Student Confess Dekat Lecturer

Assalamualaikum. Aku seorang pensyarah di sebuah IPT. Perempuan dan masih bujang di usia pertengahan 30-an.

Mungkin orang luar sering menganggap aku ni masih muda sebab tubuhku yang kecil dan wajahku yang seringkali dikatakan agak comel.

Tiap-tiap tahun, pasti pelajar lelaki sering mengusikku dan memujiku comel, cantik dan sebagainya. Tapi aku abaikan sahaja usikan mereka.

Namun haritu ada seorang bekas pelajar yang agak rapat denganku dahulu tiba-tiba wasap aku dan bertanya “miss masih takde sesiapa ke?”

Aku tanya kenapa?

Dia bagitahu, dia dah lama sukakan aku. Dia cakap, dia nak ajak aku kahwin, cuma dia suruh aku tunggu lagi 3 tahun sebab dia masih tengah belajar dan nak kerja dulu.

Aku clueless. What should I do?

Dia memang bekas pelajar yang baik. Rupa parasnya pun memang hensem. Keluarga pun memang berada. Tapi sejujurnya, aku tak minat lelaki muda. Tapi aku tak nafikan dia sangat matang.

Aku memang tak layan whatsapp dia semenjak dia confess. Tapi dia tak putus asa. Dia selalu hantar random quotes yang bagi semangat.

Entah kenapa, wajah dia sering masuk dalam mimpi aku. Patut ke aku bagi peluang kepada dia?

Entahlah. Aku takut dengan tanggapan masyarakat. Nanti apa pula orang kata. Umur dia pun baru je menginjak ke 22 tahun. Agak jauh beza umur dia dan aku.

Tambahan pula, aku memang takde siapa-siapa. Tipulah kalau aku tak blushing waktu dia confess. Tapi aku overthinking.

Aku soal diri aku, “betul ke dia suka aku? Cane kalau dia nak aku sebab dia ni opportunistic? sebab aku ni dah stable, dah ada kereta dan rumah, so dia nampak aku ni boleh jadi sasaran untuk dia tumpang senang?”

Salah ke apa yang aku fikir?

Tapi kalau aku reject dia, ada lagi ke lelaki lain yang nak kat aku? Sebab sejujurnya aku memang tiada langsung kawan lelaki.

Aku pula seorang yang introvert dan circle kawan pun tak ramai. Kawan aku semuanya perempuan. Jadi, probability untuk jumpa jodoh tu agak mustahil.

Cuba komen pendapat kalian. Patut ke aku bagi peluang kepada dia?

Adakah orang akan kecam aku sebab kahwin dengan student sendiri? Nanti aku kena cop kaki grooming tak?

Aku buntu. Bantu aku…

– Miss Lilac (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Dia masih muda lagi, sis boleh istikharah. Soal jodoh, serah pada Allah, walau se asing mana pun kita drpd lelaki, buatlah mcm mana pun, bila dh tiba waktunya untuk kita bersama dgn org yg dah Allah takdirkan, insya allah kita akan bersama juga. Jgn risau soal masa depan sbb dh siap2 Allah tentukan sejak dulu lagi. Fighting sis!

  2. Umur takde masalah, tapi agama dan ke-sekufu-an.

    Dah pernah borak2 santai dengan dia tak?
    Tny planning masa depan dia (contoh kerjaya 5 thn,10 thn akn dtg)
    Tny pandangan tentnag kewangan
    Tengok nilai keluarga dia
    Dsbgnya.

    Dari situ barulah ko boleh decide dan istikharah.Setakat ada rupa, perangai baik (setakat kaca mata ko), fmly kaya tak menjamin kebahagiaan hidup bersama nanti.

  3. Mcm ni sis, betul la sebagaimana cdgn, istikharah no1. Zaman la ni, usia x menjadi isu kalau memang betul dia betul² berhajat. Saya cikgu, bekas anak murid(lelaki) kahwin dengan cikgu sendiri, beza usia 15~16 tahun lebih tua dari dia.

  4. Salam,

    Suka untuk saya ingatkan kepada wanita, di dunia nih cuma wujud dua jenis perempuan :

    Pertama, perempuan yang dalam fitrah dia, sentiasa dalam elemen kewanitaan dia. Nih wanita waras. Lelaki suka, perempuan pun senang dengan dia.

    Kedua, perempuan yang sudah keluar dari fitrah dia, keluar dari elemen kewanitaan dia. Nih wanita tidak waras. Sila banyakkan bergaul dengan orang yang elok elok.

    Contoh texting wanita waras :

    Lelaki : Salam cantik, awak dah makan.
    Perempuan : Wassalam, dah. Perempuan : You, you pergi kerja naik motor kan, tadi hujan lebat sangat, you ada pakai baju hujan tak.
    Lelaki : Ada pakai.
    Perempuan : Bawa motor jangan laju laju tau jalan licin.
    Lelaki : Okey tq awak ingatkan saya.

    Tuh contoh komunikasi wanita yang dalam fitrah kewanitaan dia, dalam elemen dia, dia waras, texting macam orang normal. She feeling cute, she appreciates lelaki text dia. She’s full in her femininity.

    Contoh texting wanita tak waras :

    Lelaki : Salam cantik, dah makan. Perempuan baca text sambil mencebik, kemudian bercakap dengan diri sendiri sambil bina negative thought “Jantan nih tak sedar ke dia cuma ada motor nak ngorat aku yang ada kereta nih”. Gatal pulak tuh panggil cantik lah apa lah,” Apasal lah tak ada lelaki pakai kereta mengorat aku, sedih tau hidup aku”. Perempuan terus mengadu kat kawan dia yang sama single macam dia.

    Text lelaki tadi tak dibalas atau dibalas lambat, si perempuan rasa kesal lelaki tuh text dia lol. She out there to sabotage everything coming, dia rasa text tuh umpama serangan peribadi pada dia, dia dan kawan kawan mesti memerangi lelaki tersebut.

    Sambung, look how both of women in their dating scene.

    Dicontohkan, berbulan asyik texting jer, next step, para lelaki ajak wanita keluar dinner, perempuan yang dalam fitrah dia, dalam elemen dia, dalam kewanitaan dia secara waras akan suruh lelaki tuh ambil dia kat rumah, bawa dia dinner tempat yang lelaki tuh familliar, tempat makan yang lelaki tuh selalu makan, dia nak checkedout dunia lelaki tuh.

    Let say lelaki dapat gaji and ajak perempuan dinner kat tempat favourite dia, dia takut perempuan malu, sebab ramai kenal dia kat situ, dia kata i just naik motor tau, perempuan akan jawab easy peasy issokay tinggal jer motor kat rumah sini, you drive kereta i, kita gerak sama pergi tempat makan. Perempuan tak nak lelaki tuh rasa ada kekurangan bila dengan dia.

    Sampai tempat dinner, mostly perempuan akan suruh lelaki recommend menu apa untuk dia makan, nih important moment, perempuan akan pastikan lelaki tuh mampu bayar all the bill that night, she let he choose the menu. Dia tak nak buat lelaki panik about expenses, dia akan cuba mudahkan urusan lelaki apatah lagi untuk first date.

    Perempuan waras akan biarkan lelaki doing all act of services, she allow him to do a husband duty toward her like drive her to dinner, choose the dinner place, choose the menu, pay those bill, hand her a tissue, from big to small act. Tugas dia hanya duduk makan, semua waitress ingat dia isteri kepada lelaki tuh, semua hal atas meja makan lelaki yang uruskan. Malam tuh dihabiskan mereka berdua dengan santai & gembira. Next 3 bulan tunggu lah kad kahwin diorang sampai rumah korang.

    Berbanding perempuan yang out from her fitrah & elemen dia, bila lelaki ajak dia dinner even after a bunch of dry text she’s giving, sebab lelaki kalau suka diorang akan keep trying. Dalam story nih perempuan yang akan decide kat mana nak dinner, sesuai dengan nasihat kawan kawan dia, perempuan akan pilih tempat dinner yang mahal untuk menghukum lelaki lol, perempuan pun tak familliar dengan tempat tuh, lelaki pun tak tahu tempat makan tuh selama nih wujud, dua dua kekok, berdua datang asing asing, waktu datang dua dua tak tahu nak macam mana, time order, waitress tahu dah, nih first dating nih, dua dua tengok menu pun macam tak faham lol.

    Obviously perempuan akan order menu mahal yang menginsafkan lelaki, menu yang perempuan tuh pun tak pernah makan dan tak nak makan pun, berharap semoga itu kali pertama & terakhir lelaki tuh ajak dia dinner lol, yes she’s out here to sabotage herself, she’s out of her element, she’s out of her mind lol. Malam tuh makan pun tak habis, berbual pun sekerat dua serupa musuh dalam selimut, waktu bayar perempuan akan split bill, independent woman katanya, makan pun bayar sendiri lol, she need no man, malam tuh akan dihabiskan oleh perempuan menjudging lelaki di peringkat tertinggi untuk di gosip pada kawan kawan di office nanty. After that date both end up traumatized. Finish.

    Pernah co worker bertanya, rasanya apa benda pertama yang kena ada dalam diri, bila nak buat satu satu keputusan penting. Jawapan ringkas “KENA WARAS”. Dia marah kata sampai hati cakap dia gila. Dia tak stay dalam fitrah dia, elemen dia, jadi dia marah. Bayangkan nak solat kena waras dulu baru sah solat, apatah lagi nak cara perhubungan dari hari pertama kenal, dating, sampai boleh ke jinjang pelamin. Orang tak waras tak boleh bina sesuatu dari kosong, sebab tuh ramai yang tak waras nih pilih rampas pasangan orang yang dah ada semua benda.

    Jadi pesan saya pada wanita di luar sana, tak ada apa yang saya nak pesan.

    Tutup salam.

  5. aku ada kawan ..dia lecturer becinta gan pelajar . kawan aku ni mmg tua sket dari pelajar dia. banyak kawan aku crita pasal masalah cinta diorg. nti pengalaman kawan aku tu..x payah la becinta gn pelajar. diorg nk abik kesempatan je..dh puas becinta gn lecturer diorg pastu sambung pelajar or kerja jumpa perempuan muda cantik pastu tinggalkan kawan aku .alasan pelajar tu kata kawan aku lagi tua dari dia & pelajar tu dah awek baru lagi muda. tu belom keluarga masuk campur lagi. pastu mereka pon putus . Pelajar tu pon kawen la gn awek baru dia tu. tingal la kawan aku yg terkontang kanting. lecturer cari lecturer je ataupon kerjaya lain . u pon cantik & comel. sekufu ni penting..awal2 memang manis, lama2 dia bosan cari awek muda lain yg lagi cantik & comel

  6. Haah, spt biasa akak suka baca komen Ultraman Taro 😊. Ni mesti baru lepas tengok ‘Fatal Attraction’ kat Netf ni ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *