Untuk part I, (https://iiumc.com/stress-dengan-orang-kampung-suami/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/stress-dengan-orang-kampung-suami-ii/).
Macam saya cakap dalam posting pertama. Kampung ni kan banyak anjurkan aktiviti keramaian. Antaranya adalah rombongan cik kiah.
Kerap la diaorang ni buat rombongan ke mana2. Yang paling excited tu suami saya la. Dia akan organise apa semua.
So one day tu macam tu la.. Suami cakap diaorang nak pergi bercuti ke negeri a&w.
Kira trip 4 hari 3 malam.. Sebelum ni pernah jugak ada rombongan tapi saya tak ikut, sebab saya bukan senang2 boleh ambik cuti.
Dan saya pun tak nak bazir cuti saya kerana hal macam ni. So kerana saya tak nak ikut, suami pun tak ikut jugak la.
Tapi kali ni suami macam beriya nak pergi. Sebab ada cuti sekolah isnin tu dan saya tak perlu ambik cuti tambahan.
So berhari2 la dia pujuk saya dengan muka kesian dia tu suruh ikut rombongan tu. Akhirnya saya akur la.
Saya akur sebab, walaupun ada benda yang saya tak suka, tapi kerana dia syurga saya. Saya ikut jugak la. Saya sebenarnya berusaha nak jadi istri yang taat kepada dia.
Dan saya pun tak nak lukakan hati dia, jauh sekali nak jadi isteri derhaka.. Sebab saya hanya alami masalah2 ni ja.
Lain dari tu, dia memang lelaki yang sangat baik dan bertangungjawab. Tak pernah sekali pun dia tinggi suara kat saya atau mana2 orang lain. Sebab suami saya sangat soft spoken.
Kalau saya mengamuk pun dia hanya diam ja..Lepas tu pujuk2 saya dan pandai ambik hati saya balik. Saya akui saya memang cepat cair dan terpujuk jugak dengan dia ni. Walaupun saya ni jenis hati keras.
So hari jumaat dalam pukul 4 petang bergerak la ke negeri a&w tu. Ramai yang ikut rombongan ni. 2 biji bas ye.
Tapi mostly adalah kaum wanita. Saya duduk dalam bas 1. So dalam bas 1 ni geng2 veteren. Kawan2 mak mertua yang saya tak suka sangat2 tu.
Actually bukan la the whole kampung tu perangai macam ni. Boleh di katakan dalam 7 8 orang ni ja perangai otak mereng tu.
Yang lain2 tu takat datang bersembang2, lepas tu mintak tolong apa2 tu biasa la. Yang otak kuning tu ja ada geng diaorang.
So sepanjang perjlanan ni,kecoh la dalam bas tu. Ramainya tak duduk pun kat kerusi. Pergi berdiri bertempek, menyembang dengan kawan2.Kang bas brake jatuh tergolek baru tahu.
Kadang2 saya fikir, orang2 tua ni rajin jugak pergi kuliah dalam surau.. Tapi otak macam tak betul. Saya tak kisah bab karoke dalam bas ke, berhuha huha ke.
Tapi jangan petik pasal saya.. Tapi nampaknya entertainment terbesar diaorang adalah petik pasal saya. Mengusik tak habis2 pasal benda tu.
Agaknya mungkin kami ja pasangan baru kahwin kot. So otak kuning tak berhenti diaorang ni. Kadang hati jahat saya berkata2, diaorang ni gersang sangat ke.
Nak kata tak de laki, ramai ja masih ada suami. Sikit2 ja yang ibu tunggal pun. Tapi yang ada suami ni la over nau bergurau lucah.
Yang sedihnya, saya tak tahu la mak mertua saya fikir apa. Tapi dia hanya diam ja la. Saya pulak yang rasa malu sebab mak mertua pun kena dengar ayat tak senonoh diaorang tu.
Dalam bas, saya duduk macam seat tengah la. Keliling saya memang makcik2 tu la termasuk makcik yang skodeng kami hari tu.
So perjalanaan ke hotel ambik masa dekat 6 7 jam jugak la. Bas kerap berhnti sebab makcik2 ni nak pergi tandas. So banyak buang masa kat situ.
So bila dah malam, masih atas bas. Time tu ada hujan2 sikit. Mula tu saya rasa best jugak, sebab suami kat sebelah saya.
Kami banyak bersembang la. Suami betul2 beri perhatian dekat saya ja. Tak peduli kat orang2 lain.
Time tu rasa indah gila. Sebab jarang jugak saya dapat peluang nak sembang lama2 macam ni dengan dia. Ye la, dia kan lagi suka sembang dengan orang kampung.
Actually kan, saya kahwin dengan suami ni guna orang ketiga tau. Bukan bercinta ke apa. Saya pun dari negeri lain.
Time tu saya pun frust jumpa jantan yang tak pernah cukup dengan satu perempuan. Masa tu orang ketiga ni kenalan mak saya dan jugak kenalan makcik dia.
So masa mak saya cakap orang nak datang risik. Saya cakap ok ja..Cuma kemudian saya tolak. Sebab saya nampak suami saya merokok masa hari dia datang tu. Saya memang tak selesa la bau2 rokok ni.
Family saya jenis tak memaksa. Diaorg ikut kehendak saya ja.So mak saya tolak la. Dia kata anggap budak2 ni tak de jodoh la kot.
Tapi tak sangka, entah mana la suami dapat number saya. Sekali tu dia call saya. Lepas kenalkan diri, dia kata dia nak tanya kenapa saya tolak lamaran dia.
Mula tu saya macam dah kenapa mamat ni. Tapi saya terus terang la. Dia kata kalau dia berhenti merokok nak terima dia tak.
Saya macam drama apa la dia ni. Cari ja la perempuan lain. Bukan saya seorang cikgu dalam negara ni. Sebab orang ketiga tu kata dia nak isteri cikgu.
Dia kata masa makcik dia tunjuk gambar saya, dia betul2 berkenan.. So kalau ada kelemahan dari pihak dia, dia akan baiki.Dia mintak saya pertimbangkan.
Masa tu saya fikir desperatenya mamat ni. Macam something wrong somewhere. Tapi tu la, dah jodoh kan.. Kahwin jugak la dengan dia setelah macam2 drama.
Ye la, orang tu dah ada number kita kan, kerap la mengayat. Tapi kami kahwin sangat cepat ya. Tak sempat nak kenal lama2 pun.
Dia cakap hari dia call saya tu dia terus berhenti merokok. Dan memang sampai sekarang dia tak merokok dah.
Kalau dia tipu2 hisap kat luar kita mesti akan tahu jugak.Tapi memang betul2 dia tak merokok dah.
Dia kata kat kilang pun kalau nak merokok kena jalan jauh, so dia give up la. Suami saya memang orang yang pegang pada janji.
So sebab tu la saya macam baru fall in love dengan dia. Ibarat macam baru nak bercinta. Lagipun kita dah selesa dengan dia, rasa tak luak bersembang dengan dia.
Lagi satu, saya kan baru jugak dapat tukar dekat dengan dia.. So mesti la ada ja benda nak cakap.
Tapi tengah seronok2 bersembang. Tiba2 ada satu suara, fahim, peluk la bini tu, sejuk dia nanti.
Eh eh. Ko dah kenapa makcik oii. Aku sejuk ke panas ke, ko sibuk kenapa.. Tapi ayat tu saya cakap dalam hati ja la.
Suami macam senyum2 pandang diaorang. Saya duduk tepi tingkap, suami bahagian luar. Saya dah mula rasa tak best dengan suara sumbang tu.
Tapi suami saya cepat hidu perubahan saya. Dia kira pantas jugak la buat mood saya ok balik. Masa tu dia sembang2 apa tah.
Saya ni pada hari jumaat tu ada kelas makmal. Kebetulan jari saya terluka masa kelas tu. Macam masuk selumbar kayu tu. Sebab meja makmal tu meja baru.
Agaknya suami baru perasan. Ye la, kulit saya ni putih. Kena benda kecik pun cepat nampak merah.
Actually luka kecik ja pun. Tak de la sakit sangat. Tapi suami ambik la tangan saya macam belek2 la.
Lepas tu dia macam urut2 tapak tangan saya sambil cerita pasal terapi apa tah.
Ya Allah tiba2 ada suara, eh fahim jangan buat pasal dalam bas ni. Ingat kami2 sama.
Then makin galak la suara2 lain join. Ada yang kata nanti dari jari tiba2 makin naik keatas.
Yang paling saya sakit hati, ada sorang makcik ni cakap. Dia keras la tu.. Biasa la cuaca sejuk. Suruh driver tutup lampu tepi ni la. Senang fahim nak buat kerja.
Kurang ajar kan.. Ya Allah kurang ajar sangat for me. Serius bagi saya orang2 kampung dia ni tak de otak.
At least respect la mak mertua saya. Ko membahan anak kawan kau depan kawan kau sendiri. Betul2 tak tahu malu ni.
Saya rentap tangan saya kasar dari pegangan suami. Lepas tu saya cakap, sebab ni la saya malas nak ikut apa2 berkaitan orang kampung awak ni. Otak kuno saya kata.
Ada lagi la saya bising2. Suami saya diam ja la. Hanya pandang ke depan selepas tu. Agaknya rasa bersalah kot.
Dia ada la cakap dalam bas tu, jari saya luka. Dia nak tengok luka tu. Tapi orang kampung masih lagi menyindir2 kata tu alasan la, tak pe kami faham la. Kami buat2 tak nampak la.
Saya malas nak dengar semua tu. So saya pun paksa diri untuk tidur. Dengan suami pun saya jadi bad mood.
Ada lagi la diaorang ni hangat brrcakap pasal topik tu. Tapi suami diam ja. Kebetulan makcik sebelah tu ada sembang dengan suami.Tapi sembang pasal lain la, so suami focus kat dia ja la.
Saya pun dah tidur lepas tu. Cuma masa tu saya fikir, diaorang ni dari tadi hanya perhati kami saja ka. Perhati kami buat apa, cakap apa. Macam psiko pun ada.
Sampai hotel nak dekat 1 pagi jugak la. Saya masih protes dengan suami. Malas nak cakap apa2 dengan dia.
Esok pagi nak pergi breakfast. Driver tu bawak ke satu kedai. Macam warung. So ada meja panjang.. Kira ramai2 orang la duduk.
Mujur mak mertua tak duduk meja kami. Tapi geng2 otak kuning tu duduk sekali dengan kami.
Soalan pertama dekat saya. Tidur nyenyak tak semalam cikgu. Saya jawab ye. Saya sebenarnya kan sentiasa struggle tak nak jadi kurang ajar atau biadap dengan diaorang ni.
Sebab diaorang ni baya2 mak saya ja. Maksudnya 60 ke bwh ja umur diaorang ni. Tak sampai 65 rata2nya.
So saya cuba limitkan conversion dengan diaorang ni.
Lepas tu yang sorang tu tanya suami pulak. Suami pun beriya la cerita pasal mimpi la itu la ini la.
Suami saya kan memang propa lebih. Tiba2 kan sorang makcik tu cakap, mana tak mimpi.. Tu leher merah2. Tak tau la nyamuk gigit ka atau cikgu gigit sambil senyum kat saya.
Serius saya terkebil2 masa tu. Pantas saya pandang leher suami saya. Suami saya pun kulit cerah jugak. Tapi saya tak nampak apa2 kesan pun.
Plus kitaorang tak buat apa2 pun semalam.. Kalau ada pun, bukan cara kami la nak gigit2 bagai. Nak tayang kat orang buat apa. Saya sangat hati2 bab tu, dan mujur suami saya faham.
Sebab saya ni ada rasa malu yang tinggi. Sebolehnya saya tak nak sapa2 pun tahu kami ada bersama ke tak. So bila orang tu cakap macam tu, saya memang terkejut la.
Saya tanya suami kenapa. Suami tunjuk leher kiri dia. Macam kesan garu ja pun. Suami cakap merah sebab garu. Sebab tadi rasa gatal2. Suami kadang2 allergic fabric.
Tapi sebab dia putih kan, so nampak sikit merah ja pun. Tu pun otak diaorang ni tengok la fikir apa.
Lepas tu makcik yang skodeng kami tu kata, hah tengok cikgu dah gelabah dah. Mesti malam buat apa2.
Then sambung topik yang suami pegang tangan dalam bas tu. Ya Allah annoying nya diaorang ni.
Lepas tu cakap pasal suami bersunat apa semua. Cerita pasal saiz dia. Kura2 la, gajah la. Suami pun dok kata tu bukan dia la. Tu orang lain.
Jijiknya saya rasa. Dah tua2 nak mampus pun macam ni perangai. Mesti diaorang ni ingat saya akan gelak2 dengan cerita tu kot.
Ataupun excited nak tanya lebih2 macam perempuan lain.. Sorry la, tu bukan saya.. Saya terus bangun dan blah. Makan pun tak. Semua terpinga2.
Tapi lepas tu, suami saya macam banyak diam la..Agaknya baru sedar kot perangai orang kampung dia macam mana.
4 hari kat sana, ibarat macam neraka dunia bagi saya. Pagi masa berjalan tu, sibuk ja makcik2 tu nak jugak jalan dengan saya.
Lepas tu tanya saya ni tak de tanda2 hamil ke. Lepas tu bagi tips tah apa2 ja. Mostly pasal benda dalam bilik. Jijik saya nak dengar. Siap tanya pulak posisi macam mana kami buat tu.
Masa ni saya memang naik angin. Saya hilang sabar dan ada tinggi suara. Masa tu ada bertegang urat jugak la dengan makcik tu. Kecoh sekejap time tu.
Dia kata dia kongsi untuk kebaikan. Sebab dia orang tua dia lagi tahu.. Tapi dia kata saya ni sombong pulak. Kepala otak dia.
Then ada pulak yang bercerita pasal berniat nak lamar suami saya untuk anak dia. Tapi suami saya banyak tolak jodoh.
Dengan nada sinis dia cakap macam ni, ye la. Anak makcik bukan cikgu.
Dalam kampung ni pun, tak de yang kerja cikgu. Sebab tu fahim tak mau. Fahim nak bini cikgu ja.
Lepas tu hantaran pun mahai.Aik dah kenapa tiba2 nak cakap pasal hantaran pulak.
Hantaran tu kami tak mintak pun ye. Dia yang nak bagi banyak tu. Nampak sangat dasar dengki orang kampung dia ni.
Tapi pasal orang ramai nak dia ni saya memang tahu. Ramai ja yang berkenan dengan suami nak buat menantu. Dekat kilang pun ramai ja nak dia.
Tapi suami saya tolak semuanya. Tak tahu la kenapa. Dia kata dia tak jumpa orang yang dia rasa betul2 sesuai jadi pasangan dia.
Tapi yang sebetulnya suami saya jenis memilih jugak. Demand nak bini cikgu. Dah kenapa tah.
Bila tanya, dia cakap cikgu cuti banyak. Tapi banyak ja cikgu dia jumpa sebelum saya, tapi beriya nak saya jugak.
Tapi kan sekarang2 ni kalau dia orang cakap, dulu nak kenenkan anak diaorang. Saya dalam hati, bukan ko nak kenenkan anak ko, tapi ko tu yang suka kat laki aku. Sebab over gila cara ko.
Bilik hotel semua orang sama kan. Tapi malam tu tiba2 orang ketuk pintu. Katanya nak tengok bilik kami macam mana. Tah apa2 ja la. Mujur pintu hotel auto lock. Kalau tak mesti dah serbu ramai2 dah.
Lepas tu makcik yang bagi tips tu kejit2 mata kat saya. Sambil bisik2 suruh saya guna tips tu. Katanya cepat lekat. Astagfirullah.. Dah gaduh pun masih tak sedar diri ke?
Hari kedua masa makan malam, wow ni lagi hebat. Diaorang order set ikan siakap tu. Kira 1 set 6 orang makan. Saya pun tak terfkir ye nak ambik lauk2 letak dalam pingan suami.
Tapi ada sorang makcik ni, potong ikan tu letak dalam pingan suami.. Lepas tu cedok sayur, letak telur goreng. Suami tak nak pun, dia paksa2 jugak suruh makan.
Lepas tu order sotong goreng khas untuk suami. Katanya suami saya suka sotong.
Untuk satu saat saya berfikir, siapa isteri dia ni sebenarnya. Saya ke atau orang kampung ni. Diaorang ni sengaja nak bagi saya sakit hati ke.
Tapi alasan suruh saya belajar cara jaga suami.. Kononnya diaorang tu ja la banyak pengalaman.
Sepanjang masa saya menjeling ja kat suami. Suami saya yang peramah tu, untuk first time dia jadi sangat pendiam.
Lepas tu nampak dia sangat elakkan diri dari group tu. Banyak bersendirian, tak pun join dengan driver.
Ye la, kalau dah 24 jam asyik cakap benda lucah ja, suami saya pun nampak malu jugak.
Masa shopping pantang nampak kopi apa2 suruh suami minum.Katanya kuat. Lepas tu siap tanya fahim ni pakai sarung ka. Dan macam2 lagi la.
Tapi suami saya masih dengan gaya dia, eh mana ada.. Patutnya suami saya sound ja. Ko sibuk kenapa hal kelamin orang. Tapi tu la, suami saya ni asyik nak nama baik dia ja.
Kemuncaknya, hari ketiga tu saya bergaduh besar dengan suami. Kan saya kata saya akan meletup jugak. Saya ni tunggu masa ja.
– Velocity (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Suka cerita ni sbb utk membersihkan otak dr otak kuning
Uish, lagi2 sambung best pulak baca
SAMBUNG SIS!!!
Best pulakbkisah ni. Kalau akk lah dah sebiji2 kena mak cik2 bawang ni. Lain kali lawan balik secara berhemah. Klu diam makin menjadi cerita dlm kain dn melucah. Ckp jer dgn makcik tu tak pyh susah2 Allah lg tau dn ckp malu le ckp benda yg lucah2 tu, saya tak biasa mak pak tak ajar. Biar pdn muka. Cepat la sambyng lg.
Please sambung sista.. geram pulak aku bace citer ko ni.. kalau ikut aku punya baran, dengan makcik2 tua ganyut tu, dengan laki aku tu sekali aku hentak…
baik ko maki je makcik2 tu.. pastu dia takkan bertegur lagi dah dengan ko sebab kecik hati..
aman dunia ko sis