Struggle Dalam Daif

Assalamualaikum semua. Aku tak tahu mana nak mulakan.. taip delete taip delete… aku tak ada handphone sebab dah bertahun rosak tak mampu beli… sekarang aku guna phone suami.

Struggle dalam daif.. ya itu la kami sekeluarga… dulu kami ada kehidupan yang alhamdullilah stabil tapi sayang kami gagal dalam merancang masa depan iaitu membeli rumah.

Ada orang memang dia dilahirkan dengan kematangan dan ada yang lahir dapat tunjuk ajar nasihat dari org tua atau sekeliling namin ada juga yang memang dilahirkan tidak matang dan hanya matang setelah melalui kesusahan yang dijadikan pengalaman sebagai garis panduan dan ada yang dilahirkan meneruskan hidup tanpa aturan nasihat dari org tua atau sekeliling.

Kami antara yang matang melalui pengalaman tanpa ada nasihat atau teguran dari orang tua atau sekeliling. Kami hidup dengan menyewa tanpa terfikir utk beli rumah.

Bila suami dah kemalangan teruk yang terpaksa cuti berbulan bulan hingga sihat. Gaji hanya sekadar basic kerana tak ada overtime, maka perbelanjaan banyak terganggu dan aku juga terpaksa berhenti kerja kerana dihalau dari rumah sewa.

Kami buat keputusan untuk pulang ke kampung dan bina rumah kami. Dalam keadaan nak bina rumah dengan kos yang mahal kami harus catu makanan dan korbakan segala keinginan. Kami dah ada 4 cahaya mata, bayangkan kami anak beranak terpaksa korbankan segalanya untuk membina rumah .

Oh ya, kami dah lama tak ada kereta kerana dah kena tarik dan satu kegagalan kami masa dahulu kami langsung tak tahu ada cara untuk berbincang dengan pihak bank tentang masalah yang kami hadapi tapi apa kan daya Allah dan tentukan.

Bayangkan mengandung, melahirkan dan segala urusan harian atau persekolahan dengan anak 4 kami lakukan tanpa kereta, tapi kami tak mengeluh kerana selagi kami berdaya kami boleh lakukan asalkan kami positif dan kami gembirakan anak dengan cara kami.

Sekarang kami juga menyimpan untuk membeli kereta tapi harap ada cara kerana nama kami berdua dah blacklist. Dalam masa yang sama kami menyimpan utk membina rumah. Bayangkan betapa daif untuk membayar komitmen bulanan, membayar sewa rumah, saraan anak yang 4, menyimpan untuk membeli kereta dan menyiapkan rumah…

Anak anak selalu minta basikal untuk bermain bersama kawan2… kami tak ada pilihan melainkan minta anak menyimpan duit sekolah setiap hari… bila cuti sekolah kami tak mampu nak bawak anak anak bercuti, berjalan2.

Melalui kebolehan yang Allah bekalkan pada kami, kami didik anak kami dengan agama yang insyaaAllah lengkap.. kami pastikan merela solat, hafal Quran dan berdoa untuk kelangsungan hidup yang selesa… kami selalu ingatkan anak anak pastikan beli rumah walau apa pon terjadi bila dewasa nanti…

Kami hidup dalam daif berbekalkan telur untuk sebulan… kadang anak dah jemu kami terpaksa kreatif dalam masakan…

Kami selalu pastikan sekurangnya ada RM1 dalam rumah untuk orang yang datang minta derma atau sedekah… kerana daif kami ada lagi yang masih memerlukan…

Kami selalu berdoa dalam tahajud kami agar kami mampu dapat keajaiban dengan sedikit kesenangan agar kami dapat bantu rakan rakan yang turut kesusahan..

Jiran selalu jadikan kan bahan usikan kerana aku tak ada mesin basuh.. pada aku ia ok sehingga suami aku mampu membeli… kami tak ada kereta kami rasa bersyukur insyaaAllah satu masa kami akan beli dan gembirakan anak anak…walau kami tak mampu dengan kemewahan. Walau anak anak selalu teruja tengok jiran jiran yang ada kereta…

Kadang pergi sekolah diaorang teringin nak buka bekal ada spaghetti macam kawan kawan mereka… tapi kami cuma mampu bekalkan masakan yang dari sumber yang sama, berbeza cara kreatif masakannya.

Moga Allah murahkan rezeki kita semua… Pada yang senasib… teruskan dekati Allah insyaaAllah kita akan belajar bersyukur dan kuat…

Jangan bandingkan hidup kita dengan yang mampu tapi rasai kehidupan orang lain yang lebih hebat dugaan daifnya dari kita… agar kita rasa turut ingin membantu walau kita juga daif.

Apa pun terjadi pastikan kita simpan walau 10 sen sehari… sikit sikit lelama jadi bukit. Jangan tinggalkan solat… baiki dan khusyuk… insyaaAllah kita akan tenang dalam daif. Sekian dari saya.

– Hijau

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *