Assalamualaikum dan hai. Nama aku Lyn (bukan nama sebenar). Kalau lah artikel ni disiarkan aku rasa bersyukur sangat, mudah mudahan apa yang ditulis dapat membantu mereka yang memerlukan.
Aku tahun depan akan memasuki hujung 20an dan belum berkahwin, baru je kerja dalam setahun lebih selepas menganggur hampir 2 tahun! Penulisan ni sekadar perkongsian aku untuk yang struggle menjadi adult selepas fasa early adult atau zaman Universiti/Kolej.
Aku adalah anak anak di bandar yang dari kecil sampai ke Uni aku dibesarkan dalam keadaan sederhana, tak terlampau susah dan tak terlampau senang, parents besarkan kami adik beradik sampai semuanya dapat manage kehidupan Uni dengan baik, siblings aku semua dapat perkerjaan yang elok, kahwin, beli rumah dan teruskan hidup dengan anak anak dan bahagia.
Nampak macam smooth kan? tapi tak berapa smooth untuk pattern kehidupan aku.. Waktu di Uni aku adalah salah seorang penerima elaun pinjaman, at the same time parents aku bagi elaun juga monthly, tapi aku tak disenangkan dengan kereta dan sebagainya, cam aku kata tadi sederhana je.
Aku jugak pandai cari duit tambah2, letak roti dekat kolej kolej, jual meggi dalam bilik, biskut, air kotak. So dalam sebulan bila campur campur elaun+jualan aku.. hampir 1.5K juga sebulan, lumayan gila untuk students Uni.
Tapi masalahnya aku tak reti menyimpan, aku lepak kedai over price coffee, tengok wayang seminggu sekali, group discussion dekat kedai hipster, alah macam budak budak zaman sekarang (tak semua ye), family aku tak marah pun sebab diorang tahu aku cari duit sendiri, elaun diorang bagi pun sekadar duit tambahan untuk aku.
Sampailah aku Grad, dan mula lah fasa mencari kerja! aku ingat journey akan jadi smooth macam adik beradik aku, tapi tak mudah ye kawan2, duit aku dah kering dah sebab elaun belajar tak dapat, parents dah tak bagi elaun sebab aku duduk rumah je, dah tak boleh berniaga sebab dah tak tinggal Kolej!
6 bulan pertama aku macam happy lagi, parents aku pun tak bising sangat, lagipun masa tu ayah aku busy dengan kerja dia so aku selalu tolong dia menaip lah, kira stok lah, aku selalu teman mak aku pergi shopping, beli barang dapur so masih rasa hidup tu terisi.
Lepas je 6 bulan, aku dah dapat surat untuk bayar balik pinjaman, family aku dah mula bising tanya status perkerjaan aku, aku dah mula rasa stress sebab pencuci muka habis pun tak mampu nak beli, aku rasa malu nak mintak mak aku belikan, kawan2 pun dah kerja masa ni, nak lepak pun tak ada member.
Masuk setahun aku menganggur aku dah rasa tension yang teramat, malu nak jumpa orang, selalu marah dan tak mesra macam selalu, aku negative dan selalu blame diri, lepas tu break pulak dengan boyfriend, sebab boyfriend dah kerja lepas tu jumpa awek lain dalam train, kurang ajar betul. Aku rasa malang gila.
Then masuk tahun ke dua! aku nekad do something.. Aku cari kerja sambilan dekat kedai buku (bodohkan kenapa lah tak kerja dari awal), lepas tu belah malam aku buat tuition, waktu tuition ni bos aku nak buka cawangan dengan tempat baru, dan minta aku incharge, jadi mula lah journey berhijrah di tempat orang.
Gaji aku RM500 je, tak lepas nak beli apa apa, tapi boss sediakan tempat tinggal, masa ni lah aku termasuk dalam jerat bisnes bos yang tak berapa maju, gaji aku bayar tak on time, ada yang sebulan tak bergaji, nak cuti pun tak kasi and kena ugut macam macam, dah la family jauh, aku rasa sunyi sangat dan tertekan, kawan pun tak ada duduk around tempat tu, aku selalu ada niat nak bunuh diri masa ni.
Pernah tengah panjat tingkap bilik tuition sebab bersihkan sawang (ye aku macam orang gaji jugak) aku rasa nak terjun sangat sangat dari tingkap tu, pernah jalan kaki nak melintas jalan, aku saja jalan slow supaya ada kereta langgar aku, pernah nampak sabun basuh, aku rasa nak minum laju laju, ye aku memang tertekan, rasa tak ada guna hidup macam ni.
Lepas tu, aku senyap senyap guna wifi tuition centre ni, aku apply kerja banyak banyak, aku dah tak memilih dah, yang bukan bidang aku pun tak apa, gaji sikit pun tak apa, asalkan aku boleh move on dari tempat ni.
Aku senyap senyap keluar pergi Interview merata tempat, dalam 6 bulan gak lah baru aku dapat kerja, kerja tetap Alhamdulillah tapi gaji aku cuma RM1300 sahaja, office ni dekat tengah bandar KL, jarak dari rumah aku dalam 30 km, tapi sebab tak ada transport aku kena jugak menyewa.
Dengan gaji yang macam ni, aku sewa bilik RM300, transport dalam RM100 sebulan, hutang belajar RM200 dan lain lain lagi, balance untuk aku makan dan beli barang sikit2 cuma RM100 je beb, kau rasa cukup ke?
Tapi Amazingly Allah mudahkan urusan aku walaupun aku cuma boleh guna RM100, hidup aku yang agak senang dari zaman belajar bertukar 360 darjah, aku dah tak pernah rasa overprice coffee, wayang pun tak ingat dah last cerita apa yang aku tengok, fancy restaurant jauh sekali.
Dengan 100 ringgit ni, aku akan bajet RM20 sahaja untuk beli barang dapur, aku tak makan ayam atau ikan kecuali kalau balik rumah mak aku, aku akan makan telur, tauhu, tempe dan sayur sahaja dan nasik! so yeah kalau office buat potluck aku rasa cam nak nangis terharu.. Kekadang sampai terdetik “bulan ni takde sesiapa nak berenti ke? aku perlukan potluck atau jamuan makan”.
Okay sambung lepas tu duit lebih tadi dalam RM80, itulah duit untuk apa apa yang perlu dibeli dalam sebulan, sehari aku benarkan RM1 sahaja untuk digunakan kalau teringin apa apa, kekadang aku pergi pasar beli kuih 2 biji (RM1) dan aku happy sangat ;) Barang lain termasuk sabun mandi apa semua aku beli dekat Eco RM2.10 sahaja, aku sayang kedai tu hahaha..
Alhamdulillah tahun ni tahun ke dua aku kerja, aku bersyukur sangat dengan kehidupan sekarang yang minimalis, aku tak pernah rasa susah dan rasa sangat tenang dengan rezeki Allah, lepas aku fikir fikir balik ni antara yang aku amalkan mungkin kita boleh try.
1) Bagi duit dekat parents walaupun cuma RM20, cakap dekat diorang minta doakan untuk rezeki yang lebih.
2) Jangan berkira! Walaupun gaji aku sikit, kalau lepak mamak dengan member tu aku pejam mata je bayarkan (kalau member order roti kosong dengan teh o je la, kalau oder nasi kandar, ko bayar lah sendiri).
3) Aku sediakan RM3 dalam sampul duit raya, random je kalau jumpa sesiapa yang memerlukan aku akan bagi, makcik tukang sapu ke, pak guard ke, sebab aku tau dalam rezeki kita ada rezeki orang lain
4) Simpan sebotol kibbles untuk bagi stray cat makan bawah LRT, cakap kat diorang doa kan aku ye..
5) Sentiasa bersyukur dan ingat moment hitam dalam kehidupan untuk dijadikan pengajaran, lihat jugak ujian2 orang supaya pengajarannya dapat dekat kita.
Lepas aku buat semua ni, aku memang tenang wey, ada banyak rezeki yang tak disangka sangka! Contohnya pernah tinggal RM5 je dalam purse, gaji lagi seminggu, buntu gila masa ni, tetiba bos hulur sampul and cakap “terima kasih ye tolong take over kerja haritu, ni ada cenderahati dari company” sekali buka sampul ada RM200 beb.
Pernah kasut aku koyak teruk, lunyai pulak tu sebab asek kena hujan, tiba tiba aku dapat cabutan bertuah voucher diskaun dari syarikat kasut, macam macam lagi miracle Allah bagi. Aku pernah tolong ajarkan ngaji sorang akak office, tiba tiba dia salam keruk dekat aku and cakap thank you, padahal masa tu aku memang tengah tak berduit sebab kena betulkan handphone, terharu sangat.
Maaflah penulisan ni mungkin terlampau panjang, korang doakan aku murah rezeki ye! Aku ingat nak buat bisnes sikit2 sebab aku suka gila bisnes, tengah kumpul modal, aku pun doakan korang yang tengah struggle supaya Allah temukan jalan keluar. Insha-allah Amin.
– Lyn (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit