Su4mi Complicated

Hai semua. Apa ye solusi untuk suami aku ni? Aku jenis terus terang tau apa aku nak, aku akan cakap. Pendam pun takde guna, sakit sendiri kan.

Aku rimas betul suami aku ni marah dia silent treatment tau. Aku minta maaf dia buat tak endah je. Cakap takde pape pun.

Masalahnya kalau takde pape wahai encik suami, kenapa hang bad mood?

Hang marah aku dalam diam kau tu? Ish mengalahkan orang perempuan. Nak tunggu aku pujuk memang tak la. Geram betul. Benda kecik pun nak gaduh.

Suami aku ni nak kata lembut tak juga. Dia bos kat tempat kerja dia. Maskulin je.

Kat rumah jangan harap la dia nak jadi bos aku. Memang aku ni pantang orang suruh itu ini. Benda boleh buat sendiri, kenapa susahkan orang lain.

Anak aku selalu kena bebel dengan aku bab ni. Sebab dia selalu bagi arahan itu ini.

Aku macam what the hell, kau dah ada kaki tangan, belajar la buat sendiri. Entah la. Ayah dia, laki aku tu manja sangatkan budak tu. Asyik menangis je kerja dia. Ish bosan betul hidup macam ni.

Aku tak tahu la punca masalah ni daripada aku ke atau suami aku. Komunikasi memang kelaut. Pastu banyak syak wasangka dan salah faham dia pada aku.

Dia cakap aku buat benda pelik-pelik belakang dia. Paranoid apa dia kat aku? Cemburu? Takut curang? Tak percaya aku langsung ke weh?

Macam apa aku buat semua salah pada dia. Main fon salah. Tengok movie salah. Tak tidur salah. Bernyawa pun salah agaknya. Sengaja nak kacau bilaukan akal dan perasaan aku jadi tak keruan.

Kau ok la pergi kerja jumpa orang. Aku kat rumah hari-hari hadap anak je. Benda tak selesai, memang gantung sepanjang hari.

Bukannya aku tak kemas rumah. Bukannya aku tak urus pakaian dia. Bukannya aku tak jaga diri aku bila keluar.

Aku selalu minta izin. Aku pergi ke mana bila perlu. Aku nak kerja dia tak bagi. Cemburu tahap apa entah. Risau ke kongkong tuan puan?

Kadang aku dah hilang respect kat laki aku sendiri. Payah betul nak taat suami tatkala ujian melanda. Tapi dia ayah yang baik, dan suami yang jalankan tanggungjawab.

Cuma sungguh, aku nak dibimbing. Aku tak mampu nak membimbing. Aku insan yang lemah. Mampu buat sekadarnya sahaja

Wahai para isteri di luar sana? Adakah normal kena hadap suami yang ego tinggi tak nak mengalah ni? Kita minta maaf pun tak jalan. Pastu nak buat apa?

Wahai para suami di luar sana? Hina sangat ke seorang isteri ni? Hanya mainan di malam hari je ke? Bukankah janji untuk berteman selamanya? Habis madu sepah dibuang ke?

Isteri ni perasaannya mudah bergelora. Kadang sayang, kadang benci. Hati ni mudah retak dan berderai air mata.

Tolonglah wahai sang suami, jangan menghukum. Bimbing aku, ajar aku, baru aku faham. Hukuman tak setimpal sungguh.

Apa salah aku? Kerna menjadi isteri yang serba kekurangan? Bagaimana pula dengan kekuranganmu yang aku terima dengan rela.

Lupakah janji kita untuk saling melengkapi? Kenapa haluan kita makin berbeza?

– Kira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *