Su4mi dan Ikhlas

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Disini saya berharap dapat sedikit nasihat untuk situasi saya ini.

Sekadar pengenalan latar belakang, seorang suami dan ayah kepada putera comel. Kami bertiga menetap di rumah berdekatan tempat kerja.

Saya dibesarkan dalam keluarga yang boleh dikatakan mempunyai ikatan kekeluargaan yang kuat dan rapat,

Manakala untuk isteri dibesarkan dalam keluarga yang lebih terarah untuk buat hal masing2.

Isteri saya pula seorang yang mudah gemuruh bila berhadapan dengan ramai orang.

Sepanjang perkahwinan saya tidak pernah memaksa isteri untuk melakukan apa2 dan hanya mengatakan tunggu saya balik atau ketika saya ada untuk buat apa-apa.

Kami bergilir jaga anak, waktu saya kerja dia la yang menjaga, bila saya pulang, saya yang akan mengambil alih menjaga putera kami.

Urusan di rumah seperti memasak, mengemas rumah, basuh pakaian kebanyakan diuruskan oleh saya.

Wallahi saya ikhlas dan tidak pernah merasa itu semua beban

Semenjak kahwin saya perasan isteri mempunyai cara pemikiran yang agak komplikated dan selalu nya bertentangan dengan apa yang saya pikirkan.

Bahasa mudahnya mungkin bagi saya, apa yang jadi tu sekadar orang ingin bertanya atau berbual tapi bagi isteri orang tersebut ingin menghinanya

Contohnya ketika berjumpa kawan nya baru baru ini, dia bertanya minggu ni tak berjalan kemana ke dengan suami pun isteri boleh triggered dan menganggap bahawa kawan tersebut sedang memerli dan menghinanya.

Kebanyakkan waktu jika kami bertengkar adalah berkenaan keluarga saya. Isteri kerap mengatakan bahawa keluarga saya selalu memandang hina dirinya.

Apabila saya cuba berbincang isteri selalu mengatakan bahawa saya biased ke arah keluarga saya, sedangkan didepan saya jika tiada isteri, tak pernah sedikit pun keluarga saya ada mencaci atau menghina dirinya.

Malah keluarga saya lebih amik berat bertanya pasal isteri ketika itu. Makan minumnya lebih2 lagi kami ada seorang putera saat ini.

Dan bila saya bertanya adakah keluarga saya ada menghina dia ketika saya tiada bersama, jawapannya tiada tapi isteri bagitahu itu semua hanya lakonan mereka.

Jika didepan saya pun tiada, didepannya isteri tanpa saya pun tiada, bagaimana saya nak jelaskan apa yang ada dalam pikiran isteri yang membuatkan dia merasa keluarga saya tak suka dan menghinanya?

Saya terkilan bila isteri selalu mengatakan lebih baik kami berpisah dan biarkan keluarga saya mencari menantu pilihan mereka,

Sedangkan hakikatnya keluarga saya sentiasa mendoakan hubungan kami dan selalu berpesan supaya jagalah isteri dan anak baik-baik.

Apa yang perlu saya lakukan untuk memahami cara pemikiran isteri saya ini?

Mungkin kah cara kami dibesarkan oleh keluarga masing2 yang membuatkan cara pemikiran yang berbeza?

Sudah saya tegas kan untuk setiap yang saya lakukan saya ikhlas dan sangat sayangkan keluarga kecil kami tetapi isteri selalu merasa yang itu semua tak cukup.

Kalau lah boleh saya buktikan yang hidup saya sekarang hanya lah untuk keluarga kecil kami.

– Ahmad (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *