Stress Si Wedding Planner

Assalamualaikum dan semoga semua di dalam rahmatNya..

bila bercakap soal kahwin…seronok rasanya…berbunga-bunga hati dan perasaan sendiri untuk membina mahligai impian bersama orang tercinta….dan mulalah saat ni…memasing dah berangan nak majlis meriah…siap ada plan nak tema itu ini..dah plan bridesmaid siapa dan pakai baju warna apa..itu tak di nafikan…mana2 pasangan yang nak kahwin memang ada perancangan macam tu..tapi…cerita kat sini bukan soal cerita nak kahwin….tapi proses ke arah majlis perkahwinan tersebut…

banyak isu yang kita dengar sekarang ni…kes di tipu wedding planner…katering cabut lari lepas dapat duit….tapi ada tak isu pelanggan “mempergunakan” wedding planner?? ni cik wedding planner nak meluahkan beberapa perkara dan semoga wujudlah sedikit toleransi dan tahu etika sesama manusia..lagi-lagi nak bina masjid ni..orang kata gunalah jalan yang di redhai..insyaallah bahagia rumah tangga.

1-Ramai pengantin idamkan perkahwinan yang nampak grand tapi dengan pakej yang murah…saudara/saudari, saya langsung tak menyalahkan impian anda dalam perancangan majlis tersebut..selama saya handle client untuk urusan perancangan perkahwinan anda…adakala membuat diri ni bertambah kreatif sebab ada yang nak tema hutan..tema arab..tema ala2 garden..dan tema kosong-tak nak ada sedikitpun warna..(luar dek akal..)dan lain2 lagi…cuma ada waktunya langsung tak kena impian dengan bajet sendiri…

saya nak minta pihak anda berfikir sejenak dan membuat kiraan kasar..logik tak kalau RM10,000 untuk 1000 orang makan, pakej serba lengkap (siap dengan peralatan dewan,dj ,make-up, baju sanding,pelamindan lain2)??itu tak tambah lagi nak pelamin cover besar ..baju nak grand macam baju artis..kalau ikutkan RM10,000 tu sebenarnya cukup sekadar cover bahagian catering sahaja sebab melibatkan bahan basah. itu pun bila dah bagi dengan harga yang murah macam tu pun, masih tiada nilai syukur dalam diri..nak “free” yang jauh dari sepatutnya…lepas tu, nak main ugut2 nak viralkan..Allah…pernah tak terfikir RM10,000 tu pun..kami bayar untuk staff yang bekerja siang dan malam.Tinggalkan keluarga, suami/isteri demi menjayakan majlis anda.pada masa yang sama, korbankan waktu sabtu Ahad untuk uruskan majlis dan waktu malam kena menghadap client punya keinginan (pernah ada client duk whatssup pukul 2 pagi nak tanya untuk majlis dia yang 2 bulan kemudian.kena balas sebab main ugut..esok siang dah tak boleh whatssup ke??)

2. isu kedua: Bukan nak memburukkan tapi..yg mana yang nmpk alim…baik…btudung litup..berkopiah… suka nak minta itu ini free… duk marah2.. demand tapi xnk byr..tak cakap semua tapi ada lah beberapa…kata nk membina masjid…memenuhi separuh dari iman…tp awal2 dah macam ni..elok2 kita nak mudahkan majlis dia,jadi sumpah seranah jadinya.haha.

kat sini, ada beberapa pesanan cik wedding planner yang tak seberapa:

1.check poket sebelum nak ambik katering atau planner.sangat2 lah penting untuk plan perkahwinan anda.banyak zaman sekarang yang ada pakej mengikut bajet anda sendiri.Jangan risau ye.

2.minta jasa baik pengantin berbincanglah elok2 dengan ahli keluarga yang jenis fussy..demand itu ini dengan apa yang sepatutnya dalam pakej..pernah hadap client bergaduh sesama sendiri sebab nak pilih warna alas meja…ada yang hampir tak jadi kahwin sebab gaduh pasangan tak berkenan dengan baju pengantin yang di pilih oleh pihak perempuan..isu yang kecik tapi jadi besar.dan ada jugak nak main maki2 sebab tak bagi bunga tangan je..

3. janganlah buat loan untuk kahwin sebolehnya. bayangkanlah lagi seminggu nak majlis, loan tak di luluskan.sangat2 lah mengganggu urusan pihak anda sendiri dan pihak kami. (ingat nak uruskan majlis kahwin orang, sehari dua je ke??banyak plan yang kena di persiapkan untuk majlis anda supaya berjalan dengan lancar).

4.ukur baju di badan sendiri.secara logiknya, memang butik ada baju saiz besar dan ada design dia sendiri..tapi bukan semua baju ada saiz anda dan memenuhi citarasa warna dan pattern.jadi,kena rajin2 tengok diri kat cermin dan cakap, ” apa yang aku nak dalam majlis perkahwinan aku?” kalau rasanya saiz badan tu XXXXL dan demand full lace, manik penuh dan 3D lace bagai dari leher sampai ke hujung kaki, sedia2 lah duit yang berkepok dalam poket. baju macam tu kalau tanya dengan designer terkenal pun hampir RM10,000 ATAU LEBIH untuk baju sahaja.

6.Kalau anda mudahkan urusan kami, insyaallah kami akan melancarkan segala urusan anda… ^__^

(alhamdulillah…dulu masa nak kahwin, saya juga seorang yang ada demand tersendiri..cuma oleh kerana demand tu tak dapat melawan masa yang terhad,maka, sendiri kahwin, sendiri uruskan semua.Bayangkan dapat cuti sehari sebelum majlis sendiri dan dek fikir tanggungjawab terhadap majlis orang lain, uruskan majlis orang dulu sebelum majlis sendiri. paling tak boleh tahan, tengah bersanding ni,client call tanya untuk pelamin dia yang majlis minggu depan.sedangkan dah beritahu awal minggu tu saya kahwin.haha..dan sangat2lah bersyukur Allah kurniakan seorang suami yang cukup menerima dan memahami seadanya..ambik baju mana yang available dan muat (dia ikut je mana yang baju perempuan muat dengan saya sebab saya ni saiz besar) dan soal pemilihan pelamin dan warna..saya serahkan dengan team decoration 100 peratus..hasilnya langsung tidak mengecewakan dan Allah mempermudahkan majlis saya dari awal hingga akhir..dan sampailah sekarang..rezeki yang Allah bagi tak pernah putus..)

– cik wedding planner

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit