Salam. Tenkiu admin siar luahan hati aku. Sebelum aku mula cerita, aku nak bagitau aku sekarang tengah belajar degree tahun dua kat salah satu ipta kat malaysia nie dan Aku bukan student uia.
Sekarang minggu exam dekat universiti aku dan aku macam dah hilang minat dengan belajar. Rasa lost. Rasa nak berhenti. Aku study, tapi aku rasa macam tak guna kalau aku study pun otak aku tak boleh nak digest. Rasa putus harap dan kosong.
Dulu masa aku diploma, aku tak lah seteruk ni walaupun aku punya kos boleh tahan hardcore. Tapi sekarang rasa minat tu dah hilang. Aku gila-gila study time diploma nak maintainkan pointer, kuiz test boleh perform, tapi sekarang rasa tu dah lain sangat. Aku baca apa pun aku tak faham. Baca soalan pun aku tak faham soalan mintak apa. Dia nak aku jawab apa dan apa perlu aku tulis. Give up. Aku rasa nak give up.
Aku pernah depressed dulu sampai tahap nak bunuh diri. Masa gap nak tunggu panggilan degree, aku agak mental koyak sikit masa tu. Aku overdose, suka kurung diri sorang-sorang, cakap sorang-sorang, sakitkan diri sendiri tu selalu sebab aku tak boleh rasa aku tak guna. Aku down, aku stress, aku takut nak hadap dunial luar. Bila dapat tawaran sambung degree aku nervous. Aku muntah. Aku insomnia. Tapi sebab parents, aku gagah daftar jugak sebagai pelajar U. Tapi aku rasa diri aku lain. Semangat nya dah lain.
Kadang mood swing aku teruk gila. Masa dalam kelas, aku tak boleh nak fokus, perasaan aku terganggu.kejap aku okey, kejap aku baran, pantang salah sikit aku hambur orang macam aku bagus. Benda tu jadik luar kawalan aku. Bila aku sedar yang aku marah orang, aku rasa dipressure sangat, sampai aku cari alternatif lain nak tenangkan diri aku. Classmate aku tak ngam dengan aku. Aku pendiam tapi bila aku marah aku explode macam orang tak waras. Kalau hari aku rasa aku tak nak buat apa-apa,seharian aku skip kelas. Aku rasa otak aku mampat, aku penat, rasa emosi aku berat.
Study. Aku study, notes, latihan, past year exam, cakap lah apa pun aku usaha buat sebab nak excell.. Tapi, bila aku dengar bisikan diri yang cakap aku tak guna walau usaha apa pun yang aku buat, aku wrap semua note etc dan aku buang dalam tong sampah. Then aku menangis tak henti-henti macam budak-budak.Aku tak tahu kenapa aku rasa macam tu. Aku rasa rimas dengan diri sendiri, aku tak tahu apa masalah aku.
Aku cadang aku nak berhenti belajar. Aku macam bagi tekanan dekat diri sendiri & aku tak tahu macam mana nak handle tekanan aku. Aku mintak maaf kalau korang tak faham sequence cerita aku, mungkin cara aku tak sampai kat korang tapi aku rasa aku dah takde pilihan lain selain stop belajar. Aku tak tahu arah tuju aku dah. Aku tak tahu apa yang parents aku akan cakap kalau diorang tahu keadaan aku. Aku sedih..
Mungkin ada yang pernah rasa macam aku. Aku suka belajar, parents aku tahu aku memang ada cita-citayang aku aim dari SPM, tapi benda tu macam hilang macam tu je. Aku rasa macam nak berhenti semua, aku rasa hidup dah takde makna. Aku tak tahu kalau ini side effect dari aku depressed dulu ke apa, tapi sampai sekarang aku macam tak kisah kalau life aku berakhir macam tu je pun tak apa.
– wani
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit