Stress Budaya Korporat

Hai & assalamualaikum. Aku nak cerita dekat readers semua tentang pengalaman aku bekerja dalam sektor korporat yang sangat memberi kesan dalam kesihatan mental aku.

Macam ni ceritanya. Tapi sebelum tu nak minta maaf kalau tak reti nak karang cerita.

Masa baru habis degree aku terus dapat pekerjaan pertama aku.

Alhamdulillah, walaupun tak lah 1st class degree result aku, tapi ak lebih dulu dari kawan² yang bijak pandai dapat kerja pertama yang tetap dan di syarikat korporat yang ternama.

Waktu tu aku baru saja dalam 24 tahun. Aku percaya aku dapat kerja tu bukan sebab result aku sangat tapi kefasihan aku berbahasa inggeris.

Biasalah, ini kerja pertama aku kot. Sebelum ni macam budak² saja pegi balik kelas.

Tiba² belum pun konvo lagi aku dah kena kerja dalam dunia korporat. Macam kejutan budaya dan tiada klu nak expect apa dengan budaya di syarikat korporat.

Lepas saja 6 bulan aku menyesuaikan diri aku di situ, aku sebenarnya masih belum boleh nak get along dengan teammate aku sendiri.

Aku lebih struggle untuk berinteraksi dengan rakan sekerja dari stress dengan timbunan kerja.

Senang cakap, aku stress untuk berkawan dengan mereka² yang terlalu korporat ni. Mungkin juga sebab lain ak ada sedikit personaliti introvert. Tapi bergantung situasi.

Jadi, bila waktu lunch, aku kalau boleh nak rehat sorang² setelah stress bekerja dengan mereka.

Tapi budaya di syarikat korporat ni akan nampakkan aku ni pelik kerana tak rehat dengan teammate aku sendiri.

Weh! Aku time kerja dah penat dengan korang, tolonglah waktu rehat yang 1 jam tu bagi aku can untuk berehat. Bila di meja makan pun mereka masih berbincang tentang kerja. Ah!

Satu² cara untuk aku elak dari berehat dengan mereka ialah dengan bawa bekal ataupun tak lunch dan terus ke musolla atau puasa. Aku stress. Bila tak rehat dengan diorang, mulalah dipandang serong.

Lagi satu team aku ni mix berbagai bangsa ada la dalam 5 6 orang semuanya. Kalau pilih tempat makan kadang ada yang ke kedai cina lah ada ke kedai yang tiada pun nampak tukang masak melayu.

Maksudnya di sini, halal nya restoran itu diragui aku sendiri. Aku seorang yang sangat menjaga sumber makan ku. Hatta kalau orang indonesia yang masak sekalipun aku tak makan.

Aku taktahu nak menolak macam mana. Ini selalu terjadi masa awal² dulu. Kawan yang melayu pun serupa tak kesah makan mana pun.

Hmmm. Itu yang aku bertambah² stress bila terpaksa rehat dengan mereka.

Ada kala makan di hotel². Biasalah, KL dikelilingi restoran² hotel mahal². Suka² ja mereka bawa ke sana. Ya ak ada duit, gaji kami semua kepuk². Tapi ada duit yang aku perlukan untuk bayar itu ini.

Takkan untuk lunch satu jam untuk aku saja sepinggan 70 ringgit berkali² dalam seminggu. Aku makan roti pun tak apa.

Aku lebih suka dapat lunch mahal² dengan mak abah dan family, dari dengan rakan sekerja macam ni. Tak tahu nak rasa apa. Hmm.

Stress nya kerja disyarikat korporat ini banyak dan berbeza² bagi setiap orang. Ini adalah satu darinya. Aku tak kesah nak kerja dengan diorang tapi waktu rehat tu kalau boleh waktu untuk aku betul² rehat.

Ada ke antara readers ni yang ada masalah yang sama dengan aku. Ke aku sebenarnya yang pelik. Huhu.

– Athea (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *