Su4mi Aku

Sebelum aku start aku cuba to cut short and straight to the point. Sorry kalau ayat aku tak berbunga bunga.

Hi semua. Aku Ayu. Umur 35. Anak 2. Aku housewife, sambil sambil tu aku berniaga. Aku kahwin dengan M. Dan ini tahun ke 5 perkahwinan kami.

Penulisan aku ni adalah pengalaman aku hidup bersama suami.

Aku kenal M dari Facebook & Instagram. Luaran nya aku nampak dia manusia normal. Lelaki. Banyak dengan kawan. Main game. Main bola. Normal biasa. Tak ada apa kurang pun dengan dia.

Kami berkenalan, bertunang dah kahwin. Tempoh bertunang hingga kahwin adalah 6 bulan. Tempoh berkenalan dalam 1 tahun.

Sebelum berkahwin, M ceritakan dia datang dari keluarga miskin. Bila dia sebut miskin, aku tersentak.

Bukan tersentak tak sudi, tersentak sebab aku lebih familiar dengan perkataan “biasa-biasa” atau “susah” atau “sederhana”.

Emaknya isteri ke 4 hasil 6 perkahwinan. Aku diam.

Masa tu dia kata kereta aku lagi besar dari tandas rumah dia. Susah jugak aku nak brain kata kata M masa tu sebab pada aku, apa dia ni. Hahaha.

Aku tak fikir panjang pada aku, rezeki Allah ni kita cari. Jomlah sama sama cari walaupun end up dia aku jadi housewife dan niaga kecil kecilan je.

Lalu, berkahwin lah kami. Setiap malam, aku tidur aku tengok muka suami aku dengan penuh simpati. Aku kasihan ke dia, penat sungguh perjalanan dia.

Awal berkahwin, M sewakan rumah corner lot untuk aku. Padahal kami berdua je. Dia kata “Takapa, senang sikit awak bernafas ada rumput. Nanti ada anak boleh main”.

Gated dan guarded. Dia kata tak apa, dia kerja balik lewat, dia nak aku selamat.

Berbeza dengan kawasan perumahan M membesar. Banyak mat dadah. Botol arak. Sampah bertebaran. Warga asing. Tikus. Vandalism. Dan lain lain.

Aku ingat dulu, masa masuk rumah, mak aku kasi bawa set katil dan almari dari rumah mak aku.

Mak aku kata tak apa pakai dulu, nanti ada duit upgrade. Masa katil tu sampai rumah, aku tengok bersinar sinar muka M.

Malam nak tidur dia kata pertama kali dia ada katil dalam rumah dia. Ada cadar lembut. Bantal gebu. Comforter. Aku masuk tandas menangis.

Belum bab sofa, masa tu kami berdua baru kahwin. Yelah, duit ke majlis dah banyak habis.

Kami beli sofa second hand. Kecil je sofanya. YaAllah dipeluk peluknya sofa tu. Dia kata pertama kali rumahnya ada sofa.

Belum lagi set pinggan mangkuk, cawan, almari, meja makan, iron board, karpet, dan lain lain yang setiap kali kami bawa ke rumah, mesti suami aku bersinar sinar matanya. Katanya pertama kali ada dalam rumah sendiri.

M pernah cerita ke aku. Hidup semasa kecilnya penuh dengan trauma. Trauma kesusahan dan kemiskinan.

Emak ayahnya mengajar pondok, jadi mereka lebih pilih untuk hidup dengan caranya sendiri walaupun aku rasa boleh sahaja mereka untuk hidup lebih elok.

Aku malas nak ulas bab parenting mak pak mertua aku. Huhuhu..

Selain trauma kesusahan, M pernah cerita dia ada trauma keluarga. M confuse antara mak tiri dan makcik. Abang tiri dan abang saudara.

Apa itu cerai dan poligami. M sedar dan faham sendiri ketika darjah 4. Bila kami ada anak, aku perasan, M lebihkan anak aku ke rumah mak ayah aku.

Apa apa dia akan hantar aku ke rumah mak ayah aku, lepastu baru M uruskan yang belah keluarga dia. M ada 2 abang. Satu nya berhijrah, jauh. Lagi satu, menghilangkan diri.

Masa awal awal kahwin, ketika kami sama sama beli barang dapur pun banyak perkara aku ajarkan ke M supaya dia rasa lebih selesa untuk kehidupan seharian.

Aku ajar pilih telur yang elok. Roti. Brand Sardin. Daging. Makanan breakfast. Jenama sos.

Hatta pencuci pinggan pun aku ajar beli yang elok, sekali picit buih banyak. Boleh pakai lama.

M pernah cerita, di sekolah dia diejek baju kepam kerana sabun yang digunakan buat baju tak berapa wangi. Jadi untuk ubati sedih dia, aku buh sabun wangi wangi hahaa jadi baju kerja suami aku wangi.

Setiap kali ke pasaraya soalan wajib dari aku “Awak nak cuba apa?” Aku kasi ruang M lepaskan his inner childhood untuk rasa apa yang dia terlepas ketika kecil.

Kadang kadang anak beli toys pun dia tumpang sekaki.

Banyak lagi cerita M yang aku harap, jika ada pembaca yang merasainya, cukuplah kita kita sahaja yang rasa, tidak turun ke anak anak.

Semoga Allah panjangkan usia kita, kuatkan kudrat kita, untuk kita berikan yang terbaik untuk anak anak kita. Supaya kurang kesusahan emosi dan mental mereka semasa kecil.

Maaf dari aku jika ada yang terasa dengan kisah suami aku.

– Ayu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *