Stress tak kahwin-2 lagi? Haa meh baca.

Assalamualaikum dan hai. Ha, baca tajuk saja pun dah tahu dah post ni pasal apa? Yessss kahwin. Sebab apa aku tergerak nak cakap pasal ni? Sebab aku stress, bukan stress sebab aku kena aju soalan pasal kahwin, aku stress tengok girls tak kira la hijabista ke, purdahsta ke, dekat twitter, ig, facebook, duk cakap pasal kahwin muda.

First of all, I’m a girl too. I have the feeling of wanting to marry the man I like (too). It’s not a wrong thing for someone (boy/girl) to have the feeling of wanting to marry the person they like. That’s normal, absolutely normal. BUT. I totally disagree with some girls/boys (tapi selalunya girls la yang aku jumpa macamni) yang terlampau taksub, obsess (you name it) dengan kahwin muda + relationship goals nak surprise gini gitu. *roll eyes*

Sebagai pesanan untuk diri sendiri dan anda semua. Baca jap bawah ni (maaf ye ter-emo awal tadi)
You guys nak sangat kahwin muda?

1. Have you checked yourself?
Solat semua cukup 5 waktu? Solat tu time awal waktu ke atau saja melagha dulu dah hujung baru nak solat? Al-Quran tu berapa kali sehari baca? Berapa page? Kalau perihal makanan untuk rohani pun masih failed, boleh jadi sebab ni Allah simpankan dulu jodoh kita. Sebab kita ni diri sendiri pun belum terjaga, inikan pula nak jaga pasangan nanti? Kahkahkahak. Fix and improve yourself to be better, to get closer to Him, and when you’re ready, your time will come.

2. How’s your relationship with your parents?
Kalau hubungan dengan parents pun tak okay, selalu masam muka dengan parents bila ditegur, awak rasa awak dah ready ke nak kahwin? Kahwin nanti bukan sekadar kahwin dengan orangnya saja, dengan family dia sekali. Maksudnya, kamu kena layan keluarga dia seperti mereka itu keluarga kamu juga. Rasa-rasa dah ready ke nanti kalau mak mertua tegur apa2? Takkan nak masyem muka juga kot. Blending in with people is not that easy, so if you have problem blending in with your own family, maybe that’s the reason why you’re not married yet. Kalau hubungan dengan parents sendiri masih tak betul, betulkan. Trust me, Allah punya aturan always the best. Dia tak bagi sebab maybe Allah tahu kalau kita kahwin sekarang kita maybe ada problem dengan family dia. Who knows kan?

3. Matangkah kita untuk berkahwin muda?
So cerita dia masa aku duduk spend time dengan girl friends tiba-tiba terbuka topik pasal kahwin. Entahlah rasa setiap kali berkumpul mesti terbuka topik ni macam mana dan siapa yang start pun dah tak perasan. Okay so one of us kata dekat kawan kitorang “Kau bila nak kahwin dengan bla3? Kau matang bolehlah, aku ni kebudak-budakkan lagi” dan kawan aku tu cuma senyum, lepastu cakap “Dengan korang mungkin la nampak aku paling matang, tapi aku lagi kenal diri aku. Aku tahu aku tak sedia lagi.” My point is, kita lagi kenal diri kita berbanding orang lain. So sebelum nak excited and desperately asking our parents untuk kahwinkan kita dengan sesiapa, tanya la balik diri sendiri matang dah ke nak kahwin? Nowadays ramai sangat pasangan muda baru kahwin dah bercerai sebab hal yang remeh temeh. And nobody wants that to happen, kan?

4. Jodoh dengan mati hari-hari kita kena ingat. Takut terlampau busy fikirkan siapa bakal zauj/zaujah last-last jodoh dengan mati pun lupa.

Akhir kata janganlah mendesak diri untuk kahwin sebab ramai kawan sebaya dah kahwin atau sebab tengok young married couples happy dekat ig fb etc. kita tak tahu disebalik bahagia mereka tu apa ujian yang datang sebab mereka cuma tayangkan yang bahagia je gaduh semua tak tayang, dan jangan mendesak diri untuk kahwin muda sebab relationship goals nak travel sana sini dengan husband/wife, chill brothers and sisters, bila Allah tahu kita dah sedia dan nakkan kita untuk berkahwin pada waktu itu, time tu jugak jodoh kita akan datang. Kalau yang dah ada berkawan dengan sesiapa dan planning untuk kahwin, alhamdulillah aku doakan korang punya urusan dipermudahkan but please make sure both of you dah ready spiritually mentally physically and economically sebab kahwin tu benda yang kau akan hadapi sepanjang hidup kau dalam alam perkahwinan tu nanti. Sorry kalau ada terkasar bahasa atau tersalah cakap.

Ini semua hanyalah pendapat aku. Mohon kalau ada yang tak setuju janganlah cop aku bajet alim bajet baik bajet 2016 (hahahahambar maaflah sis memang hambar sikit) sebab aku cuma menyampaikan pendapat aku. Dan aku juga seorang perempuan yang masih busy memperbaiki diri sama macam korang. You may correct me if I’m wrong. Thank you so much for reading.

A.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit