendah diri dengan mengatakan diorang jauh dari Tuhan. I mean, why dont they try anything to bring cure in themselves? They would try everything! They dont need judges, they need listeners who would understand their struggle.

Tak kurang jugak ada yang marah ambik ubat untuk cure depression. Kesian orang yang depression ni. They cant produce enough serotonin for their brain, so they have to take serotonin from outside. Jadi kita sebagai ahli keluarga atau kwn2 kpd org depression ni, seboleh bolehnya cuba faham dan study penyakit diorang. Doktor pun prescribe ubat bukan nak menambah sakit, atau jual ubat demi poket sendiri (doktor palsu ye la macam tu kan) tapi utk tolong diorang hidup normal macam org lain. Berikan apa yang diorang amat perlu; SOKONGAN.

Diorang perlukan kita dengar dan faham, bukan nasihat. Kepada mereka yang ada ahli keluarga atau kwn2 yg mengalami depression, banyakkan membaca tentang depression dan cara bergaul dengan pesakit depression, bukan memperbanyakkan pendapat sendiri dan memaksa mereka mempercayai pendapat anda. Kita tak rasa pedihnya, masakan dapat kita katakan bagaimana sakitnya? Apatah lagi untuk merawatnya.

Untuk mereka yang sedang berjuang dengan diri sendiri, tak ada apa saya boleh katakan, melainkan satu, ujian Allah hebat utk anda, ganjarannya mesti lebih besar berkali kali ganda selepas ini.

Hidup kan sementara.

– Kak Nina

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit