Assalamualaikum semua. Terima kasih kepada admin jika confession aku ini disiarkan.
Kisah aku bermula apabila aku alami satu konflik terbesar dalam hidup aku. Aku mengalami satu masalah yang sangat berat. Perkara itu awalnya aku fikir mampu untuk aku selesaikan sendiri tanpa perlu libatkan keluarga. Aku bertekad untuk selesaikan sendiri.
Tetapi lama kelamaan hidup aku mula berubah kerana sering memikirkan masalah tersebut. Aku sedar diri aku mula tunjukkan perubahan yang ketara.
Aku alami kering mulut yang agak teruk. Ramai nasihatkan guna Vaseline-lah guna lip balm lah tak kurang juga yang kata aku kurang munum air. Tapi setiap hari botol air aku 2.5L sentiasa habis diminum.
Itulah petanda awal yang aku alami, seterusnya aku mula sukar tidur. Apabila dah boleh tidur, aku akan kerap terjaga pada pukul 2 pagi, 3 pagi sampai ke subuh aku tak boleh tidur dah.
Apabila terjaga aku akan berasa perasaan aku dihimpit. Rasa serabut makin menjadi dan masalah aku mula menjelma walhal aku baru sahaja bangun tidur. Ya, memang hari-hari aku memikirkan masalah aku ini, yang lama kelamaan mula buat aku rasa sangat tertekan.
Aku hilang selera makan yang sangat ketara. Aku boleh tak makan dari pagi sampai keesokkan harinya. Minum air pun rasa nak keluar balik. Aku pergi kerja aku tak boleh fokus dengan tugasan dan seringkali aku akan pergi ke stor dan menangis teresak-esak. Menangis yang sangat teruk, seolah-olah melepaskan beban masalah aku.
Aku dari seorang yang ceria, berubah menjadi pendiam. Aku lebih gemar duduk seorang diri. Tapi apabila lama aku asingkan diri aku mula rasa takut. Perasaan takut yang tak mampu aku gambarkan. Tapi apabila aku tinggal seorang diri aku akan mula rasa perasaan takut tu.
Aku juga kerap mengelamun dan kadang-kadang tanpa sedar aku boleh menangis. Aku pernah hampir kemalangan sewaktu memandu kerana otak aku hilang fokus.
Aku juga hilang minat dan hobi aku, aku dah tak ada rasa nak lakukan perkara yang aku suka. Aku tinggalkan hobi aku dan lebih banyak diamkan diri. Aku cuba berlakon normal depan keluarga aku. Aku cuba tunjukkan diri aku seperti biasa. Tapi aku mula jadi sangat sensitif.
Semua perkara yang ditegur aku akan jadi mudah terasa atau marah. Terasa seolah-olah nak dipukul-pukul orang yang bercakap itu, rasa seolah-olah nak menjerit supaya individu tersebut diam dan tak mengganggu. Tapi aku berjaya kawal dengan larikan diri ke tempat lain dan aku akan menangis.
Ya, maaf kalau ada yang tertanya-tanya apa masalah yang aku hadapi. Aku tak dapat nak nyatakan masalah tersebut kerana terlalu peribadi.
Aku pernah cuba mendapatkan nasihat dan meluahkan masalah aku pada rakan yang dipercayai. Ada yang sangat membantu dengan sudi mendengar masalah aku. Namun tak kurang juga ada yang kata pada aku itu semua berpunca dari aku.
Orang hanya fikir aku alami masalah biasa, tetapi sebaliknya dalaman dan emosi aku sangat kacau dan serabut. Tapi aku tak dapat zahirkannya.
Aku pernah ambil ujian DASS secara atas talian. Ia, keputusan ujian DASS tak boleh terus dikatakan kau ada depression. Tetapi keputusan yang aku dapat selepas selesai ujian semuanya =sangat teruk.
Sampai ke hari ini aku belum ada kekuatan untuk merujuk pakar, aku mencuba untuk atasi diri aku sendiri. Ada yang kata aku hanya stress bukan depression kerana aku ada masalah. Tetapi tak kurang juga ada yang kata aku hanya terlalu mengikut perasaan.
Terima kasih…
– Ila (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit