Su4mi An4k Em4k

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya semua.

Selalu aku baca confession orang lain sahaja, hari ni aku rasa teringin nak luah pengalaman aku sendiri yang bersuamikan seorang anak emak.

Untuk makluman, suami aku ni satu satunya anak lelaki dalam keluarga dia. Dia teramat la rapat dengan mak dia sebelum kahwin.

Bila dah kahwin pun terbawa bawa perangai manja dengan emak. Setiap hari akan call mak.

Memang dia terlalu open dengan mak dia sampai hal remeh yang tak perlu cerita pun dicerita.

Kadang-kadang aku jadi malu sebab mak mertua aku tahu benda yang tak sepatutnya dia tahu.

Jadi aku pun nasihatkan suami supaya hadkan hal tertentu dengan mak dia lagi lagi bila dah kahwin ni. Tak semua benda patut cerita.

Mak mertua aku ni jenis banyak bebel senang cakap sampai aku rimas dan buatkan aku jadi malas nak kerap balik rumah mertua.

Boleh kata ada sahaja benda yang dia nak bebelkan. Sejak aku ada anak ni, lagi banyak benda yang dia cakap sampai aku rasa menyampah.

Mak aku sendiri tak pertikaikan cara aku jaga anak.

Anak aku sekarang dah 8 bulan lebih. Dah boleh makan bubur. Cuma anak aku ni mudah tersedak, jadi aku lebihkan beri minum susu dari makan.

Tapi bila dekat rumah mertua, mertua berkali kali suruh aku bagi bubur dekat anak walaupun anak tak nangis. Rasa macam memaksa pun ada.

Mertua aku ni susah sikit nak faham apa yang aku terangkan sebab dia nak aku ikut cara dia jaga anak-anak dulu.

Aku pula jenis tak suka nak lawan cakap orang tua, jadi aku iyakan sahaja cakap dah bagi anak bubur walaupun belum.

Dia bebel ibarat aku ni tak pandai jaga anak pula. Bila aku bagitahu suami, minta backup aku atau tegur mak dia, suami aku marah aku semula.

Bukan lah aku rimas bab bubur tu sahaja, banyak lagi benda yang dirimaskan tapi aku tak cerita dekat sini.

Sekarang ni aku kerap sangat bergaduh dengan suami sampai rasa suami dah tak sayang aku. Berbeza sangat layanan dia dekat keluarga dia dan keluarga aku.

Kalau aku ajak berbuka dengan mak ayah aku, dia tak datang.

Bila aku duduk sementara dengan mak ayah aku pun dia tak jenguk anak sampaikan ayah aku tanya suami aku tak nak tengok anak ke.

Kalau balik rumah mak ayah aku pun, suami aku tak bermalam. Balik hari sahaja. Tapi bila turn aku kena balik rumah mertua, kena bermalam banyak hari lagi.

Aku tak tahu nak buat apa untuk kurangkan makan hati selalu bila balik rumah mertua. Ada suami pun tak mampu nak backup isteri atau tegur mak dia.

Suami aku ni jenis ego, cakap elok elok pun dia tetap sokong keluarga dia walaupun keluarga aku banyak tolong dia.

Dia kata dia tak nak tegur mak dia sebab nak jaga hati mak tapi kalau aku terasa hati dia tak kisah.

Mohon pandangan atau nasihat dari pembaca sekalian, apa yang boleh aku buat sebab macam tak nampak solusi.

Aku rasa ramai juga dekat luar sana yang ada masalah sama macam aku. Dilema dan buntu.

Akhir kata, terima kasih sudi baca luahan aku ni dan terima kasih juga yang berikan nasihat baik baik.

– Orked (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *