Su4mi dan P0rn0

3 tahun usia perkahwinan, 3 tahun juga aku berharap suami akan berubah.

Untuk pengenalan, kami diijabkabulkan setelah kami tamat pengajian dan telah dikurniakan seorang anak.

Tahun pertama, sepatutnya tahun honeymoon. Tapi setiap kali aku minta tuntutan nafkah batin, seringkali ditolak. Hanya sebulan sekali saja. Alasannya, penat kerja.

Sebab aku tahu kerja hakiki suami macam mana, aku terima. Tapi dia lupa, isteri ada anugerah terhebat, iaitu naluri seorang isteri.

Untuk pengetahuan, phone suami sememangnya ada password, tapi aku tahu digitnya. Sebab itu, aku tak pernah syak apa-apa.

TakdirNya, sewaktu suami pulang kerja, kepenatan lalu tertidur, aku hanya nak bukak safari untuk cari idea untuk dinner. Tapi apa yang aku jumpa, penuh history web p0rno.

Hati aku hancur buat pertama kali, angkara seorang suami. Begitu ye minat dia.

Andai kata aku tak pandai berhias sewaktu bersama, sebut saja costume apa, semua aku ada. Usahanya aku untuk menarik perhatian suami.

Pertama kali mengetahui, aku mengamuk bagai orang gila. Semua barang berselerak.

Aku keluar rumah dan suami pujuk, pujuk dan terus pujuk. Isteri mana yang dapat menahan ego untuk suaminya. Aku maafkan.

Tahun kedua, masalah ini terjadi lagi. Aku mengamuk? Tak! Aku menangis depan suami.

Suami cuak, cuba untuk peluk, minta maaf semua aku tolak.

Sedih seorang isteri dikhianati oleh orang yang paling dia sayang, walaupun pengkhianatan itu bukan dengan wanita dialam realiti, tapi ia tetap terasa sakit.

Macam biasa, aku maafkan suami untuk kali kedua, berserta ugutan cerai. Ya, kali ni aku dah berani mintak cerai. Mungkin sebab itu suami begitu cuak. Kami berbaik seperi biasa.

Untuk tahun yang ke-3 ini, permulaan nya, 3 bulan aku tidak disentuh suami.

Bila ditanya kenapa, alasannya penat. Ye, aku faham. Kerjanya hariaannya yang memerlukan tenaga, mungkin suami benar-benar penat.

Pelbagai usaha sudah aku buat, ditolak mentah-mentah.

Suatu hari, aku balik dari kerja, suami sudah ada di rumah, tengah berehat. Aku cuma ambil fon suami, untuk lihat item dalam cart shopee nya.

Maka terbuka lah telegram group (recent app), penuh dengan video p0rno. Aku yang tengok video tu pon, aku malu.

Untuk pengetahuan, setiap kali aku jumpa bukti p0rno dalam fon suami, aku snap gambar hantar ke whatsapp suami. Untuk bahan bukti, entahlah, mungkin berguna untuk esok esok.

Lepas aku hantar whatsapp, suami terjaga, melihat aku pegang telefon dia, sekali lagi jelas dia cuak.

Kali ketiga ni aku tak mengamuk, tak menangis. Aku kecewa.

3 tahun aku cuba macam-macam, betina dalam p0rno jugak puaskan dia. Kali ni aku buat silent treatment. 3 hari aku tak bercakap. Terlampau kecewa.

Setiap kali solat, aku selalu doa, agar Allah tak uji aku melalui suami aku.

Tapi biasalah, semua orang akan melalui ujian dalam hidup dan aku ada dengar seorang ustaz cakap,

Seorang isteri memang akan diuji dengan dengan orang yang terdekat denganya iaitu suaminya. Itu lah kehidupan, kita kena terima dugaan.

Kali ni aku nekad untuk bercerai. Aku cari apa prosedur yang aku perlu lakukan dan tetiba suami aku bukak mulut, mohon maaf.

Dia menangis. Suami mintak maaf sebab telah kecewakan aku sekali lagi. Dia mintak peluang terakhir.

Aku sebagai isteri yang sayangkan suami aku, aku maaf kan tapi bersyarat. Andai dia mungkir janji, maka dia perlu redha untuk aku minta dilepaskan.

Untuk pengetahuan, Suami aku seorang yang sangat baik, nafkah zahir tak pernah culas, percakapan lembut, ringan tulang dalam urusan rumah tangga.

Aku kadang-kadang berbelah bahagi, sama ada perlu tutup mata saja kesalahan suami atau berpisah. Mungkin itulah suami aku yang perlu aku terima, baik dan buruk nya.

Aku perlukan pertolongan kalian, nasihat dan doa untuk rumah tangga aku.

Semua masalah rumah tangga aku memang tak berkongsi dengan sesiapa, tapi untuk kali ini, aku lemah. Sebab tu, aku cuba luah di sini. Aku harap nasihat dan pandangan yang positif dari korang.

Untuk suami, andai awak baca ni, saya nak awak tahu, saya terlalu sayangkan awak, tapi untuk kali ni, saya terlalu kecewa.

– Isteri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *