Struggle Nak Beli Rumah

Hai salam and hello to all reader.

Aku nak kongsikan kepada uols satu kisah dalam hidup aku. Tahun ni, adalah tahun aku begitu struggle untuk beli rumah. Baiklah, aku kongsikan sedikit tentang diri aku.

Aku dah berkahwin with no kids. Suami aku bisnesman. Aku plak bisnes + kerja swasta. Komitmen kereta je. Kisahnya bila aku nak beli rumah atas nama sendiri utk hari tua aku. Target aku ada kereta dan rumah atas nama sendiri lepastu anything happen, aku dah ada port bawa diri, kahkah.

Baiklah, mari aku mulakan.

Org kata nak beli rumah, beli yg mampu atau x payah lah mahal sgt. so, aku mulakan pencarian nak beli rumah flat RM75k masa tu aku rasa nak jadi kapitalis beli dan sewakan. Aku contact la agent rumah. Aku pass semua dokumen. Agent melayu dan tanya pasal financial aku on call dan dia terus kata tak lepasni -_- Oklah. Sbb actually, aku cuma bgtau gaji kerje swasta aku. lalu, dia pon ckp takpelah awak submit je dokumen dan aku submit kemudian….. Aku wasap tanya update senyap, nan hado. Dan kita simpulkan bahawa….

*MISI GAGAL*

Lalu, aku tidak putus asa ye kawan-kawan. Lalu aku cuba lagi sekali dengan harga rumah RM150k dan aku submit sekali penyata bisnes aku sebagai backup. Aku deal dengan agent Melayu, dia kata baiklah nanti kita cuba bantu. Aku nak tengok rumah dulu, lalu aku deal dengan agent dan kemudian pada waktu aku nak deal, agent bagitahu maaf rumah dah ade buyer masuk

loan. Dan aku anggap ok lah takde rezeki gais. Aku redha. aku anggap…

*MISI GAGAL LAGI*

Kemudian, aku try plak rumah undercon di satu tempat dekat dengan tempat kerja aku. Aku tengok rumah contoh, harga rumah around rm330k dan aku saja-saja berbual dengan agent rumah tu. Aku ckp boleh ke saya keje gaji segini dan bisnes segini income loan? Dia kata “u anta saja kita check..” agent cina.. aku pon semangat bila dia cakap itu mcm lalu aku submit semua dokumen yg diperlukan.

Beberapa hari kemudian, bank call aku dia bagitahu aku loan aku approved 300k. Ini bermakna aku boleh loan rumah sampai rm300k dan harga rumah tu rm330k. Disebabkan aku rasa haritu aku mcm test market je kan, jadi aku fikir maybe aku kena cari rumah bawah harga tu. So, aku cancel la loan rumah tu.

*MISI SENDIRI GAGALKAN*

Dan seterusnya, aku cari rumah bawah harga tu dan bertemu rumah subsale RM250k. Aku agak bank boleh lepaskan loan aku. Aku wasap agent rumah tu aku cakap aritu bank ada inform loan lulus sekian sekian dia cakap bank mana? Sbb kalau kira ni x lulus. Sumpah aku blur masa tu. Lepastu aku rasa give up sangat-sangat sekarang ni dan malas nak ambik pusing pasal rumah.

*MISI GAGAL LAGI*

InshaAllah, aku takkan berhenti mencuba. Ini semua pengalaman berharga untuk aku sebab semuanya aku buat sendiri mesti Allah akan bagi yg terbaik walaupun lambat.

Doakan aku ye kawan-kawan.

– nun

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *