Stress Hidup Dengan Suami

Hi semua. Aku baru lepas solat mengaji sementara tunggu waktu isyak. Pagi tadi bergaduh dengan suami sampai sekarang memasing tak bertegur sapa. Aku penatlah dengan perangai suami aku. Penat walaupun aku tak bekerja dan kami belum ada anak.

Kami dah berkahwin dua tahun setelah berkenalan selepas setahun. Kami berkenalan di muslim dating apps, jumpa dan berkenalan sebelum kahwin. Suami muda setahun dari aku. Suami bekerja sebagai akauntan dan aku tidak bekerja setelah berkahwin kerana mengikut suami bekerja di ibu kota.

Aku dari sarawak. Aku tak bekerja kerana masih belum mendapat kerja yang sesuai dan tidak memiliki kenderaan. Kebanyakkan pekerjaan yang aku dapat memerlukan aku mempunyai kenderaan sendiri. Cuma suami yang mempunyai kereta di kl.

Kenapa aku rasa lebih baik hidup single? Selepas kahwin hidupku banyak diatur oleh suami. Sebelum kahwin aku suka melawa dan active di sosial media. Namun selepas kahwin amat jaranglah aku menggunakan sosial media. Suami tidak suka aku melawa dan mekap diluar atau di dalam rumah.

Aku faham jika diluar rumah dia taknak lelaki lain melihat aku tapi di dalam rumah? Aku dulu confident dengan penampilan ku kerana aku selalu dilabel cantik oleh orang ramai. Tapi sekarang aku tidak lagi berasa cantik. Suami sering perlekehkan aku terutama jika aku bersiap untuk mengajak dia bersama.

Jika aku berdandan memakai lipstik atau bedak dia akan cakap muka aku terlalu putih macam hantu. Aku tau macam mana nak mekap. Aku cuma memakai makeup nipis dirumah tapi dikutuk. Aku sering menjadi turn off. Dia juga selalu cakap aku semakin gemuk dan berat (dia tidak larat mengangkat aku). Dia pun sama naik berat badan selepas kahwin.

Untuk pengetahuan semua suami aku agak selekeh. Dia gosok gigi waktu pagi sahaja dan cuma gosok gigi waktu malam setelah aku bising2. Aku sangat pantau dengan bau. Nasib baik dia tidak merokok.

Jika ingin bersama selalunya perempuan inginkan foreplay termasuk aku, suami selalunya skip foreplay terutamanya ki**ing part sebab dia tak gosok gigi. Cuma Allah yang tau bertapa turn off rasanya.

Dulu kami pernah ada issue bersama sebab suami kata aku banyak syarat untuk bersama. Aku cuma ingin dia jaga hygiene agar tidak memudaratkan aku sama. Dengan kuku panjang jarang potong. Kadang2 aku rasa aku tengah jaga budak kecik yang perlu diberitahu semua benda walaupun suami dah berumur 32 tahun. Suami muda setahun dari aku.

Selain itu rumah sering bersepah walau kami hidup berdua. Suami selalu menyepahkan rumah dan meletakkan barang merata tempat. Usai balik dari kerja, suami akan meletak stoking, baju dan seluar kerja termasuk beg kerja merata di ruang tamu.

Suami juga sering mencampak pakaian kotor di sebelah bakul pakaian (bukan di dalam ye) aku selalu membebel supaya suami letak semua pakaian di dalam bakul tapi suami masih tidak dengar.

Selain itu suami ada tabiat makan dalam bilik atas katil kami berdua. Yang ini selalu menjadi punca pergaduhan. Kami ada 3 bilik dirumah ni. Satu bilik kami, bilik store dan bilik tetamu. Sebelum kahwin lagi aku tau suami suka makan dalam bilik kerana dia seorang introvert dan kaki gamer. Namun aku tak sangka perangai tu dia bawak sehingga kahwin.

Kalau makan roti, chocolat biskut atas katil tidak apalah, tapi dia makan nasi, maggi, mee kari, roti canai, chicken chop dan seumpamanya semua atas katil. Aku sangat sensitif dengan bau makanan dan aku selalu mintak dia makan diluar tapi dia masih buat benda sama. Dia akan makan semeja dengan aku sekali sehari waktu dinner selepas kerja selepas tu sambung main game dibilik.

Suami memang hantu game. Kalau hati kerja dia biasa akan main game selepas balik kerja sehingga lah pukul 1pagi. Dia cuma stop main game sekejap untuk solat dan makan. Kalau hari minggu memang satu hari tu dia berkurung dalam bilik dan main game. Aku tau semua akan cakap ala suami cuma main game bukan curang. Memang nampak simple tapi dia abaikan tanggungjawab dia.

Ni belum ada anak macam ni. Ada anak memang aku risau anak terabai. Suami abaikan solat isteri dan hal rumah. Suami banyak kali terlepas waktu solat atau solat dihujung waktu kerana kusyuk main game. Suami jugak kerap MC kerja kononnya sakit tapi suami cuma malas pergi kerja dan menghabiskan hari cuma dengan bermain game sepanjang hari.

Kami tidak bersosial sangat. Suami juga pernah dipanggil oleh HR kerana kerap sangat mc. Walhal suami cuma malas pergi kerja. Kerja suami jujur aku cakap agak senang. Dia balik kerja pukul 5 setiap hari dan mempunyai gaji yang agak tinggi. Tetapi hari2 dia complain kerja penat dan ambik mc dengan alasan tak sihat.

Aku stress la sebab dia suami aku, ketua keluarga. Bukan lagi single nak main game sepanjang hari pergi kerja bila dia nak.

Aku perasan suami juga selalu mendapat hal2 yang tidak baik seperti manager bagi kerja lebih, kereta rosak dan bil tetiba mahal. Mungkin asbab dari lewatkan dan meninggalkan solat dengan sengaja. Aku sebagai isteri selalu menasihati suami terutama bab solat. Tapi suami cakap aku banyak membebel.

Ramadhan yang lepas aku kecewa kerana suami hanya mengimamkan solat terawih hanya beberapa kali dengan alasan penat bekerja. Tapi dia menghabiskan sepanjang malam itu dengan bermain game di laptop. Dia juga menasihati aku kalau nak beribadat tidak peru tunggu dia. Dia mintak aku buat teraweh sendiri.

Kami tidak pergi masjid kerana suami cakap penat dan tidak mengizinkan aku pergi ke masjid sendirian. Aku selalu berdoa agar Allah bukakan pintu hati suami aku agar lebih dekat kepadanya.

Aku inginkan suami yang boleh bawak aku ke syurga. Aku selalu mengaji dan melakukan solat sunat didepan suami agar suami tertarik untuk beribadat sama. Tetapi suami lebih memilih untuk bermain game.

Aku juga harus menemani suami tidur walaupun ketika itu aku ingin beribadat atau memasak. Sesudah bangun tidur suami selalu meminta makanan dari aku. Jika aku masih tidur suami rela belapar menunggu aku bangun masakan untukknya.

Suami juga menyalahkan aku membiarkan dia berlapar dan lagi rela memilih tidur. Aku jenis tidur mati, jadi susah untuk ak bangun pada waktu sama yang suami bangun. Dalam peti ais kami ada banyak makanan frozen seperti nugget, burger dan makanan lain yang alu telah prepkan untuknya.

Suami sudah terbiasa aku menghidangkan makanan untuknya sehingga dia sudah malas untuk memanaskan makanan sendiri walhal cuma menggunakan microwave. Seperti juga pinggan mangkuk setelah dia makan, dia akan biarkan pinggan sesudah makan di meja makan dan cuma membasuh tangannya di singki.

Aku banyak kali mintak dia membawa pinggan makannya disingki alang2 dia membasuh tangan. Tapi mungkin susan baginya kerana selepas kahwin sudah ada isteri di jadikan bibik untuk melakukan semua. Aku pada awalnya ikhlas membuat semua lagi2 aku tidak bekerja dan cuma seharian berada dirumah.

Tapi semua ini common sense. Basuhlan pinggan satu susah sangat ke, letak baju kotor dalam bakul, jangan buang sampah merata boleh buang dalam bakul sampah, tutup switch lampu&kipas bila tidak digunakan. Suami bukan lagi budak, mungkin akan jadi bapak orang suatu hari nanti. Aku tak ingin anakku menjadi seperti bapaknya nanti.

Suami bila balik dirumah mertua pun sama. Ibu mertua akan siapkan makanan dan mendobi pakaian untuknya. Ibu mertua sangat baik tapi sering dilayan sama dengan ayah mertua aku. Suami selalu cakap ibunya buat semua dan ayahnya selalu susahkan ibunya. Suami aku melayan aku sama seperti mana ayahnya melayan ibunya.

Dihari raya suami rela berkurung dirumah dari beraya dirumah orang. Kami ada beraya di rumah saudara aku tapi setelah makan suami mengajak aku terus pulang walhal aku sudah berjanji dengan saudara aku untuk menolong dia berkemas.

Suami suruh buat alasan dia ada kerja lain jadi aku terpaksa menipu saudaraku. Sesudah pulang suami terus bermain game dan mebiarkan aku sendirian diruang tamu.

Aku lagi rela hidup seorang diri dari menguruskan anak ibu mertua aku. Aku penat mental dan fizikal. Aku tak mampu nak hidup lama dengan orang macam ni.

– Leen (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. hemm macam budak budak. sesunguhnya seumur hidupn tu terlalu lama untuk dibazirkan dengan orang yang salah. Boleh lar buat apa yang patut sis

  2. Faham perasan leen, saya pun boleh turn off dengan perangai orang macam ni. Mungkin leen boleh bincang face to face dengan suami, apa expectation leen. Kalau sudah bincang masih sama, leen tahu apa yang patut leen buat. Leen masih muda, buat la pilihan terbaik.

  3. Aku sebagai laki dan suami pun malu baca kisah ni. Aku rela penat buat kerja rmh jaga ank bini & korban kan life dan hobi bujang demi keluarga.
    Dia cuma berkahwin sbb nk ada isteri. Bukan sbb nk jd suami. Tidak ada ciri2 suami langsung.

  4. Jika dibiarkan lama lama kena penyakit mental tu pun dah bunyi MCM stress sgt.i feel u sebab adik beradik aku semua lelaki suka kotorkan rumah juga pakaian bersepah.mkn dlm bilik buang sisa dlm bilik Smpai berkulat berbau.
    Jujur aku kena stress dan anxiety bila balik rumah selagi Dorang ada .

    Fikirkan lah beb jgn buang masa hidup dgn orang yg salah.Mkn pil jgn mengandung ya merana kelak hidup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *