Su4mi Bekerja Untuk Keluarga, 1steri Untuk?

Salam semua, saya adalah seorang suami yang boleh dikatakan baru berumah tangga.

Saya nak luahkan disini. Rasa kecil hati sebenarnya. Saya dan isteri dua-dua bekerja. Gaji saya lebih sedikit berbanding isteri.

Pekerjaan kami dua-dua menuntut masa yang banyak. Lagi-lagi saya, banyak kerja yang perlu diselesaikan walaupun hujung minggu.

Alhamdulillah, saya sentiasa tunaikan nafkah isteri, bayaran rumah, perubatan dan lain-lain.

Yang buat saya tersinggung ialah, isteri saya sangat berkira dengan duit dia. Walapun saya dah beri duit nafkah, saya juga yang keluar duit untuk belanja makan.

Setiap hari, bukan sedikit belanja makan sebab nafsu isteri yang nak makan sedap-sedap.

Ikutkan nafsu dia, suku gaji saya boleh habis untuk makan sahaja.

Saya ni berjimat, takut duit tak cukup. Kadang-kadang paksa diri puasa.

Banyak komitmen lain yang perlu diselesaikan.

Isteri nak keluar duit untuk makan, memang sangat jarang. Kalau ada, boleh kira macam hari raya dah.

Saya keluarkan duit untuk dia makan. Saya makan yang murah-murah dan simple sahaja.

Apa sahaja perbelanjaan kalau boleh dia nak tuntut dengan saya balik.

Alhamdulillah, kami juga akan ada anak nanti. Saya dah mula bimbang kewangan sebab tengok isteri sangat berkira dengan duit dia.

Saya rasa seperti saya yang akan kena tanggung anak sepenuhnya.

Apa guna isteri bekerja kalau duit hanya untuk dia dan keluarga dia? Ya, dia banyak bagi duit kepada keluarga dia (mertua). Perbelanjaan keluarga kami, saya yang perlu tanggung.

Isteri saya juga sibuk bekerja dan sangat sedikit masa untuk saya.

Lebih baik saya kahwin dengan suri rumah. Sekurang-kurangnya, ada masa dia untuk keluarga dan anak-anak.

Sekarang saya risau perbelanjaan bayi, perubatan, nak kena cari orang jaga pantang, pengasuh.

Saya rasa semua tu akan dilepaskan dekat saya sebab saya suami.

Kalau pergi berjalan pun, hampir 100% perbelanjaan saya.

Mulanya seperti nak berkongsi (berjalan luar negara), tapi akhirnya semuanya saya yang terpaksa tanggung.

Saya dah biasa kerja kuat dan berjimat. Tapi bila saya nak bekerja untuk pendapatan tambahan, isteri pulak asyik nak ajak balik kampung dia (rumah mertua).

Isteri bila bekerja, bantulah keluarga anda sekarang untuk kebahagiaan bersama. Kalau dapat suami yang bagi nafkah dan ringan tulang, cubalah jangan jadi berkira.

Jadilah isteri yang MEMAHAMI dan BERTIMBANG RASA.

Itu pun dah boleh buat suami sejuk hati dan nak kerja lebih buat untuk keluarga.

Doakan kami,

– Suami terluka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *