Terima kasih pihak IIUM Confession jika confession ini disiarkan.
Bagi yang masih tidak familiar dengan philophobia, ia adalah sejenis fobia yang dialami oleh seseorang manusia untuk takut bercinta disebabkan oleh bad childhood memories atau experience.
Aku terkena fobia ini disebabkan bad environment yang berada di sekeliling aku sejak remaja.
Ditakdirkan mempunyai seorang ayah yang sangat garang. Dia berada dekat dengan kami namun kasih sayang nya tidak dapat kami peroleh seperti kanak-kanak lain.
Kesannya apabila kami meningkat dewasa, tiada seorang pun adik beradik yang rapat dengan ayah.
Ibu di diagnosed dengan d3pression kesan daripada penderaan mental yang dialami selama 23 tahun perkahwinan.
Sudah berkali-kali mereka decide untuk berpisah, namun Allah jua yang tahu mengapa sehingga hari ini mereka masih bergelar suami isteri.
Selain daripada aku menjadi luahan isi hati ibu yang sering makan hati dengan perangai ayah,
Aku juga menjadi tempat berkongsi cerita oleh saudara mara yang juga mempunyai suami yang abusive, paling tidak pun curang.
Ayat ini sering menjadi makanan aku daripada remaja.
“Tak payah kahwin kakak, kalau dapat lelaki yang baik, tak apa”
Bermula saat itu aku menyimpan kata2 tersebut dengan kemas dan mempunyai dendam terhadap lelaki.
Bahkan, aku menyatakan pada diri aku yang sesekali pun aku tidak akan berkahwin.
Aku faham, kesedihan dan kemarahan yang disimpan oleh ibu menyebabkan kadang-kadang dia terlalu protective sehingga tidak menggalakkan aku untuk berkahwin.
Bahkan meracuni fikiran ku dengan stigma “all men are trash”
Ibu terlupa untuk mengajar aku untuk berdoa instead of membenci. Ibu terlupa untuk mengajar aku erti redha dan tawakkal.
Sehingga aku meningkat dewasa, siapa tahu takdir Allah itu bagaimana. Dia menghilangkan sedikit demi sedikit perasaan benci itu dan menggerakkan hati ku untuk berusaha mencari cinta seorang suami.
Pada saat itu, aku berniat untuk mendirikan rumah tangga sebagai ibadah di samping memenuhi urusan fitrah ku yang memerlukan seseorang sebagai peneman hidup.
Aku berkenalan dengan si dia di laman web cari jodoh yang sangat famous di Malaysia.
Walau macam mana pun, ia tidak mudah seperti yang disangka.
Perasaan takut, takut dan takut menghantui aku. Seakan ia menjadi penghalang untuk aku meneruskan hubungan dengan seseorang lelaki.
Belum campur lagi dengan ragu-ragu, overthinking, komunikasi.
Bagi aku, proses ini terlalu susah sehingga akhirnya aku putuskan untuk tidak meneruskan lagi hubungan ini supaya tidak menyakiti perasaan si dia.
Dengan hati yang sangat sedih, redha aku mengadu pada Allah. Jika aku ditakdirkan tidak dapat berkahwin di atas dunia ini, aku terima dengan hati yang terbuka.
Allah lagi Maha Mengetahui sejauh mana kemampuan aku untuk berada dalam dunia perkahwinan ini.
Confession aku di atas hanyalah 10% sahaja daripada kisah hidup aku yang mampu aku share di sini.
Jadi, tolong jangan judge aku dengan perkara negatif malah aku memerlukan kata-kata positif daripada kamu semua.
Aku pernah menjadi Fatimah yang mencintaimu dalam diam. Lalu aku memutuskan untuk menjadi Khadijah yang menyatakan cintanya terlebih dahulu.
Namun sayangnya aku lupa, kamu bukan Muhammad yang mampu menerima kekuranganku.
Dan oleh itu aku memutuskan untuk menjadi Zulaikha, yang memilih mengejar cintaNya.
– Zulaikha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit