Stress Dengan Orang Kampung Suami IV

Untuk part I, (https://iiumc.com/stress-dengan-orang-kampung-suami/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/stress-dengan-orang-kampung-suami-ii/).

Untuk part III, (https://iiumc.com/stress-dengan-orang-kampung-suami-iii/).

Sebelum saya sambung cerita, saya baru ja baca komen2 korang dari first confession sampai the last tu.

First pasal gaji suami saya tu, dia habis grad ja terus kerja kilang tu sampai sekarang. Tu kira first company dia.

Dia sekarang dah senior engineer. Suami saya orang yang bijak. Dia pergi semua benchmarking course untuk kejapkan experience dia. Dulu memang kerap dia pergi us, german dan lain2 tempat.

Kemudian demand gaji.. Kalau hr tak bagi, dia cakap nak berhenti. Sebab banyak ja company lain berminat nak hire dia. Tapi suami saya nampaknya sangat selesa di sini.

Lagi satu, suami ada hubungan baik dengan orang di us. Apa2 dia emel sana terus berkaitan kenaikan dan lain2 isu. Bukan dgn orang malaysia dah.

So suami saya sekarang dibayar gaji ikut rate dollar. Masa majlis hari tu, ada jugak beberapa mat salleh datang wedding kami. Katanya rakan sekerja dia di us.

Kemudian suami ambil tahu profit dan loss company dan bentang dalam meeting. Kan saya pernah cakap, banyak orang kampung dia kerja dikilang tu.

Mostly suami letak dalam production dia supaya senang nak mintak kenaikan gaji dan bonus dengan percentage yang tinggi. Dia kan sangat menjaga orang2 kg dia. So selalu la dia fight bab2 tu.

Yang kedua, awal2 saya memang tak pernah tahu gaji dia berapa. Sebab saya memang ingat average dalam 5 6k sama macam saya.

Masa dia cakap pasal orang kampung dia, baru saya tahu gaji dia sebanyak tu.. Tu pun dia cakap, rezeki saya dalam hidup dia, company ada offer share stok untuk dia.

Dia belum decide nak involve ke tak. So saya bukan kahwin sebab duit ye. Sebab benda tu tak jamin kebahagian saya pun.

Pasal kampung mana tu, saya dah bagi hint dalam first confession. Dan saya tak kisah orang kampung dia baca.. Lagi bagus la kalau diaorang tu baca. Tu pun kalau mereka tu rajin membaca la.

And, ada yang cakap cerita ni rekaan, khayalan. Maaf la, saya tak de masa nak reka2 cerita. Tambahan dengan kerja saya belambak2 ni.

Confession jadi panjang dan bersambung sebab saya tulis details every point. Dan memang itu yang berlaku. Semasa menulis teringat kejadian itu dan ini auto jadi sesi meluah.

Setiap hari ada ja isu apa2. Setiap hari ada ja conversation apa2. Bukan saya luah benda yang berlaku dalam masa sehari. Tapi berbulan2 kot.

Tu pun saya tak cerita bab2 kain baju saya di ampaian. Tu pun dijadikan bahan membawang diaorang ni.

Zaman sekarang ni kain baju pun tak selamat tau. Bukan saja jadi mangsa laki gila s3ks, tapi jadi mangsa umpatan makcik bawang.

Nak cerita sakit hati saya ni ibarat tak habis2. Everyday ada ja apa2. Saya memang stress gila dengan perangai diaorang ni.

Hinggakan sebenarnya nak cerita satu point ja. Tapi semasa menulis, teringat macam2 situasi. Maka bertambah2 la luahan saya.

Saya ni sampai tak tahu nak luah ke sapa dah.

Tapi mungkin sesetengah orang macam tak percaya wujud lagi golongn macam ni. Tapi betul2 wujud ye. Sebab korang tak jumpa orang macam ni.

Balik pada kes hari tu, saya tanya apa hubungan awak dengan perempuan2 tua tu. Awak ada tido dengan diaorang ke.Saya dah gila masa ni. Suami mengucap panjang.

Suami kata mana ada hubungan apa2. Suami masih lagi nak backup orang2 tu.

Dia kata diaorang anggap kita macam anak2 ja.. Saya kata dari cara diaorang tu, awak rasa diaorang anggap macam anak2 ke. Macam tu ke cakap dengan anak2?

Suami diam. Dia kata diaorang bergurau ja tu. Jangan la ambik hati, diaorang memang macam tu cara bercakap, abaikan ja la.

Masa ni suami nak peluk saya tau. Mesti la saya tepis. Saya tengah panas hati, jangan nak sentuh2 saya.

Then saya sambung mengamuk lagi. Suami saya diam lama. Tiba2 dia cakap macam ni. Sayang nak tau satu benda tak.. Apa saya tanya.

Dia kata dia baca kat mana tah, nak peluk perempuan tengah mengamuk ni ibarat macam nak tangkap biawak.

Ya Allah, dia ni kan. Tak pernah nak serius langsung.Memang macam ni la cara dia..

Kita tengah marah pun dia akan cakap benda merapu tah apa2 ja. Sengaja nak menambah api.

Saya ingat dia nak cakap pasal orang kampung dia ke. Takut dia mengaku dia ada hubungan dengan perempuan tua tu.Dah nervous gila saya masa tu.

Saya makin mengamuk dengan silly joke dia tu.

Habis bantal2 saya baling kat dia. Saya kata otak awak ni fikir tu ja kan. Sama macam orang kampung awak. Sebab tu awak jadi macam diaorang.

Saya kata awak pernah terfikir tak, kenapa adik beradik awak semua dah tingalkan kampung ni.

Sebab nanti dah ada anak pun, cuba fikir environment macam mana anak kita membesar.

Adik bradik awak bijak. Walaupun tak belajar tinggi macam awak, tapi kurang2 diaorang lagi tahu fikir.

Tak macam awak ni, alasan tak boleh tingal kampung.Lepas tu asyik nak memuja orang kampung awak ja.

Time tu saya betul2 naik angin. Macam2 saya cakap. Suami memang terdiam la.

Saya ni sebenarnya garang tau. Ya la saya mengajar form 4 form 5, auto jadi makin garang.

Tapi mungkin dia tak pernah tengok sisi garang saya. Sebab macam saya cakap la, saya nak jadi isteri solehah untuk dia.

Tapi hari tu dia dah nampak kan..So dia memang terdiam la.Cuma dia cakap abang pun tak tahu kenapa diaorang macam ni.

Saya kata so, apa awak nak buat sekarang ni. Dia kata dah diaorang macam tu. Nak suruh abang buat apa.

Saya kata betul. Kita tak boleh ubah orang. So kita ubah kita sendiri. Kita pindah saya cakap.

Dia kata mana boleh. Mak mesti tak nak ikut. Mak nak duduk kampung ni jugak. Dan abang nak duduk dengan mak.

Saya kata tapi saya tak nak duduk kampung ni.. Saya benci dengan orang2 kampung awak.

Akhirnya dia bagi satu kata sepakat, dia akan ikut macam saya nak.. Kira tak pergi melepak, tak keluar sangat dengan orang kampung. Dia akan sentiasa ada dengan saya.

Saya cakap ok. Saya nak tengok berkesan macam mana cara ni. Balik dari negeri a&w pun saya masih dingin dengan suami. Dia ada la dok pandang2 saya.

Saya tahu apa yang dia nak, tapi saya buat tak tahu ja. Dah dia pun tak berani nak mintak. Nampak la dia sedikit takut dengan saya. So saya pun kekal serius dengan dia.

So sikap dia bertahan la dalam seminggu. Hari cuti tanya nak pergi mana2 ke. Ada jugak mak dia cakap, jiran ajak jalan. Suami kata next time la.

So, duduk dalam kampung ni, macam2 berita tersebar. Fahim kena nasi kangkang la. Fahim asyik takut bini la. Ye la, sebab suami dah tak layan kerenah diaorang.

But i dont care. Kadang saya rasa yang pergi cerita tu mungkin mak mertua saya. Lepas tu wujud la macam2 andaian di kalangan orang kampung.

Mak mertua pun mungkin dah rasa terancam dengan saya kot. Sebab bila suami tak bawak berjalan, diaorang pun tak dapat keluar.

Tapi macam saya kata la. Seminggu ja suami bertahan. Lepas tu mula la pujuk nak pergi sana sini dengan orang kampung.

Alasan dia, dia tak suka saya dapat nama buruk kerana perubahan dia. Ye la, kan orang kampung mengata. Dia kata dia malu la sebab orang cakap bukan2 pasal dia jugak.

Saya kata lantak la apa orang cakap. Bukan boleh tutup mulut orang. Dan saya sekarang awak nampak kan.

Awak buat baik apa pun, orang tetap mengata awak. Lagi ada niat nak taja orang tu pergi umrah haji. Dia tak nak mengalah, masih memujuk saya.

Saya kata ok la kalau awak nak pergi. Tapi awak ceraikan saya.. Suami memang terkejut la.

Dia kata kenapa cakap macam ni.Tak baik apa semua. Dia tanya tak sayang dia ke. Saya kata awak tu yang tak sayang saya.

Suami ada memberontak jugak masa tu. Dia cakap dia just pergi sembang2 ja. Bukan buat apa. Kenapa saya nak fikir bukan2. Lepas tu bukan hari2 dia nak bawak orang kampung. Sesekali ja.

Suami kata kena la fikir harga diri dia jugak. Saya kata macam mana dengan harga diri dan maruah isteri awak. Suami diam.

Saya tanya, topik apa yang awak excited sangat nak sembang dengan diaorang tu. Topik lucah ke. Dia diam.

Bila dia diam, saya dah risau. Saya tanya awak ada cerita pasal hubungan kita dekat orang kampung awak ke. Dia masih diam.

Ya Allah.. Saya tanya lagi, awak cerita hal kelambu kita kat orang? Dia kata mana ada.

Entah la time tu hati saya sebak sangat. Macam tiba2 rasa dia ada share. Saya menangis masa tu.

Saya cakap slow ja, awak tak jaga langsung aurat dan maruah isteri awak kan… Dia cakap mana ada. Ingat dia seteruk tu ke. Saya ni overthinking katanya.

Pergaduhan kami tu menarik perhatian mak mertua. Mak mertua masuk campur. Dia tanya kenapa apa semua.

Suami macam diam.. Saya cakap terus terang saya tak suka duduk sini. Saya nak pindah.. Saya kata mak ikut kami pindah jugak la.

Suami kata rumah ni rumah pusaka. Tak mungkin rumah ni akan kosong. Turun temurun kena hidup dalam rumah ni.

Saya kata so awak fikir sendiri macam mana nak selesai masalah ni. Sebab saya tak nak hidup dalam environment toksik.

Ataupun kita hidup pjj balik macam dulu saya cakap. Suami dan mak mertua terus diam.

Nak dijadikan cerita, mak saya dapat tahu hal ni.. Sebab mak saya jenis menjaga hubungan sesama besan.. So dia selalu jugak call mak mertua saya.

Agaknya mak mertua cerita kot. Mengamuk la mak saya kat saya. Dia kata saya ni menghasut suami jadi anak derhaka.

Saya tanya bila masa. Dia kata saya ajak suami pindah. Tapi kalau mak mertua tak nak ikut saya kata biar ja.

Saya kata bukan macam tu. Saya explain dekat mak saya hal sebenar. Tapi mak saya ni asyik nak kata dia didik saya bukan macam ni.

Dia dah banyak ajar santuni suami, santuni mak mertua. Tapi saya ni asyik tak faham2.

Lepas tu family saya datang rumah nak bersemuka. Nak settle hal ni. Saya suruh datang berbincang sebab saya dah letih handle sorang.

Suami kata dekat ayah saya, orang kampung yang buat perangai, tapi saya ni menghukum dia dan mak dia.

So sekarang ni nampak saya ja la salah kat mata semua orang kan.

Mak saya siap kata, tahu tak kalau isteri mintak cerai gegar tiang arasy.

Mak kata suami saya stress saya asyik cakap pasal cerai. Sedangkan suami sayang saya.

Habis saya tak stress? Saya pun sayang dia. Sebab tu ajak pindah.. Ajak pindah dekat2 ja pun.

Kalau mak dia tak nak ikut, kita pergi tengok mak hari2 saya kata. Tapi ye la, mungkin saya tak patut cakap macam tu kot.

Orang rasa saya nak pisahkan suami dan mak dia sedangkan bukan macam tu niat saya.

Saya terus terang dekat mak saya. Depan suami. Depan mak mertua saya, depan semua orang la.

Saya kata saya rasa tak selamat duduk rumah ni.. Sesuka hati orang masuk rumah, masuk bilik. Dah la most of time saya sorang2 kat rumah.

Kalau orang rompak ke, bunuh saya ke rogol saya ke. Masa tu pun awak tak kan kisah kan. Sebab bagi awak kampung ni sangat selamat, saya tanya suami.

Suami diam, mak mertua pun diam. Lepas tu suami tanya, habis tak kan orang datang rumah kita nak halau.

Saya kata tak payah halau. Kunci rumah. Orang datang baru buka.

Mak mertua kata, sini tak biasa macam tu.. Sini bukan bandar. Orang kampung ni macam keluarga.. Tak sama macam orang bandar.

Saya kata dalam islam pun ada adab kan. Mak sendiri pun kalau orang datang, suruh naik bilik.

Apa salahnya kalau mak sendiri datang pangil. Kenapaa suruh orang luar masuk bilik kami. Mak mertua saya diam terus.

Lepas tu dia cakap, makcik2 tua sini bukan sengaja nak cakap lucah2. Tapi diaorang kononnya concern pasal kami. Sebab saya belum pregnant.

Tapi diaorang tu siapa ye nak sibuk2. Suruh jaga anak sendiri dah la. Otak typical, bulan ni kahwin bulan depan kena pregnant dah.

Kalau mak mertua saya rasa nak tanya saya dah pregnant ke belum, dia patut tanya saya sendiri.. Kenapa nak gunakan orang2 kampung dia tu.

Tahu tak, masa kami berbincang ni, ada jugak budak2 dan beberapa makcik bawang depan perkarangan rumah. Nak curi2 dengar la tu kami cakap apa.

Saya cakap dengan suami saya, kalau saya tahu macam ni, mungkin saya tak akan kahwin dengan awak.

Suami tanya menyesal ke? Saya kata jangan buat saya rasa menyesal tu. Suami masih pertikai apa salah dia sebenarnya.

Suami tanya dia tak cukup baik ke untuk saya. Dia ungkit semua nya la. Termasuk dia stop smoke kerana saya.

Saya kata awak terlampau baik untuk orang kampung awak. Tu ja masalahnya.

Suami tanya saya tak puas hati ke dia tolong untuk orang kampung. Saya kata derma la seluruh harta awak pun, saya bukan peduli pasal tu.

Saya kata saya nak perhatian awak. Nak rasa selamat hidup dengan awak.

Tapi bagi suami, perhatian tu dia dah beli itu ini. Ada bawak berjalan jugak. Ada ja spend time.

Kenapa dia tak nak faham, benda2 yang dia sebut tu, saya pun boleh beli sendiri.

Tapi perhatian yang saya nak dari seorang suami tak akan dapat dekat luar. Susahnya nak buat dia faham.

Dia masih kata saya kena belajar faham budaya orang kampung. Ya Allah… Saya penat la.. Serius saya penat.

Akhirnya perbincangan tu tak bawak apa2 solution pun. Cumanya nampak hubungan kami dalam rumah ni dah tak berapa harmoni.

Masing2 hanya diam. Saya pun dah rasa janggal nak bersemuka dengan mak mertua. Tapi saya dah mintak maaf dekat mak mertua.

Sebab bagi semua orang puncanya adalah saya. Kalau saya tak buka mulut, semua isu ni tak akan jadi.

Orang kampung masih macam tu la.. Setiap kali balik rumah tetap ada tetamu.

Tapi saya balik sekolah terus masuk bilik. Malas nak cakap dengan sapa2. Saya just salam. Lepas tu tanya mak mertua nak buat air ke tak.

Baru2 ni adik perempuan dia wasap saya. Tanya ada masalah apa. Mungkin mak dia ada cerita apa2 kot. Tapi serius saya tak de mood nak please sapa2. Saya rasa nak bersendirian ja.

Saya mintak izin suami nak pergi bertenang beberapa hari. Suami macam berat nak bagi.. Suami tanya kenapa, dah tak suka dia ke.

Kenapa la dia ni tak nak faham ya. Saya kata saya nak bertenang2, nak bersendirian.

Saya serabut banyak benda menekan saya lately ni. Hal rumah, hal sekolah. Dah la family saya seolah2 tak mampu backup saya.

Macam kata ayah saya, kalau suami pukul ke, ada perempuan ke. Boleh la buat tindakan.

Tapi ni macam tak nampak apa salah suami. Ayah suruh saya bersabar. Anggap ujian rumahtangga. Saya ikut ja la nasihat orang tua.

Tapi saya ada ajak suami bercuti mana2.. Sebab saya nak cuti sorang2 dia tak bagi kan..

Tapi dia kata sebulan dua ni susah nak ambik cuti.Sebab ada mesin baru masuk.. Sekarang suami saya kerja hari2 tanpa off. Hari2 ot. Balik pun dekat 10 malam.

Saya senyum sinis ja la. Saya kata kalau orang kg abang ajak sangup ja cancel ot.

Dia kata bukan macam tu. Kalau ada mesin baru, nak kena pantau banyak benda. Nak pantau pun dua tiga bulan jugak.. Ada la dia pujuk2 lagi.

Lepas tu dia kata dia janji. Nanti dah settle tu, dia nak bawak saya pergi switzerland. Saya tnya bila. Dia kata cuti sekolah nanti.

Saya tanya berdua ke atau dengan orang kampung awak. Dia kata ikutkan nak ja bawak orang kampung, tapi diaorang tu tak de passport pulak.

Memang laju tangan saya cubit dia.. Puas hati saya. Dia gelak2 ja. Dia kata berdua la..

Kalau bawak orang kampung, saya tak suka dia kata. See nak sindir saya pulak.

Ok tak pe. Saya tunggu janji dia ye.Kita tengok hari kejadian nanti.. Kot2 dia nak bawak orang kampung dia buat passport siap2. Bukan boleh percaya suami saya ni.

Sebelah rumah mak mertua ni, ada macam hutan2 sikit..Baru ni suami saya bersihkan kawasan tu. Panggil jentera tolak semua pokok2 semak2 tu.

Katanya tu tanah diaorang.. Suami sedang bina rumah kecik untuk saya kat situ. Kira attach sebelah rumah mak dia.

Cuma nanti bahagian dalam rumah ada pintu sebagai penghubung dua rumah. Pintu tu pun nanti finger lock katanya. So tak de orang lain boleh buka.. Kata dia la….

Dia kata dia habis fikir dah.. Ni ja solution dia boleh bagi untuk jaga hati saya dan mak dia. Dia kata tolong jangan mintak cerai, jangan mintak pindah.

Saya kata terima kasih banyak2.. Sebab saya sangat2 hargai effort dia. At least saya akan ada keselesaan saya sendiri. Walaupun masih dalam kampung ni.

Tapi tak de la asyik nak kena buat kerja sekolah dalam bilik ja. Dan boleh buka tudung kan.. Sebab saya akan ada zone saya sendiri.

Dia cakap dalam rumah tu saya akan ada full privacy. Yes, memang itu yang saya nak. My own privacy.. Thank you my dear.

Dan tak akan ada orang kampung masuk keluar sesuka hati dah dia kata. Boleh berkemban. Boleh kunci pintu 24jam.. Sempat lagi perli saya ye.

Dia suruh saya cakap nak design macam mana apa semua. Dia serah segalanya kat saya.

Sumpah saya sebak gila time tu. Rasa makin fall in love dengan dia. Sebab saya ingat sampai bila pun masalah ni tak selesai.

Tapi akhirnya Allah bagi jalan keluar jugak atas doa saya. Rupanya suami fikir jugak keselesaan saya dalam diam2 dia tu.

Saya cakap mesti banyak duit awak habis ni.. Kos nak buat rumah ja dekat 200k. Nanti akan ada kos2 lain lagi. Sorry awak kena susah sebab saya. Saya nak tambah duit, dia tak nak ambik.

Tapi mula la dia balas dengan ayat2 propa dia.. Demi sayang istana pun sangup bina la, emas permata la.. Kalau keluar ayat macam ni, faham2 ja la.Ada la habuan apa2 dia nak tu. Dasar sweet talker..

Sekarang kerja2 pembinaan tu sedang berjalan. Tapi setiap hari masih penuh orang2 kampung kat situ.

Ada jugak dok bagi idea buat macam tu la macam ni la.Ada yang pertikai itu ini la.

Dan masih ada ja yang buat cerita macam2 sebab kami buat penambahan ruang kan.

Ada yang kata saya dan mak mertua bergaduh. Sebab tu buat rumah asing. Sebab ramai jugak yang datang tanya saya direct. Tanya ada masalah apa..

Saya cakap tak de masalah apa. Suami malas nak bayar income tax.Sebab tu dia buat rumah untuk tambahkan komitmen.

So tak payah bayar banyak kat kerajaan.Terus diaorang diam. Tapi kat belakang buat cerita lain pulak.

Tapi mujur la saya jenis hati keras. So saya tak peduli la semua tu. Saya tak kisah apa pun orang kampung dia nak mengata.

Sebab satu tahap nanti, semuanya akan berhenti bercakap jugak. Dan yang penting, Allah tahu semuanya.

Sekarang ni saya tak sabar nak tunggu rumah tu siap.. Hari2 saya sekarang ni seolah2 ada sinar sedang menanti.

Saya rasa sangat positive sekarang ni. Especially setiap kali tengok proses rumah tu. Sampaikan budak2 bergaduh dalam kelas pun saya boleh cool.

Kawan saya pernah cakap, u stress kot. Sebab tu susah pregnant. Yes, saya akui memang saya stress selama ni.

But lepas ni harap la semua masalah saya akan selesai. Saya harap sangat2 saya takkan stress dengan masalah yang sama lagi dah.

Anyway, terima kasih atas komen dan doa2 korang ye.

– Velocity (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Alhamdulillah, dah ada ckit ‘solution’ for ur ‘privacy’ in future.. tp x bule jamin jugak, tunggu la rumah tu siap nt.. jgn ada org ketuk2 pintu sbb nk jumpa husband u sudah la.. once dlu, sya penah la dduk di satu ‘pekan kecil’ di sebuah negeri d m’sia ni.. walau pon di situ dah ada pekan yg ada s/market dan kedai2, rumah teres n rumah pangsa, tp mentaliti org2 d sna masih mcm ‘kampong’ ckit.. bkn saya nk ‘menghina’ org kmpong, (saya pon asal dr kmpong jugak), tp yg ‘terer’nya diorang ni, bole kta semua hal peribadi org d tempat tu, org lain tau.. ank org ni pegi mne, periksa dpt no. brp, klaw hal laki-bini lgi la diorang nk amk tau.. si polan tu ada bini brp, yg tua dduk di mne, mcm2 lah, sampai naik ‘rimas’ dengar.. klaw di tepi jln or di kedai bersembang ke, itu ‘normal’ la, ini dlm opis lg.., ko xde keje ke, sampai nk siasat semua perkara psal org lain.. 🙄 ..nk dijadikn sbb, saya melahirkn slh sorang ank d sana, so bila dah bersalin, dduk d kmpong mertua.. aduss, rumah tu dah jd mcm tempat ‘pameran’, setiap hari ada je ‘pengunjung’ yg bertanya itu dan ini, yg cdg itu dan ini, yg bg petua itu dan ini.. siap bgi pesan lg, jgn lupa tau, buat itu dan ini spt yg mereka cdgkan tu, x ckup dgn tu, esoknya dtg lg, nk tanyakn, buat x spt yg diorang ckp tu.., ingat kita ni bhn experimen ke, tp sya buat2 ‘bodo’ je, sya kta la, bnyak sgt petua nya, sampai x tau yg mne satu nk buat dlu.. last2 diorang akn ‘mngata’ kat kita jugak.. lantak la, janji aq bhagia, nk ikutkn semua, pengsan la.. tp cik somi sya jenis yg ckp ‘lepas’ jugak, kdg2 bla dia komen, diorang mcm ‘terasa hati’ ckit, so lps tu dah kurang la kekerapan dtg nya.. itulah sdikit snbnyak kisah sya dgn org2 sebegini.. sabo jela puan.. wslm.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *