Study Without Arrow

Orang disekeliling mesti mengucapkan tahniah kepada diriku kerana dapat memasuki UM, tetapi bagiku… Sejujurnya aku tidak gembira.

Hari pertama memasuki U sahaja sudah menangis di bucu katil dengan homesick dengan segala kecewa dalam diri. Aku terlampau sedih tidak dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang sains, bidang palingku minat.

Tapi aku terlalu bodoh terlalu buta dengan ajakan kawan serta hati ku yang tak dapat berfikir secara masak2 dalam segala keputusan.

Aku tak minat bidang bahasa, bagiku ia sesuatu yang bosan dan susah diterima masuk ke dalam otak.

Masuk kelas pertama pun sudah murung bertambah murung lagi bila nampak classmate semua sudah fasih dalam bidang bahasa yang aku ambil.

Aku sudah tiada semangat untuk berbuat apa2. Aku rasa nak mati

Dengan keluarga yang kurang suka dengan pelajaran aku, dengan peluang kerja, dengan keminatan, dengan takut bergaul semakin menjadi2.

Aku sudah mula hidup dengan memakai mask kalau tidak, aku rasa nak nangis dan mula berfikir macam2.

Aku sangat2 jealous dengan rakanku yang dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang sains. Sampai aku tak mampu tengok muka dan bicara dengan mereka.

Aku rasa sakit, sakit sesangat. Rasa ingin mati setiap hari. Bertambah pula aku ada addiction.

Aku nak mati, aku selalu fikir apa tujuan aku hidup? Ya Allah apa tujuan aku hidup. Aku sebagai badan tanpa nyawa…

Aku mula berfikir mungkin aku hidup untuk sedarkan orang lain jangan jadi orang sepertiku, how pathetic….

Aku tak nak tunjuk muka aku, aku tak nak hidup, aku tak nak bergaul, aku tak nk dengar, aku penat… Aku penat….

Perkara yang sama sahaja yang sering diungkapkan dari sejak lahir sehingga sekarang.

Aku benci diri aku Ya Allah, apa tujuan ku hidup? Aku sudah rasa tiada apa dapat buatku gembira sekali lagi. Aku harap aku mati tapi aku lagi berharap aku tidak wujud.

Nak bergaul pun takut, aku takut aku mudah rasa sayang dekat orang lain lepas tu terlalu meluahkan pada hari pertama.

Aku takut aku cuma kawan yang tidak berada dalam memori seseorang, senang cerita mudah diganti oleh orang baru, aku mula tertanya sebab muka aku ke? Aku punya suara ke? Aku punya perangai ke? Aku membosankan ke?

Aku penat, aku penat nak hidup

Dengan belajar benda tak minat, dengan keluarga yang tidak rapat antara satu sama lain, dengan perangai cepat nangis aku, dengan sifat serba tidak tahu, dengan tak matang, dengan mudah meluah, mudah rasa sayang, addiction, sifat malas….

Aku seperti tiada benda yang dapat dibanggakan.

Aku rasa tak bangga dapat masuk UM, ini semua satu kesilapan, aku tak pandai berbicara english, aku takut…. Jangan pandang aku…. Aku takut.

Aku penat,

– Sigkineika (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Salam and Hi.
    Ini antara yang saya buat.
    1. Research prospek kerja. Researh prospek gaji. Research potensi career advancement. Boleh search di linkedin senior2 bidang anda. Bila dah researh, anda akan termotivasi untuk belajar betul2.
    2. Kalau prospek kerja tak cukup padu, research apa ilmu/skills yg anda bole dapat. Kadangkala, degree kita mmg x menjanjikan prospek kerja. Tapi degree kita memberi ilmu general knowledge yg agak mantap. Dan ilmu general knowledge tu boleh disalurkkan sebaikmya. Cth, degree in business, tapi kerja lain….. Tp melalui degree kita itu, kita selalunya dapat melihat sesuatu bisnes in a bigger picture.

    InshaAllah kalau anda kaji dalam2 tentang bidang anda, anda akan motivasi. Lagi satu, before grad, lengkapkan skills2 lain spt communication skills bla3.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *