Stress VS Balas Budi

Aku Ita. Terima kasih kerana release kan luahan hati aku ini. Ada beberapa situasi pasal sorang makcik aku yang aku nak ceritakan. Aku stress dengan perangai makcik aku ni sampai tahap aku menangis seorang diri dalam bilik.

Aku ada seorang makcik sedara yang sangat rapat. Makcik aku ni dia kakak kandung kepada ayah aku. Keluarga kami memang sangat rapat dari sebelum arwah ibu aku meninggal lagi. Lepas arwah ibu aku meninggal, aku tinggal berdua dengan ayah aku.

Adik beradik yang lain duduk di hostel. Jadi makcik aku ni lah yang prihatin dengan kami (aku dan ayah aku), makan kami. Dia sangat baik. Tapi ada juga sifat dia yang aku kurang senang.

1. Dia lebih suka gunakan aku dari anak dia. Dia suka suruh suruh aku buat sesuatu untuk dia, padahal anak dia ada saja dekat sebelah aku. Aku jadi geram. Benda jadi banyak kali. Aku gelarkan anak perempuan makcik aku ni sebagai L lah ya. Senang nak faham.

Contoh situasi kami pergi kenduri bersama. Aku, L, mak L, ayah aku pergi bersama ke kenduri. Makcik aku ni dia sakit kaki. Biasa la dah tua. Susah nak berjalan. Lepas beratur ambil makanan, kami duduk and makan.

Sedang semua orang tengah makan. Makcik aku panggil aku suruh tolong ambilkan air. Aku pon pergi ambilkan air dia yelah dia kan dah tua nak bangun duduk tu agak susah lutut dah tak kuat.

Lepas tu aku sambung makan dan lepas habis makan kami pon relax sekejap hilang kan hongeh perut sambil main phone.

Tiba tiba “Ita, taknak makan kuih ke? Cendol pon ada tu.” aku pon cakap la tak kot dah kenyang lagipon aku ni memang sejenis tak suka makan dessert. Kuih muih, cendol, abc rojak ke aku memang kureng. Lepastuuuuu.. “ambilkan untuk makcik.” aku pon cam, asyik aku saja kena ambil ni.

Habis anak kau ni apa function? Besarkan punggung saja ke? Aku geram aku suruh saja anak dia ambil. Tahu anak dia cakap apa? “jom la sekali.” kepala bana dia. Ingat aku bibik korang apa siot.

Kita suruh dia ambil dah sah sah la sebab kita malas nak bangun dah. Tapi dia ajak kita teman. Ehh memang tidak la teman nak gi dah. Aku biar saja dia gi sendiri.

Situasi macam ni dah selalu sangat berlaku tau. Bukan waktu pergi kenduri saja hari hari lain pon. Kadang suruh aku urut dia la. Suruh aku tolong dia buat tu buat ni. Mana tak sakit hati.

Kalau anak kau si L tak guna tu takde, boleh la aku tolong. Tapi anak sendiri ada kot kat sebelah. Kenapa nak kena susahkan anak orang lain? Belum lagi cerita pasal anak dia tu haa. Lagi sakit hati tapi malas nanti jela cerita.

Itu baru sikit. Ada lagi. Lain situasi. Itu aku ceritakan zaman aku masih belajar. Anak dia si L tu pon belum bekerja masa tu. Belajar juga tapi duduk kat rumah saja. Sebab tu kami pergi kemana mana dia boleh join. Makcik aku ni anak ada seorang sahaja si L tu.

2. Sekarang kami (aku dan si L) dah pon bekerja. Aku kerja sebagai kerani dan L di kedai kasut vincci. L selalu busy. Yelah kena kerja 6 hari seminggu kan.

Sabtu ahad tak boleh cuti. Aku pon 6 hari seminggu tapi cuti di hari ahad. Makcik aku ni selalu call aku waktu hujung minggu. Kadang kadang sekadar bertanyakan khabar. Kadang ajak berjalan. Kadang aku sendiri call makcik aku ni ajak keluar bersiar siar.

Aku ni sebenarnya seorang introvert. Aku sangat suka bersendirian. Jadi hujung minggu aku kebanyakannya berehat dirumah. Jarang la untuk aku isi masa lapang dihujung minggu dengan aktiviti diluar.

Macam yang aku cakap tadi makcik aku suka call aku di hari ahad. Kadang aku malas nak angkat. Kadang aku sedang keluar bersama kawan kawan. Bila aku free aku akan call dia semula.

Tapi aku paling tak suka dia suka call waktu aku tidur. Kalau call setakat 2, 3 kali tu aku boleh terima lagi. Tapi sampai berpuluh kali. Macam tiada hari esok.

Kadang tu bila dia call banyak kali, aku angkat dia cuma tanya tengah buat apa tu. Masak apa hari ni ayah mana. Sakit hati tau.

Sekadar nak berborak ya aku faham. Dia memang sorang diri kat rumah takde teman borak. Tapi aku tak suka borak dengan dia sebab lebih banyak membawang saja. Tu aku malas tu.

3. Ada sekali tu, anak dia, si L minta tolong aku untuk jemput dia lepas habis kerja. Atas sebab dia terpaksa habis kerja lewat iaitu 11 malam. Jadi taknak susahkan mak dia keluar lewat malam. Aku faham dan aku setuju untuk ambil dia.

Dan aku dah pesan pada L yang aku akan gerak dari rumah jam 10.45pm dan aku taknak singgah mana mana dan nak balik terus sebab letih seharian bekerja tambah kemas rumah lepas balik kerja. Masa tu dekat nak raya puasa. Dan aku suruh L beritahu pada mak nya.

Jam 8.30 malam, makcik aku ni call berkali kali. Aku sengaja taknak angkat sebab aku tahu dia mesti nak ajak aku keluar awal untuk dia nak jalan jalan di mall L bekerja tu.

Lagi satu aku tak faham. Dia suka ajak aku teman dia shopping. Kenapa bukan L? Anak dia. Aku bukan tak nak tapi aku dah teman dia 2 hari lepas.

Aku penat seharian kerja, balik rumah masak untuk ayah aku, hias rumah sebab nak raya, jadi aku perlukan rehat. Tak setiap hari aku boleh teman dia.

Lepastu, kenapa makcik aku ni dia tak pergi shopping waktu pagi masa dia hantar L kerja? Ya, L dihantar dan dijemput oleh makcik aku ni setiap hari. Kenapa tak shopping masa tu? Geram stress !!

Ok berbalik pada jam 8.30pm, makcik aku ni call aku banyak kali. Dari 8.30pm sampai 9.30pm call tak berhenti. Aku tau call tu bukan emergency, sebab kalau emergency dia takkan call aku saja.

Dia mesti akan try call sedara mara aku yang lain juga. Sebab adik beradik ayah aku ni duduk dalam satu kelompok saja. Semua berjiran jadi aku pasti dia call aku sebab nak ajak pergi jemput L awal.

Last last aku dah stress gila, aku angkat juga call dia. Betul tekaan aku, dia ajak aku gerak awal sebab nak cari tudung raya. Aku tolak elok elok. Aku cakap nak kemas rumah ni makcik. Banyak lagi tak kemas. 2 hari lagi nak raya tak sempat nanti. Esok Ita kerja. Tahu dia cakap apa?

“Ala esok lepas kerja kemas la. Jom la makcik nak cari tudung kejap.” aku tetap bertegas taknak pergi. Dia pon pasrah dan kata jemput dia bila nak ambil L nanti. Aku pon ok dan bagitau jam 10.45pm itu pon dia kata lambat. Aku gelak dan diam saja.

Jam 10.45 aku gerak jemput makcik aku dulu, aku perasan makcik aku berpakaian lawa. Selalu dia jemput L pakai kain batik dan tshirt sahaja. Malam tu dia pakai blouse dan seluar slack. Aku biar dan terus pergi mall L kerja.

Sampai sana, jam 11pm L tak turun lagi. Kena tunggu. 11.15 L turun kami pon gerak. Kena pergi bank dulu pula serah duit ke akaun bos. Tunggu lagi.

Dalam tengah menunggu, tiba tiba makcik aku tegur baju yang aku pakai. Which is kain batik dan sweater. Kepala pon aku tutup dengan hood sweater saja.

Yela duduk dalam kereta saja kan malam pula. “laa, baru nak ajak pergi mamak.” aku senyum saja. Dalam hati, aku dah agak dah ada saja tempat dia nak ajak aku singgah. Aku lega gila dah. Haha.

Aku highlight kan ya. Benda ni dah jadi banyak kali. Selalu.

4. Ada sekali tu.. Ini situasi lain lagi. Hari ahad. Dari pagi aku bangun, buat kerja rumah, basuh baju, sidai kain, rutin orang duduk rumah. Siap masak lagi untuk tengah hari. Dah makan, kemas dapur pula, kemas singki.

Settle semua, jam 2pm aku baring kejap luruskan pinggang. Hujan lebat pula. Fuh dah la tengah panas nak baring tiba tiba hujan lebat. Apa lagi kan aku pon tidur la. Aku terjaga bila makcik aku call. Sekali lagi aku malas nak angkat.

Yelah tengah syok tidur hujan tengah lebat tu.Aku silent kan saja phone aku. Bangun tidur aku tengok missed call sampai 15 kali. Dari pukul 2 petang tu sampai 2.30 last dia call aku.

30 minit tak berhenti ya call aku. Nasib baik aku dah silent. Aku call balik tak berjawab. Ayah aku balik dia tanya aku. Makcik call kenapa tak jawab. Aku cakap la Ita tidur tadi.

Ayah aku diam. Sebab dia dah biasa. Setiap kali makcik aku call aku tapi aku tak jawab. Mesti dia akan call ayah aku pulak. Geram saja aku tau tak.

5. Ada lagi. Masa tu ayah aku pergi luar negeri ada urusan. Aku tinggal kat rumah sendiri. Ayah aku suruh duduk rumah kakak aku tapi memandangkan ayah aku pergi untuk 1 malam sahaja jadi aku prefer duduk rumah sendiri saja. Senang aku nak pergi kerja.

Ayah aku pergi hari sabtu pagi. Makcik aku tau ayah aku keluar negeri. Hari sabtu aku kerja. Balik kerja tu aku singgah pasaraya nak beli barang sikit. Aku tengah drive makcik aku call bertalu talu.

Aku ni drive manual. Mana aku nak pegang gear nak pegang stereng nak jawab call. Excident pulak karang aku ni haa. Memang aku tak jawab la kan. Sampai mall aku terus turun saja lupa nak return call.

Settle beli barang, masuk kereta kakak aku call tanya aku pergi mana. Aku cakap la gi mydin beli barang kenapa tanya. Pelik la kan tiba tiba saja. Rupanya makcik aku buat kecoh. Kakak aku cakap makcik aku call ayah aku tanya aku pergi mana.

Kenapa takde kat rumah. Makcik aku call telefon rumah tapi takde orang jawab. Ayah aku yang jauh ni dah risau. Ayah aku call kakak aku pulak suruh pergi rumah ayah aku tu carik aku. Dah kelam kalibut dah family aku sebab makcik aku tu.

Diorang risau la sebab masa tu dah pukul 7pm. Yela aku habis kerja 6pm. Sampai mydin 6.20pm dapat parking 6.30pm masuk mall cari barang dah 7pm. Biasa la tu. Jarak mydin tu dengan rumah aku 15 min saja la kalau tak banyak kereta.

Aku call ayah aku, ayah aku tuduh aku merayau. Padahal memang selalu aku balik lewat sikit. Kadang beli barang dapur kadang beli barang office kadang saje jalan release tension salah ke. Sejam saja pon.

Selalu ayah aku ok saja tapi sebab ayah aku jauh makcik aku pulak bakar line risau lebih la ayah aku ni.

Aku punya stress nak layan perangai makcik aku sorang ni kan sampai tahap aku menangis cerita dekat boyfriend aku. Boyfriend aku pon dah naik muak dengar cerita yang sama pasal makcik aku ni.

Tapi tu lah, makcik aku ni baik saja dia banyak tolong aku satu family lepas arwah ibu aku meninggal. Entahlah semoga aku terus bertabah la layan kerenah dia selagi dia hidup. Plus aku pon banyak terhutang budi dengan dia.

Sekian la luahan hati aku yang masih membara. Ada lagi cerita yang lain tapi nanti lah aku ceritakan. Tu pon kalau dapat sambutan yang baik. Thank you sudi membaca.

– Ita (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *