Assalamualaikum semua. Nama aku Amin. Aku nak buat confession, tapi bukan confession rumah tangga. Since sekarang ramai adik adik baru lepas dapat result SPM, aku pun nak berkongsi sedikit pengalaman aku dulu.
Pada yang resultnya cemerlang, Alhamdullilah, tahniah di ucapkan. Pada yang lain, don’t feel down just yet. Ini cuma permulaan, hanyalah satu babak dalam hidup kita yang baru kita lalui. There’s a whole life ahead of you. So keep your chin up, okey?
Dah dah, balik semula pada apa yang aku ceritakan. Kisah yang aku nak ceritakan ni berkait juga dengan seorang guru. Tapi aku tak tau la tentang guru ni lebih baik pada buruk ke, atau lebih buruk pada baik. Yang itu, aku serahkan pada pembaca sendiri untuk menilai.
Aku bukanlah seorang pelajar yang cemerlang. Instead, I have sooo many failures. Bila aku kata failure tu, memang aku failure yang betul2 failed la.
Kelas aku dulu mengikut abjad, dari A sampai la G. And guest what, aku memang dalam kelas G. Untuk 3 tahun. Haha. Dari form one sampai form three.
Tapi yang aku perasan, aku ni jenis yang berusaha. Cumanya tak pandai. Tak kira la aku belajar banyak mana, sampai malam tak tido ke, belajar pagi yang orang kata pelajaran tu boleh masuk dekat otak macam span serap air, semua aku dah try. Tapi still, result aku hampeh.
Hampeh weh.. sampai masa aku nak apply MRSM dulu, akak dekat kaunter MARA yang jual borang tu cakap dekat aku,
“Adik, tak payah apply la. Kalau awak apply pun awak takkan dapat. Bila sampai sana dia reject”. Sumpah sampai sekarang aku ingat apa akak tu cakap. Down tu jangan cakap la.
Bagi budak yang kuat berusaha, tapi keputusan adalah segala segalanya, aku rasa tu hukuman yang agak kejam yang aku harus terima. Sedih weh.. sebab setiap orang ada impian kan?
Dan aku rasa, bagi pelajar macam aku dulu, memang masuk ke sekolah yang brepestij itu satu impian.
Okay2, sambung balik.
Masuk form 4 aku diterima masuk dekat sekolah teknik di Johor. Tapi bukan lah dekat johor bahru, di daerah yang lain. Aku namakan daerah P.
Sekolah aku tu baru bukak, jadi aku rasa salah sebab aku dapat diterima masuk tu sebab ramai yang reject sekolah tu sebab sekolah baru. Dan mungkin juga ramai dah terima tawaran MRSM.
So, since dah dapat, aku pergi saja la. Walaupun hati ni sebenarnya tak minat pun teknikal. Zero Weh. ZERO.
Since sekolah tu sekolah baru, jadi sekolah aku tu betul betul kekurangan guru. Kekurangan yang amat sangat. Dengan barang yang tak lengkap, guru tiada, jadi boleh di bayangkan betapa strugglenya pembelajaran di sekolah baru tu.
Bagi guru guru, mungkin sesuatu yang sukar, hingga bukan sahaja mengajar dua tiga subject serentak, tetapi juga mengajar subject yang bukan dalam bidang mereka.
Tapi itulah, sukar bagi guru, tetapi tidak bagi pelajar. Kami berasa sangat heaven. Dengan kelas yang tiada guru, dari pagi hingga petang.
Kelas yang tak pernah full macam sekolah lain. Memang aku rasa macam sekolah dalam cerita Crow Zero tu lah. Yang Genji!!! Fuzakenna!! Haha.
Okay2, sorry. Mungkin ramai tak tengok cerita tu. Nanti boleh la letak dalam movie list to watch musim PKP ni. Hihi.
Since sekolah kitorang macam tu, untuk pelajar yang tak berapa cemerlang macam aku ni, memang of course la berganda tak cemerlang nya.
Aku still ingat, dalam ujian bulanan pertama, semua subject aku failed. Tapi aku macam tak down sangat, sebab dalam aku fail tu, mata pelajaran add math satu kelas aku failed. Haha.
So aku tak rasa macam loser sangat. Lagipun, its quite expected punya result, sebab kitorang lebih kepada belajar sendiri, dari cikgu ajarkan. Sebab Kelas pun tak ada, cikgu pun tak ada.
Sampai la masa musim cuti sekolah. Bila berjumpa dengan kawan kawan sekolah lama, dan diorang mula bercerita pengalaman diorang di MRSM, di sekolah Sains, masa tu aku rasa macam kerdil saja.
Because seriously, I have no idea apa yang diorang kata kan. Berbual pun aku takleh masuk. Its like, weh, korang telan buku teks ke ape. Masa tu, aku pun tak tahu, ke mana arah tuju masa depan aku nanti. Rasa totally loser.
Oh, lupa nak bagitahu, aku duduk di asrama. Dan hampir 80% pelajar sekolah aku duduk di asrama. Sebab sekolah baru kan, orang pun sikit.
Dekat sekolah aku ni, ada seorang guru kaunselor. Aku namakan dia S. And of course, kitorang memang tak suka dengan dia. Sebab Garang. Tapi mungkin bukan lebih kepada garang, lebih kepada annoying.
Pada pandangan aku, pelajar zaman dulu jauh beza dengan pelajar zaman sekarang. Walau tak suka macam mana sekali pun kami pada seorang guru, tapi kami masih hormat dan pandang tinggi pada guru. Zaman rotan. Hihi.
Dan aku rasa turning point aku adalah pada satu event ni. Program motivasi, yang di anjurkan oleh panitia kaunseling. Tapi bukan program motivasi tu yang merubah aku, tetapi pada perkataan cikgu S ini pada aku selepas program motivasi tersebut.
Aku akui, aku agak nakal juga pada zaman sekolah menengah. Nakal seorang pelajar. Nakal seorang remaja yang baru menginjak naik.
Salah aku Cuma membuat bising selepas program, tetapi ditegur oleh cikgu S dengan ayat yang sangat menyentapkan hati. Sampai sekarang aku masih ingat ayat tu.
“Saya tengok sekali saja dah tau dah, awak ni memang dari jenis baka tak baik. Awak tak akan ke mana”
Yap. That’s the word.
In front of everyone.
Without remorse.
It’s a simple word, but hurt like hell.
Tak, jangan salah sangka. Ini bukan confession dendam. Sumpah, aku tak berdendam. Tiada dendam. Cuma perkataan tu saja yang masih berbekas di hati. Walaupun dah lebih 15 tahun berlalu. Dan aku rasa pun, cikgu S tak ingat dah apa yang dia katakan pada aku.
Jadi kepada para guru, berhati hati lah dengan apa yang kamu katakan pada pelajar pelajar kamu. Marah mana pun kamu pada pelajar, ingatlah yang kamu pernah remaja, tetapi mereka baru merasai apa itu keremajaan.
So back to the story, since Cikgu S kata macam tu dekat aku. Aku rasa down yang betul betul down. Down yang makan masa berminggu untuk pulih. Aku terduduk. Kalau selama ni aku tak pernah soalkan kenapa, tetapi pada ketika itu aku soalkan semua.
Kenapa orang yang berusaha macam aku ni, tak pernah dapat result yang baik?
Kenapa orang yang belajar main main, dapat result yang sangat cemerlang?
Kenapa ada perbezaan antara aku dan pelajar lain?
Kenapa Doraemon tak ada untuk aku?
Gila weh time tu.. Macam macam falsafah keluar dalam fikiran aku. Macam macam, sampai aku mempertikai kan kehidupan weh.
Berminggu aku murung tu, entah dari mana aku dapat kekuatan untuk buktikan, that’s He is wrong. Aku kutip balik sisa sisa semangat aku yang dah berkecai tu. Cantum balik. Jahit balik.
Aku semat kan azam, akan aku buktikan yang apa yang dia katakan tu salah. Aku semat azam aku tu baik baik, satu hari nanti, aku akan buktikan yang aku bukan seperti apa yang dia katakan.
Oh lupa nak bagitahu, sekolah aku ni jenis yang pamerkan result peperiksaan di depan pejabat. So, semua orang boleh tengok, who’s come first, who’s come last.
Oh, you come first, congratulation. Oh, you come last, try again next year – Kata virusastrabudhe pada ranchodaschadchad. Haha.
Sorry, selit sikit adegan three idiot. Hihi.
Since dah dipamerkan dekat pejabat, of course la kitorang tahu sape yang pandai dekat atas, yang kurang dekat bawah. Dan nama aku sentiasa di bawah garisan. Haha. Sentiasa dalam top 5 bottom.
Tak silap aku, ada total 100 lebih pelajar, dan aku sentiasa nombor yang 100 lebih tu. Of course la kena panggil kaunseling, tapi aku skip. Sebab tak nak jumpa Cikgu S.
So dalam aku cari kekuatan tu, aku jumpa matlamat sebenar aku belajar. Kira macam tersentak la. Kenapa selama ni aku belajar rajin rajin, tapi kenapa aku tak cemerlang.
Masa ni, first time aku rasa aku sedang melalui hidup. Aku sedar yang aku ni teruk dan ada sesuatu yang aku harus ubah. Masa ni baru aku belajar, apa itu erti muhasabah diri.
Bukan muhasabah yang “cuba adik2 bayangkan kalau adik balik rumah, Nampak banyak selipar dekat luar rumah.. selepas itu..” No, seriously. Stop this kind of so called motivational things.
Memang la banyak selipar, dah orang buat kenduri doa selamat. Hmmm…
Sambung balik.. Masa aku tu baru aku tahu erti muhasabah sebenarnya. Muhasabah, bukan sekadar emosi. Emosi hanya pemangkin.
Muhasabah adalah bila kita lihat kekurangan kita, kita menerima dengan hati yang terbuka, bukan membenci. Bagaimana ingin membaiki, jika menerima pun belum mampu. Kan?
So setelah aku kenal pasti kelemahan diri, aku terima yang aku ni lemah. Dan memang aku akui kelemahan aku dengan hati yang terbuka, dari situ aku mula perbaiki diri.
Selama ni aku belajar macam mesin fotokopi. Salin dan tampal. Aku tak rasa nikmat belajar. Nikmat bila tahu sesuatu ilmu itu. Yang aku tahu masa tu, salin dan tampal. No wonder berapa banyak kali pun aku cuba faham, tetapi tak mampu nak faham.
Ya, salah aku. Salah aku bila aku belajar semata mata untuk A.
Kenapa salah?
Ye dik, salah. Jangan ulangi kesilapan yang sama macam yang pernah abang lalui. Iatu belajar untuk A.
Sebab tujuan utama kita belajar bukan untuk A. Tetapi nikmat ilmu itu sendiri. Nikmat bila kita tahu sesuatu perkara yang baru. Yang dengan ilmu itu membantu kita mengharungi kehidupan. Yang dengan dengan ilmu itu, kita menjadi orang yang lebih baik.
Yang dengan ilmu itu, akhirnya kita menjumpai Tuhan. Tuhan yang sebenar benar Tuhan, yang Maha Ghaib, tetapi memperlihatkan diriNya dengan jelas melalui ciptaan ciptaan Nya yang menakjubkan. Yang dengan ilmu itu, membuatkan kita lebih rapat kepadaNya.
Ya, kita belajar bukan untuk A.
Tetapi A, menunjukkan yang kita ini belajar.
Jangan pernah belajar untuk A, kerana hakikat ilmu itu lebih tinggi. Lebih bermakna.
Tetapi A menujukkan yang kita ini belajar, dan berusaha untuk belajar.
Jadi janganlah adik adik down, kalau tak dapat A sekalipun. Kerana yang lebih penting, ilmu yang adik dapat dalam pembelajaran itu lebih utama.
Fuh.. terasa seperti memberi tazkirah ya kawan kawan. Haha.
So long story short, aku start belajar dan merasai sendiri nikmat belajar yang selama ni aku hilang.
Dari seorang yang tidak minat teknikal, hingga sekarang aku bergelar seorang jurutera didalam bidang Tenaga. Bahkan pengalaman terbaik aku setakat ini adalah training di nuclear power plant.
Yup, Nuclear power plant. Of course la Malaysia tak ada dik. Malaysia dengar nuclear pun dah cuak. Oh, bukan T*B ye yang menyinari hidupmu. Hihi.
Aku masih ingat, aku pinjam motorsikal arwah atuk semata mata nak kira berapa kilometer rumah aku ke bandar terdekat. Caranya? Bawak constant 60 km/j, kemudian darabkan dengan masa. So? What’s the point? Hello? Haha.
The point is, that’s Physics chapter one yang kita belajar dulu. Dan memang betul2 memberikan kepuasan bila aku dapat jawapan tu.
Sebab dari situ aku dah boleh mengagak kelajuan berapa yang patut aku bawak untuk aku sampai tepat pada masa. Nampak remeh, tetapi jangan pernah remehkan sekecil kecil ilmu.
Hatta ilmu yang adik2 tau hanya sekecil zahrah. Tau zahrah? Bukan yang Zahrah ziya tu. Ni zahrah yang proton nucleon tu. Tau tak, bila kita pisahkan benda yang sekecil tu, akan menghasilkan tenaga yang sangat besar, dinamakan nuclear.
“Sesiapa yang mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah, nescaya dia akan melihatnya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah, nescaya dia kan melihat nya pula” (Al- Zalzalah, 99: 7-8)
So siginifikasinya? Dik, ilmu tu adik adik ada belajar dalam ilmu Fizik, semakin dekat jarak, semakin kuat tenaga yang harus memisahkannya. Ataupun jarak berkadar songsang dengan daya.
So apa kena mengena nuclear ni? Sebab ini proses yang berlaku di Matahari, yang membuatkan matahari mampu menyinari dengan terang berabad lamanya.
Hebatkan? Bagaimana Tuhan menunjukkan diriNya melalui ciptaan Nya yang menakjubkan?
Jadi, biarlah kita belajar kerana nilai ilmu sendiri. Belajarlah, bukan kerana A semata mata. Nehi. Nehi bete. Naikkan martabat mu, belajarlah lebih dari nilai A itu.
Belajarlah untuk kehidupan, belajar untuk membantu kita berfikir, belajar lah supaya kita lebih di senangi dan belajarlah, semoga dengan belajar, kita menemui Tuhan. Yang Maha Ghaib, tetapi hampir. Bahkan lebih hampir dari urat di tengkuk kita sendiri.
Ha, ingat tu. Benda kecil yang kita buat, pasti ada kesannya. Hihi
Ok dah, jauh dah melayang ni. Haha. So, long story short lagi, pada hujung tahun, I’ve become top one student. Yup, Top one. Nombor satu dalam sekolah.
Dari seseorang yang duduk di bawah, tak ada orang pandang, akhirnya menjadi nombor satu. Masa tu terasa feymes la jap. Gila tak feymes, sebelum ni tak ada surat cinta masuk, jadi nombor satu bersepah surat cinta. Haha.
Kalini dipanggil lagi ke bilik kaunseling, dan Cikgu S menzahirkan rasa terkejut. Yela, sebelum ni nombor satu orang lain yang pegang. Tapi dah berubah secara mendadak.
Tapi aku tak cerita pun ayat cikgu S dekat aku dulu. Sebab bagi aku, benda tu tak ada apa2 bagi aku dah. Dan aku pun tak pernah pun study untuk A lagi sejak masa tu. And aku tak pernah sangka pun dapat nombor satu.
Sebab yang aku tau, apa yang aku kurang dulu, bukan usaha, tapi passion. Minat untuk belajar. Kenapa harus aku belajar. Nantilah, kalau ada masa aku cerita lagi. (Kalau korang nak lagi la. Haha.)
Sebab tu aku cakap awal2 cerita, aku tak tau tindakan cikgu S tu betul atau tak, yang tu korang nilai la sendiri. Tapi di sebabkan perkataan tu, aku berubah 360 darjah. So, sebab tu aku tak dendam ke ape. Entahlah. Haha.
Weh.. panjang gile aku tulis weh… aku ingat nak santai2 saja tulis ni.
Tapi apa pun, adik adik yang kurang A masa SPM ni, jangan berhenti belajar. Jangan. Ada sesuatu yang lebih besar dari sekadar A. Jangan letakkan nilai kita hanya pada A. Kita lebih bernilai.
Dalam dunia sekarang yang hanya mengutamakan keputusan dari usaha, jangan kita terjatuh membenci diri.
Kita lebih bernilai. Ingat, kita belajar bukan untuk A, tetapi A menunjukkan yang kita ini belajar. Jika tiada A, tidak mengapa, asalkan ada jiwa, yang sentiasa berusaha.
Oh, btw, sekolah aku sekarang dah tak ada. Dah diupgrade jadi matrikulasi. So kalau korang cari nama sekolah tu dah tak ada dah. Haha
Ok la, okla.. Nak berhenti menulis dah ni. Terima kasih kerana membaca.
Sekian…
– Amin (Nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit