Assalamualaikum. Harap semua pembaca dalam keadaan sihat sejahtera hendakNya. Tak tahu la confession ni dipublish atau tak, hanya sekadar mahu berkongsi cerita alkisah kehidupan seorang direct intake di UIA.
Ye, aku merupakan seorang direct intake. Aku lepasan form 6, masuk UIA sebab aku memang impikan sejak form 1 lagi. Lagi2 bila tengok saudara aku masuk UIA dan jadi bahan bualan orang ramai. So yes, aku pun nak kadi student UIA jugak. Lepas dapat result SPM, kawan2 aku ramai yang mohon asasi UIA (CFS) tapi malangnya aku tak sempat nak mohon. Tahu2 je keputusan diorang masuk asasi dah keluar, so aku teruskan pengajian aku sampai habis form 6. Bila bukak je UPU, aku terus isi 4 pilihan utama tu IIUM. Macam2 kos aku letak, tapi lastly aku dapat tawaran masuk ke KENMS.
Macam biasalah, aku macam forever alone lepas family hantar time 1st day tu. Budak2 direct intake ni masuk dulu sebelum CFS. Dalam 3 hari awal macam tu kot. Time taaruf week pulak semua direct intake kena amek exam EPT, APT & Tilawah. Tapi saudara aku dah pesan, belajar sikit2 english dengan arab sebelum masuk tu. Bila masuk je dewan amek exam, aku tengok soalan APT dia peh, lgi susah dari muet. Muet aku dulu pun sekadar band 3 je. Ni syarat nak masuk kulliyah kena dapat band 6.5, hahaha. Lepas beberapa hari tu result keluar, malangnya EPT aku tak lepas. Kne masuk kelas level 6. Tapi APT aku pass, pelik je. Aku tak de lah power pun bahasa arab. Tilawah tu aku terus masuk level 2. Lepas tu kawan2 cakap aku kena masuk CELPAD. Aku sempat la buat kawan time taaruf week tu. Tapi semuanya direct intake jugak.
CELPAD. 1 sem aku belajar english. Hari2 kelas pukul 8-12 (isnin rabu) / 2-6 (selasa kamis). Tepu jugak otak tu bila hari2 mengadap reading materials, writing, kne speaking. Peh, sempat la aku buat partime kat salah sbuah kedai kat UIA ni. Heaven giler time celpad. Budak2 lain tengah fokus study kat kulliyyah, aku dgn kawan2 sok happy2 time celpad. Tapi nak dekat exam EPT tu, masing2 kelam kabut. Iye la, takkan nak repeat kot. Cukup lah. Sebab ade je budak direct intake ni duduk UIA sampai 5 tahun nak habiskan degree. Aku nak habis on time tak nak extend2. Time exam EPT tu, memang aku buat habis baik gile2 sebab nak masuk kulliyyah kan. Cuti sem rasa tak tenang sebab pikirkan result EPT tu.
2 minggu lepas tu, result EPT pun keluar, dengan nervousnya aku cek dan alhamdulillah pass. Dapat 6.5 so dengan ini, boleh ucapkan selamat tinggal kat celpad. Dengan girangnya aku masuk ke kulliyah. Time prereg tu, hmm aku main add je subjek. Sebab budak CFS dah sapu lecturer best, so kami2 ni jadual memang berterabur.
Bila dalam kelas pulak, aku rasa macam lonely bila kelas first. Tapi aku ni jenis peramah je, aku tegur je budak2 CFS mostly diorang semua ok. Mana yg aku tak faham tu aq refer kat diorang. Ye la aku slow learner, so nak tak nak kena tebal muka tanya kat budak2 kelas. Untuk memperbanyakkan kawan, aku pun masuk lah society. Aku masuk salah satu kelab bawah CENSERVE (sekarang dipanggil BUDI). Alhamdulillah, kat situ aku bercapur dengan semua budak. Ade yang dari CFS dan Direct Intake. Tak de diskriminasi pun, sebab bila dalam kelab semua tolong satu sama lain. Lagi2 bercampur dengan budak2 kulliyah lain.
Sem pertama aku kat kulliyyah, pointer aku bawah 3 je. 2 point something. Tapi kawan2 direct intake yang lain pun dapat lebih kurang. Tapi kitorang tetap cheer up satu sama lain. Malangnya ade kawan2 batch aku yang quit UIA sebab diorang kata susah. Hmm, boleh kira ramai mana budak2 Direct Intake yang keluar time tu. Sedih jugak, tapi aku tetap bersemangat nak habiskan degree sebagai direct intake. Biarlah orang nak kata kitorang ni ibarat anak tiri ke, aku tak kisah semua tu asalkan aku grad dari UIA. Sometimes, budak2 Direct Intake ni insecure sangat sebab diorang rasa seperti di anak tirikan oleh UIA. Memang la aku pun rasa mcm tu jugak, tapi buat rilex je lah. Time belajar tu lecturer tak discriminate pun, malah diorang sendiri tak amek tahu kau budak Direct ke CFS. Yang penting exam kau kena perform je lah. (lulus) hahaha.
Dan akhirnya aku lepas jugak 4 tahun kat UIA. 1 sem aku kat CELPAD, 7 sem lagi kat kulliyyah. Ye, setiap sem aku amek 18.5 – 21 credit hours. Walupun aku tak capai pointer 3, (sipi2 je nak tiga) tapi aku dapat jugak 2nd class upper. So aku berpuas hati dengan pencapaian aku. At least aku tak kena repeat paper. Dan aku kena bayar yuran lagi RM550 sebab aku masuk kulliyyah 7 sem je. Sepatutnya 8 sem. Aku tak rasa ade penerangan pasal tu time mula2 masuk dulu. Dah habis belajar kena pulak bayar virtual RM550 tu. Hmmm. UIA oh UIA. Patut bagi je la kitorang budak direct yg habis awal ni. Actually tak de lah awal, 8 sem jugak kat UIA tu.
So, buat korang2 yg dari form 6 ke diploma ke matrik ke, kalo nak masuk UIA pastikan korang kental. EPT tak lepas tak pe, boleh belajar 1 sem tu mantapkan english korang. UIA ni bagi aku U yang hebat. Walaupun bukan research university, tapi orang ramai bila tanay aku lepasan mana, aku cakap UIA. semua reply ‘Peh, UIA mesty power ni’. Haha mentaliti dan persepsi orang luar kat UIA tu ternyata tinggi. So berbanggalah dengan UIA.
– D.I
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit