Assalamualaikum. Hai. Nama aku Z. Berumur 21. Sekarang aku tengah serabut sangat sangat. Terima kasih min kalau sudi share confession aku.
Cerita dia macam ni. Aku sekarang tengah Open & Distance Learning (ODL) final year degree di rumah. Start awal pkp awal tahun 2020 lagi aku dah ODL. Aku anak sulung dari 6 adik beradik
Awal-awal pkp dengan ODL ni okay lagi bagi aku. Tapi lama-lama aku stress sangat-sangat dengan sikap mak aku. Mak aku pilih kasih. Hari-hari nak marah aku. Meh aku cerita kenapa dia marah aku.
Mak aku marah aku sebab katanya aku ni pemalas. Padahal aku ada je tolong masak, basuh pinggan, kemas rumah semua tu. Cuma time ada kelas dengan assignment aku tak boleh nak tolong la.
Apa yang aku tolong, mak aku tak pernah puji aku. Yang dia tahu, aku pemalas. Tapi lain pula dengan adik perempuan aku. Asyik puji melangit je. Walaupun adik aku dengan aku tu lebih kurang je dengan aku buat kerja.
Bila turn adik aku je, dipujinya rajin, cantik dan anak solehah. Bila turn aku, semua yang buruk- buruk je mak aku kata, pemalas, tak cantik.
Lepastu mak aku kata aku selalu hadap phone dengan laptop aje kerjanya. Aku kan ODL. Mesti la kena hadap phone dengan laptop sebab tengah study kan. Dah la final year, project banyak, assignment pun banyak. Tu tak termasuk dengan kuiz dengan test lagi.
Aku dah la stress dengan line internet yang tak berapa okay kat sini, tambah pulak dengan suasana tak kondusif untuk belajar, adik beradik ramai, bising lagi. Serious aku stress tahap nak g*la dah.
Mak aku tak faham situasi aku sebagai seorang pelajar. Dengan orang luar bukan main lagi mak aku kata “Kita sebagai ibu bapa kena faham anak kita tengah belajar online musim covid ni. Memang tak boleh nak ganggu”. Tapi Kat rumah ni lain pulak jadinya.
Jujur aku cakap, hampir setiap hari aku menangis sebab stress tahap g*la bab* (maafkan aku terkasar bahasa). Serious aku penat. Result aku sem lepas menurun. Aku target dapat dekan tapi tak dapat jugak. Serious sedih sangat-sangat.
Masa tengah cuti semester tu aku tolong macam biasa la, tak fokus laptop dengan phone sangat dah. Masa tu okay dah sikit emosi aku. Alhamdulillah. Aku mulai gembira sebab final year nanti dah boleh masuk universiti balik.
Kusangkakan cerah hingga ke petang, tapi hujan di tengahari pulak. Disebabkan covid tiba-tiba meningkat mendadak hari tu, dah tak boleh masuk universiti balik. Memang aku menangis bila dapat tahu. Aku dah dapat agak dah apa yang bakal terjadi nanti.
Bila dah start final year semester pertama, awal-awal okay lagi sebab assignment tak banyak sangat, final year project pun baru nak start. Tapi time tu pun mak aku dah membebel kata aku pemalas, anak dara tak guna. Tapi bila lama-lama asyik kena marah, aku semakin stress.
Assignment banyak, final year project, kuiz, test, kelas, meeting. Sejak sebulan yang lepas aku tak boleh tahan dah dengan semua kata- kata mak aku. Tapi sejujurnya aku tak pernah melawan atau menjawab kata-kata mak aku. Aku diam je kalau mak aku marah aku.
Sebab aku tahu api mesti lawannya air. Panas lawannya sejuk. Lagipun aku taknak dicop anak derhaka sebab aku sayang mak aku. Tambah pula aku tak banyak cakap.
Mesti korang tertanya-tanya kenapa aku tak cuba explain situasi aku kat mak aku. Jawapannya, ya. Aku dah explain dekat mak aku yang aku sibuk dengan belajar aku. Tapi mak aku tak faham.
So, aku malas nak explain banyak kali. Sejak sebulan lepas, aku dah tak tahan dengan semua kata-kata mak aku. Hari hari aku nangis sorang sorang. Aku kurung diri aku dalam bilik. Aku jarang makan sebab tak ada selera. Aku tak bercakap dengan family aku termasuklah mak aku.
Serious aku penat dengan semua ni. Aku tak mampu nak tanggung semua beban ni. Aku mampu doa biar covid segera berakhir dan aku boleh masuk universiti balik. Satu hari aku terdengar mak aku tengah mengumpat pasal aku dekat family aku yang lain.
Mak aku cakap yang aku ni pemalas, anak tak guna, tahu ngadap phone dengan laptop je, tak ada lelaki yang nak kat aku, aku tak layak jadi isteri dan menantu orang, muka tak cantik, belajar tinggi-tinggi tapi bodoh. Aku terasa hati dengan kata-kata mak aku
Disebabkan aku terlampau stress, aku cederakan diri aku sendiri. Aku ambil pisau aku cuba toreh tangan aku, aku pukul lengan aku sendiri sampai lebam lebam. Sebab aku rasa aku useless. Aku rasa aku tak patut hidup. Aku rasa nak bunuh diri tapi aku takut.
Aku cuma mampu cederakan diri aku sendiri untuk lepaskan segala beban di hati. Sebenarnya aku dah lakukan tindakan bod*h ni dari kecil lagi sebab mak aku pilih kasih.
Aku rasa aku tak disayangi. Apa-apa yang terjadi, aku yang dipersalahkan. Aku buat apa pun semuanya salah. Ada je yang tak kena.
Serious aku benci jadi anak sulung. Aku cemburu dengan adik adik aku yang lain. Semuanya dipuji. Nak apa pun semuanya boleh. Boleh dikatakan mintak apa je akan dapat. Birthday aku tak pernah disambut walau sekali pun. Even wish birthday pun aku tak dapat.
Birthday adik adik aku yang lain semua dah sambut. Jujur aku cemburu. Aku rasa terpinggir oleh keluarga sendiri. Nak kata aku bukan anak kandung mak ayah aku, mustahil.
Aku rasa putus asa dengan hidup aku. Aku rasa nak berhenti belajar tapi alhamdulillah kawan baik aku bagi semangat dekat aku supaya habiskan belajar memandangkan aku dah final year. Sekarang aku tak tahu nak buat macam mana dah. Doakan aku terus kuat semangat ye..
Terima kasih kepada yang sudi baca confession aku. Aku jugak nak minta maaf atas membahasakan diri sebagai aku dalam confession ini.
– Z (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit