Hai semua. Susulan daripada confession ni, https://iiumc.com/per3mpuan-
Aku terpanggil untuk bagi tahu semua kesan yang tertulis itu adalah BETUL.
Aku isteri kepada seorang suami yang tak jahat dan sangat baik. Baik yang level marah aku pun tak pernah walaupun……
Kami kahwin sudah nak masuk 10 tahun. Anak tiga orang. Semua okay awalnya sehingga kini.
Dia kerja, aku kerja. Rumah ada lah satu, tapi aku bayar sorang. Dia bayar komitmen lain. Yang awalnya we agreed to divide sama rata.
Haa sama rata ni lah puncanya. Awalnya memang sama rata, lama lama jadi aku makin banyak, sebab Alhamdulillah kerja aku ni memang increment tiap tahun tu pasti.
Dan dia pulak nasib kurang baik. Dari 10 tahun lepas, itu jela gaji dia, eh mungkin ada kot 100, 200 naik.
Bila gaji aku naik, aku masih bayar semua dengan patuh dan ikhlas (awalnya). Makin lama, aku rasa tiap bulan lepas gaji, dah kena ingat next gaji.
Itu takpe lagi, ni sudah laa aku bayar sama adil, anak aku kena ambik tiap hari, lepas ambik anak kau faham la nak kena layan 2000%, balik kena perform la sikit buat2 hidang makanan ke apa. Jadi aku penaddddd!
Part ni aku baru terasa bengang masuk tahun ke-9 selepas aku ada kawan baik.
Aku macam baru tersedar yang how come aku dah macam lelaki tanggung semua keperitan dan kepenatan perkahwinan? Kawan baik aku perempuan, tapi kawan rainbow.
Aku teruskan lagi. Husband aku juga sangat baik yang sampai selama kami berkahwin, tidak pernah sama sekali dia komen masakan aku tak sedap, komen tempat aku ajak berjalan tak best, dan sebagainya.
Dia hanya mengikut sahaja. In fact, tidak pernah juga mencadangkan apa apa. Like, jom pergi XDFTY. Atau apa sahaja. TIDAK PERNAH.
Yang biasa adalah,
“Nak makan apa?” “Nak makan mana?” “Nak pergi mana?” Etc etc.
10 tahun bhai, aku dah takde tempat dah nak suggest, nak pergi. Bosanggggg!
Belum lagi bila pergi mana mana, dia cuma MENJAGA AKU dan anak-anak. Wey takde komen like tempat ni blahblahblah. He just there selama 10 tahun.
We never talk bad. We never make jokes to each other like perut kau gemok, like muka kau macam kucing, etc. Never! We are super polite, yang macam sila lah jalan dulu, oh penat ey, ok pergi tidur dulu.
Aku juga pikir itu normal awalnya. Tapi lepas 9 tahun, aku. Dah Bosan. Come on apa tu hubungan yang nothing to be shared? Apa tuuu….
So now aku ada kawan baik. Aku nak hidup dengan dia. Tapi of course my good husband but bored takkan bagi.
Segala onak ranjau telah ku bina untuk memberhentikan hubungan suami isteri ni. Tapi masihhhh, he such a good man but.. tulah…
Tah la aku confess untuk apa. Tapi aku sangat pasti the plain and the sick of me in the husband-wife marriage lead me to another relationshit. Why shit? It’s also not an easy thing, but fun!
The good man now nak berubah, tapi hati aku dah takde. Dulu aku suka share benda dengan dia, tapi he’s plain. Dulu aku cuba juga nak meningkatkan hubungan suami isteri, tapi masih bosan.
So now aku taknak dah. Kalau korang jadi aku, korang buat apa?
I know he might change tapi dengan hati aku dah tawar, dengan beberapa dosa yang aku dah buat, I can’t go to him anymore. Can someone help me?? Or maybe help him?
Cuma tu lah, jadi lah lelaki yang resourceful. I saw my friends dia kahwin dengan orang biashe2 je, tapi ada kaliber. Hm tapi takpela.
Pendek kata jadilah lelaki dan jadi lah orang yang berfungsi dalam masyarakat. Fungsi yang penuh.
– WSDT (Wanita Sendu Dan Terpaksa) (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit