Assalamualaikum readers IIUM Confession semua. Maaf kalau penulisan saya tak berapa baik tapi still nak luah juga dekat page ni untuk tanya pendapat dan cadangan dari semua.
Saya berumur 27 tahun dan sudah berkahwin selama 1 tahun. Sekarang saya hamil 4 bulan dan alhamdulillah dapat suami yang begitu baik. Banyak bantu urusan kerja rumah dan sikit pun tak pernah tinggi suara.
Masalah yang saya hadapi sekarang bukan soal suami. Tapi soal kerja. Sejujurnya saya sangat stress bekerja. Tak ada rasa minat, seronok dan semangat langsung untuk bekerja.
Dulu saya bekerja di bank selama lebih kurang 2 tahun. Walaupun busy tapi saya happy, rasa excited nak pergi kerja, colleagues semua membantu & memang enjoy. Sikit pun rasa takada masalah.
Saya buat keputusan untuk berhenti disebabkan saya plan untuk mengandung dan waktu itu memang saya terpaksa pjj dengan husband & family.
So agak sukar untuk saya survive sorang jika berbadan dua. Saya sikit pun tak menyesal dengan keputusan saya untuk berhenti sebab saya percaya rezeki anak dan saya diterima bekerja di sebuah syarikat.
Tapi tak sangka pekerjaan yang baharu buat saya stress sedangkan Job Scope lagi senang berbanding kerja yang dahulu.
Saya stress mungkin disebabkan saya tak minat langsung dengan pekerjaan sekarang memandangkan pekerjaan sekarang 100% bidang yang berlainan dari pekerjaan yang dahulu. Saya rasa saya lah paling noob & dum* among colleagues.
Tambahan pula ada salah seorang teammate bangsa C (kesemua colleagues berbangsa yang sama), saya ditugaskan untuk handle client bersamanya.
Selalu sahaja dia lepas tangan dan arahkan saya siapkan semua kerja yang perlu dibuat bersama. Saya dah siapkan dan beri kepadanya untuk Sharing Idea tetapi nampak nya Proposal yang saya siapkan 100% dia ambil dari saya dan serahkan kepada Boss.
Memandangkan dia senior memang boss akan refer dengan nya. Then nampak lah macam saya tak buat kerja.
1 kelebihanya dia sangat lah outspoken dan confidence yang tinggi bila boss tanya dalam group / dalam meeting. Ada idea saya dia ambil dan bentangkan dalam meeting dan mention itu idea darinya. Sepatutnya idea itu boleh mention idea bersama.
So boss nampak dia yang banyak buat kerja sedangkan semua kerjanya dilepaskan kepada saya dan dia hanya tukang send kepada boss sahaja.
Btw saya tidak tahu macam mana sayastem pengurusan staff dimana teammate saya ini bekerja tetapi secara WFH setiap hari kerana negeri yang dia tinggal berlainan dengan office kami.
So Boss beri kelonggaran untuk nya WFH. Mungkin kerjanya agak culas disebabkan WFH. Mungkin juga ada salah saya disebabkan semenjak di syarikat ini saya jadi orang yang Low Self Confidence dan tak banyak bercakap sedangkan pekerjaan yang dahulu sifat saya lain dari sekarang.
To be honest saya selalu menangis seorang diri (sebab tak nak husband tahu) dan boleh dikatakan hari2 menangis dalam kereta selepas pulang bekerja.
Saya sangat2 stress sehingga sewaktu checkup hospital untuk pregnancy Dr ada bagi 1 form untuk isi (ujian stress), hasil test tu Dr dapati saya ada anxiety dan Dr sarankan untuk saya kawal stress saya.
Buat masa sekarang saya tak boleh berhenti bekerja memandangkan saya memang orang yang boleh dikatakan tak boleh duduk diam. Saya juga perlu kerja untuk bantu suami, untuk simpanan masa depan saya dan juga untuk bantu parent di kampung.
Fyi saya mmg tak de sebarang hutang bank. So far perbelanjaan rumah dan makanan semua suami support, saya hanya membantu jika betul suami perlukan bantuan.
Banyak yang bermain di fikiran saya. Perlukah saya berhenti kerja sewaktu graduan sukar untuk dapat kerja sekarang?
Jika saya berhenti kerja sekarang adakah peluang pekerjaan masih ada untuk saya memandangkan within 2 years and half saya dah job hopping sebanyak 2x (bad impression untuk diri saya mungkin sewaktu interview company akan ingat saya pekerja bermasalah).
Mampukah saya dduk dirumah tak bekerja sedangkan sewaktu dahulu cuti sem pun saya bekerja. Saya ada juga cuba untuk berniaga online as side income jika saya berhenti kerja sementara nak dapatkan kerja baru, tetapi sales tak begitu baik.
Saya juga risau dengan keadaan saya sekarang, memandangkan saya sedia maklum sewaktu pregnancy kena kawalkan stress. Saya tak nak luahkan masalah saya kepada suami disebabkan saya tak nak suami risau.
Buat masa sekarang Alhamdulillah saya bersyukur Allah hadirkan suami yang baik untuk bantu saya uruskan kerja2 rumah. Tolong bagi pendapat dan kata2 semangat dari anda semua yaaa.
– Puan Stress (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit