Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kerana sudi siarkan luahan hati sy ni. Nama sy wawa, sudah setahun lebih mendirikan rumah tangga dan Alhamdulillah dikurniakan anak yang sudah berusia 6 bulan sekarang. Tujuan sy menulis ni utk meluahkan apa yang terbuku di hati dan ingin dapatkan pandangan2 positif daripada pembaca sekalian.
Sy sudah memasuki 3 tahun bekerja di syarikat yang saya kerja sekarang. Sejak dah ada anak ni sy asyik masuk kerja lambat je, tak tau kenapa tapi mungkin kerana saya pun sebenarnya dah xde hati sgt nak bekerja kat sini. Salah satunya pun sebab stress. Malas la nak terangkan sebab apa stress sebab pnjang nanti ceritanya.
So, dipendekkan cerita 2 bulan lepas sy letak surat berhenti dengan alasan yang sy dh segan nak kerja situ sebab selalu masuk lambat. Tapi ditahan dengan bos dan manager sy dan mereka kata yang mereka bagi kelonggaran untuk sy malah mereka offer utk tak kerja sabtu. Jadi fikir punya fikir, sy pun kuatkan untuk sambung kerja dengan alasan yang paling kuat ialah sape nak tanggung diri saya, makan pakai sy dan anak semua mngharap gaji sy.
Untuk pengetahuan semua sebelum ini suami sy kerja sebagai pemandu yang gajinya mengikut trip yang dia jalan. Basic 1k, kadang trip boleh dpt sampai 2-3k paling banyak. Di pendekkan cerita, suami sy start kerja ni 2 bulan lepas kami bernikah. Masa awal tu dia ada sikit dugaan kerja, jadi ada satu masa tu sy amanahkan dia untuk bayar duit rumah sewa. Tau2 bulan berikutnya tuan rumah kata kami dah 2 bulan xbayar sewa rumah. Jadi sy keluarkan duit simpanan tabung haji sy untuk bayar 2 bulan rumah sewa. Tapi pelik mana pegi duit sy yang sy amanahkan suami utk bayar kepada tuan rumah.
Rupanya dia kata yang dia bayar duit ahlong. Entah bila dia pinjam, berapa amount, untuk apa dia pinjam dia xnak bagitau sy. Cukup dia kata dia betul2 mintak maaf dan janji untuk berubah. Sy pun percaya. Lepastu dia akan bagi sy yang control duit dia, dia bg sy yg pegang cimb clicks dia sbb dia xreti sgt guna online2 ni. Tapi tak lama lepastu dia berubah, dia tukar password cimb clicks dan dia xbg sy amik tau keluar masuk duit dia.
Sampai la anak kami dah masuk 4 bulan baru kantoi yang selama ni dia bermain judi online. Semua sebab pengaruh kawan, sy sedih + terkilan sgt2. Sebabnya bila sy tgk statement bank suami, semua duit yg sy transfer ke dia, bos transfer sbgai advance semua habis ke judi online dia. Dan ada sekali masa sy pantang, abah dia ada masukkan duit rm500 untuk repair kereta, pun semuanya habis kesitu. Selama ni bila dia kata tlg transfer duit sebab dia nak guna untuk kerja ke ape, bos xbg duit jalan kea pa, sy dgn akur bagi je sbb bg sy, sy nk mudahkan urusan suami sy. Tapi tak sangka rupanya dia habiskan ke judi online tu.
Dulunya sy mempunyai duit simpanan di tabung haji, walaupun xbyk tapi setiap bulan mesti consistent simpan. Sekarang satu hape pun sy xdpt simpan dan semua duit habis sy korek. Perbelanjaan masa sy bersalin dan pantang pun semuanya pakai duit sy. Patut la sy pelik sgt sebelum ni bila hujung bulan kami mesti susah, sampai kadang sy terpaksa pnjam duit adik beradik. Tapi Alhamdulillah dia sekarang nak berubah sebab tu dia bagi sy pegang password utk cimb clicks dia sekarang.
Sy boleh kata yang suami sy ni mungkin dah biasa bila susah ada orang tolong, senang cite dimanjakan mak bapak la. Kalau nak tau, masa kami kahwin satu ape pun xpakai duit dia. Semua mak ayah dia yang sponsor. Memang masa nikah, dia xde ape pun. Tapi sy tetap berpegang, kami sama2 nak berubah dan mahu susah senang bersama, so sy pun bertahan dengan dia. Sekarang ni nak kata menyesal ke apa pun tak tau la.
Hujung bulan 8 haritu lagi sekali dia buat hal dengan mengambil keputusan berenti kerja dan memulakan berniaga sebab ada sepupu dia meniaga, so dia nak ikut langkah sepupu dia tu. Awal2 tu ada jugak la gaduh, bukannya sebab apa. Sebab sy fikir mana nak dapat modal, dan fikir kemungkinan yang bakal jadi sebab kami dah la xde duit simpanan langsung, dengan anak lagi yang perlu ditanggung.
Tapi dia dengan confident nya jawab percaya lah rezeki tu mesti ada, sebab mak dia pun berniaga, kebanyakan keluarga dia pun berniaga. Last2 modal kami dapat dari maknya. Sekarang sudah 1.5k mak dia bagi kami, sy sebenarnya taknak langsung babitkan orang luar walaupun mak dia sendiri untuk bagi modal, tapi sy xboleh nak kata apa dah. Dia mula berniaga minggu ketiga bulan 9 rasanya. Sebab sebelum dia nak berniaga tu dia nak ada bunting banner dulu la, itu la ini lah. Sampai sekarang sy xnmpak kami dapat modal balik. Bila mak dia yang bagi modal, setiap hari mak dia call tanya harini niaga ke, berapa untung la itu la ini la. Sy rasa stress sgt setiap hari nk kene jawab sebab kadang suami sy niaga seminggu tu 3 4 hari je. Dan bukan mak dia je yg bagi modal, duit gaji sy haritu pun habis sebab beli barang2 untuk dia niaga.
So duit gaji bulan ni pun dah habis sebab nak cover semua hutang2, bil2 rumah, sewa rumah lagi. Kadang sy nampak suami sy ni mcm hangat2 tahi ayam pun ada. Sebab konon bila cakap itu la ini la sekali habuk pun xde. Contoh nya haritu mak dia baru transfer rm500, konon nak beli itu la ini la nk pacak 2 khemah. Tapi smpai sekarang 1 tu je. Pernah satu hari tu saya suarakan kata tolong kerja keras lebih lagi, modal mak 1.5k, duit gaji sy bulan lepas pun guna untuk modal tapi sampai sekarang tak nampak langsung hasilnya. Suami ada berkata dia pun tak tau mana silapnya sampai dia bertanya perlu ke dia makan gaji balik. Tapi end up dia kata bagi masa lagi sebulan, lepastu dia akan buat keputusan sama ada teruskan berniaga atau kerja makan gaji.
Baru2 ni anak dan sy tak sihat, jadi sy rasa malas sgt nak buat kerja rumah dan nk pergi kerja. Rupanya sy dapat tau yang sy pregnant. Patut la badan selalu rasa xsedap, sekarang lagi rasa xde selera makan, loya dan sebagainya. Dan sy terfikir nak berenti kerja sebabnya sy rasa hidup sy penat sgt. Setiap kali waktu rehat sy akan balik rumah hantar susu untuk anak sy sbb sy kalau boleh nak sgt anak sy fully breastfeed. Tapi baru2 ni susu sy kurang pulak, so terpaksa la tambah formula milk. Dengan rumah selalu berselerak, stress tgk. Kadang risau je suami fikir kita ni isteri pemalas ke ape tapi nasib baik suami faham. Hati sy selalu menjerit kata aku nak berenti kerja, nak duduk rumah jaga anak. Lagi2 bila dapat tau pregnant ni. Risau plk kang ofis kata cepat sgt, kang nk unpaid leave lagi 2 bulan.
Sy dah nyatakan hasrat sy nk kerja sampai hujung tahun ni je kepada suami dan manager. Suami sy mcm berat nk bagi sy berenti kerja. Tapi sy rasa sy nak nekad je berenti,dah taknak fikir pasal hutang2, bil2 rumah. Nak biar suami sy plk fikir semua tu. Dia yang ketua keluarga boleh senang2 berenti kerja tanpa fikir anak bini, takkan la sy xboleh buat gitu kan? Mungkin ni salah saya jugak sebagai isteri sebab masa mula2 sy yang rela hati nak bayar bil2 dan suami hanya bayar duit rumah sewa, tapi bila dah lama2 ni rasa mcm terlalu manjakan suami sampai dia lupa pulak tanggungjawan dia.
So, rasanya tak salah kan kalau isteri tak bekerja bantu suami cari rezeki hanya duduk rumah jaga anak? Sorry sy sebenarnya nak cerita pendek je tapi terjadi panjang plk. Anyway terima kasih sebab sudi baca.
– Wawa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit