Su4mi Balas Dendam

Assalamualaikum semua. Saya Ali, tak tahu macam mana nak bercerita tentang masalah rumah tangga saya yang hampir seabad lamanya.

Sebelum saya cerita panjang atau salahkan isteri saya, saya akan cerita tentang saya dulu.

Saya bukan seorang suami yang baik terhadap isteri saya. Contoh saya tak pernah ajar dia agama, sebab saya kurang didikan agama.

Solat nak tak nak, kalau bergaduh baru solat, lepas tu nak tak nak balik. Akan menjerit kalau bergaduh tapi saya tak pernah memaki atau berkata kasar.

Saya tak romantik. Saya ni malas dekat rumah kena suruh baru nak buat.

Tapi sepanjang perkahwinan, saya tak pernah abaikan nafkah zahir. Saya akan cuba memberi apa yang saya mampu. Ada lebih saya bagi lebih.

Tapi nafkah batin kejap ada kejap takda.

Ini sebanyak pasal diri saya sebagai seorang suami.

Dan ini pula kisah isteri saya. Dia bekerja, saya bersyukur sebab dia tolong saya juga dalam perbelanjaan rumah tangga.

Disebabkan ini sepanjang perkahwinan saya tak pernah minta isteri tunaikan tanggungjawab sebagai isteri. Sebab saya tahu dia penat bekerja.

Kalau nak cerita memang panjang nak tulis, jadi saya pendekkan kisah rumah tangga ini.

Satu hari, kami bergaduh besar (paling teruk), saya halau dia keluar rumah sebab dia cakap besar tak perlukan lelaki, tak perlukan suami.

Sebelum gaduh besar, dia memang nak keluar rumah dan tahan dia keluar rumah sebab nak selesai masalah ini.

Tapi lepas dia keluar rumah memang saya terus mati hati. Dia balik mintak maaf sebab dah sadar salah dia.

Sekarang saya mula rasa berdendam dengan isteri. Dia nak berubah menjadi isteri yang baik, taat soleha. Tapi apa yang dia buat baik dengan saya dulu, saya cuma nampak buruk dia.

Disebabkan perkara kecil kami boleh bergaduh teruk masa sekarang ini.

Contoh dia tak pernah berterima kasih dengan saya walaupun perkara-perkara kecil yang saya lakukan lagikan pulak perkara besar,

Tak pernah bersyukur, memandang rendah dengan apa yang saya beri atas kemampuan kewangan saya (gaji lebih RM10k) sebab tak pernah hantar dia facial, slimming (dia pakai duit dia sendiri)

Dan dia tak sedar saya hutang dengan bank sebab nak ikutkan kemahuan dia. Nak rumah macam itu, macam ini.

Contoh lain, saya tak pernah mintak dia jalankan tanggungjawab sebagai isteri sebab saya tahu dia penat bekerja. Saya rasa anda semua apa tanggungjawab isteri walaupun dia bekerja.

Contoh lagi terlalu pentingkan diri sendiri, merasa dia nya betul, tak boleh ditegur walaupun salah. Kata kata dan perbuatan dia selalu sakiti hati saya.

Perkara ini saya saya pendam. Sebab malas nak gaduh panjang sebelum ini dan sebabkan ini juga saya jadi dendam dengan isteri bila mana dia nak berubah.

Kalau saya boleh sabar dengan dia untuk dekat 10 tahun, kenapa dia tak boleh sabar dengan perangai dendam saya.

Tak sampai 2 bulan kata nak berubah jadi isteri yang baik untuk suami kerana Allah Taala. Hari2 mintak maaf dengan saya.

Disebabkan dendam ini juga, saya berkata dengan isteri saya takkan berubah kalau dia yang tak berubah dulu.

Kalau saya boleh tahan dengan perangai dia, kalau saya tak pernah tuntut tanggungjawab seorang isteri terhadap suami salama ini, jadi dia pun perlu buat yang sama.

Kalau dia tahan dengan saya, dia boleh mintak perpisahan di mahkamah dan saya akan lepaskan dia. Tapi tidak sekali saya lepaskan dia dari diri saya sendiri.

Sebab dendam saya terlalu kuat. Saya nak dia rasa apa yang saya rasa bila diri tak pernah bersyukur, dipandang rendah dan tak boleh tegur saya.

Saya pun tak pernah dengar cerita suami berdendam dengan isteri. Jadi saya tak tahu apa yang saya perlu buat

Maaf kalau cerita saya ini bersepah.

Jadi saya nak minta pendapat apa yang saya patut buat. Sebab saya masih sayang kan isteri saya dan keluarga kami tapi saya takkan berubah kalau isteri saya tak berubah dan tak boleh jaga hati saya.

Terima kasih..

– Ali (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *