Struggle Dalam Memilih

Hai assalamualaikum salam Rejab. Nama aku Kak M. Bukan Kak M yang jual produk tu eh, hahaha.

Tahun ni aku dah masuk 30 tahun. Kenapa tajuk struggle dalam memilih. Yes, termasuk kali ni aku dah reject beberapa orang lelaki dan ada yang ghosting aku pun. Haha sedih.

Aku rasa aku seorang yang agak malang dalam jodoh. Aku ni bukanlah tersangat memilih. Tapi aku ada kriteria yang aku tetapkan. Yang paling penting dia boleh masuk dengan aku dan aku pun boleh masuk dengan dia.

Mental health is very important for me. Yelah, perkahwinan adalah ibadah seumur hidup. Jadi, memilih itu wajib.

Baiklah, aku mulakan kisahku. Si dia aku namakan sebagai B. Kami berkenalan di portal cari jodoh online.

Setelah beberapa berkenalan di portal, dan macam serasi bersama macam lagu ajai dan nurul pulak, kami sambung perkenalan di whatsapp.

Kemudian setelah berkenalan beberapa bulan, dia berani datang kerumah berjumpa mak abah aku.

Wow, aku rasa macam he is the one haha. Tetapi macam biasalah mak abah aku memang sangat strict. Tambah-tambah anak perempuan dan bongsu.

Mereka sebolehnya nak pasangan yang sekufu, yang sepadan. Kalau ada degree, bakal menantu pun kena ada degree juga. Sekurangnya diploma.

Bab kerja sebolehnya yang tinggi sedikit jawatan dari anaknya. Si B ni ada SPM manakala aku tengah struggle tamatkan Degree aku.

Dia bekerja kontrak sebagai pemandu lori. Tapi itu tak menjadi masalah buat aku. Sebab aku rasa aku boleh terima dia.

Kami sangat serasi, aku sangat tenang sepanjang berkenalan dengan dia, aku jadi kuat bila dengan dia. Masa tu aku rasa dialah bakal pendamping dan pelindung dan penguat semangat aku. Gituhh.

Aku sejenis makhluk yang mudah stress. Dia sentiasa ada bilamana aku nak luahkan sesuatu dan aku tersangatlah menjadi diri sendiri bila berbual dengannya.

Anyway kami tak pernah berjumpa melainkan dia datang kerumah berjumpa dengan mak abah aku.

Dipendekkan cerita, dari segi lain semua dia sangat sempurna di mata aku. Tapi, aku mula turn off bila aku tahu kisah silam dia.

Allahu akbar. Aku ibarat seekor burung yang patah sayap bila dapat tahu kisah silam dia tu. Aku lembik, air mata aku laju bercucuran tanpa henti, selama seminggu.

Allahu aku terkejut. Dia yang menjadi harapan aku, masa depan aku semuanya hancur. Apa yang aku takutkan itulah yang terjadi.

Pasti korang tertanya apakah kisah silam dia kan? Dia seorang bekas penagih. Tapi dah 10 tahun yang lalu. Kalau tengok fizikal dia sekarang memang jauh beza tak macam seorang penagih pun. Berisi dan chubby.

Ya aku tahu itu kisah lampau dia dan dia sekarang memang totally berubah. Aku nampak keikhlasan dia dan aku tahu hal itu walapun aku belum bernikah dengan dia.

Dia pernah berkata padaku, kisah lalu dia hanyalah kisah lalu. Tidak perlu diungkit dan aku tidak patut tahu pun hal itu.

Jika orang itu benar-benar menyukaimu, dia tidak kisah akan masa lalumu. Tapi aku sejenis yang suka siasat maka terbongkarlah semuanya.

Dan dia tidak salahkan aku, elok juga aku tahu kisah lalu dia sebab dia mencari seseorang yang boleh terima dia seadanya. Tapi maaf, aku tak boleh. Aku tak kuat.

Inilah ujian paling kuat bagi aku setakat ni. Dia ujian buat aku. Setelah aku beristikharah, aku berdoa.

Antara doa yang aku amalkan buat masa sekarang,

‘Ya Allah, jika dia baik buatku, buat agamaku, buat masa depanku, buat keluargaku, maka kau dekatkanlah kami, namun jika dia tidak baik untukku, untuk masa depanku, maka kau pisahkanlah kami tanpa menyakiti antara satu sama lain’.

And finally Allah shows me the way. Dan aku putuskan untuk tamatkan hubungan ni. Sedih memang sedih sebab semua ciri-ciri suami idaman ada pada dia, tapislack disitu buatkan aku tak boleh terima.

Maaf, aku bukan mencari yang sempurna, tapi aku hanyalah mencari yang terbaik untukku dan masa depanku.

Kamu bukanlah tidak baik, kamu tersangatlah baik, tapi bukan baik untukku. Baik untuk orang lain mungkin. Setiap orang ada baiknya, tapi dia belum tentu baik untuk kita.

Sekadar itu dahulu luahan aku. Doakan aku dikurniakan seorang suami yang aku idam-idamkan, ciri- ciri yang selalu aku sebut dalam doaku. Amin. Dan doakan aku bahawa keputusan aku tidak salah.

Terima kasih sudi baca confession ini jika terpilih untuk disiarkan.

Tiada niat untuk membuka aib sesiapa kerana setiap manusia ada aib sendiri termasuk diri aku sendiri. Yang baik datang dari Allah yang buruk itu datang dari diri aku yang banyak khilaf dan dosa ini.

WAllahualam bissawab.

Assalamualaikum.

– Kak M (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *