Su4mi Itu Pinjaman

Salam semua. Aku berkahwin dengan Hariz disebabkan aku tertarik pada penampilan, luaran dan kuat agama dia.

Bila bertutur tak kasar apa jua isi hati aku suarakan Hariz memahami tak kira even cerita tu sebodoh2 topik sekalipun.

Dia pernah cakap dia layan ex isteri dia macam princess dan dia akan layan aku macam tu juga.

Kami pun nikah..

Ya, layanan dia aku tak pernah dapat sebelum ni. Basuh baju, kemas rumah, aku teringin nak makan apa2 sure dia belikan.

Aku nak kemana2 dia temankan.

Layanan zahir batin aku rasa sangat sempurna.

Cuma material je la biasa2 sebab dia berpangkat cuma kurang sikit duit sebab hutang lapuk. Tapi tak apa itu aku ada, jadi tak perlu nak berkira sangat.

Aku ada bisnes ada duit walau takde lah kaya raya. Ada rumah2 kereta, duit sikit cukup la orang nampak aku perempuan berdikari.

Aku rasa dia memang sayang gila kat aku, korang boleh bayangkan sebelum tidur pun picit2 aku sampai aku tertido sampaikan nak pusingkan badan pun dia bagitau aku. (terbalik kan?)

Teringin apa2 bila aku bersuara je terus dapat, dia akan cepat2 tunaikan.

Aku sentiasa mengandung gugur berulang2 sampai 3 kali sebab aktiviti suami isteri yang agak aktif. Dia memang caring dan jaga aku elok.

Ada juga gaduh2 teruk bila part isu ex dia je sebab aku rasa ex dia masih boleh gunakan dia guna point anak tanpa aku tahu rahsian besar dia.

Bila gaduh aku sedih sangat sebab aku jadi overthinking kalau kami cerai aku tak boleh bayangkan macamana kalau dia tiba2 nikah orang lain dan layan orang lain tu macam layan aku.

Aku macam obses kat suami sendiri sebab dia sangat sempurna untuk aku.

Dan… sampai satu titik lepas 2 tahun nikah kantoilah rupanya dalam melayan aku bagaikan ratu.. rupanya ada satu nama yang disimpan kemas.

Video call time yang aku tak jangka dan setiap conversation hilang jejak.

Hancur kepercayaan aku. Mula2 kantoi terus nak ceraikan aku sebab seolah2 aku yang salah tuduh2 dia semua. Aku korek cerita sampai keluar semua cerita.

Aku belasah dia.. serius memang aku belasah. Aku ni kecik je tinggi 155cm dan dia tu tinggi 175cm korang bayangkan aku betul2 frust sampai aku belasah dia. Bukan sekali, banyak kali.

Ada masa dia balas balik ada masa aku je mengamuk. Still.. dia tak ceraikan aku.

Lafaz cerai tu sangat berat padahal aku pada titik sangat bencikan dia.

Pompuan tu pun dengan tiket isteri orang melayan suami aku dari perkahwinan lama sampai ke perkahwinan baru.. maknanya dah wujud berbelas tahun.

Pompuan tu pon ada bahagian dia, aku cari tapi memang play victim. Aku siap bagitahu suami dia, tak pasti kena cerai ke tak.

Bila kantoi, Hariz sanggup buat apa je untuk selamatkan rumahtangga. Siap blok pompuan tu dan bertaklik.

Orang sekitar ada yang jadi nasi tambah nak bagi hancur hubungan kami siap burukkan perangai aku konon tak cukup solehah tangani isu rumahtangga.

Lepas 4 bulan benda ni berlalu aku tengok cerita ni dah lenyap, dia tetap layan aku macam dulu. Cuma, yang hancur tu kepercayaan.

Talam2 yang nasi tambah masa masalah ni aku tak boleh lupa dan maafkan. Aku nampak true color bila kita tengah bermasalah.

Apa yang buat hati aku sejuk?

Dia bertaklik cakap kalau dia ada skandal dengan mana2 perempuan jatuh talak.

Aku pegang benda tu selagi aku isteri.

Aku dah set dalam kepala suami tu pinjaman..

aku guna la dulu sebelum dipulangkan je.

Aku tak obses macam dulu lagi cuma aku dah pandai guna duit dia untuk kepentingan aku.

Point aku kat sini nak cakap lelaki yang melayan kita macam princess pun kalau ada peluang memang kita tak sangka sanggup buat.

Sebab tu ada sesetengah orang elok2 romantik post kat media social tiba2 dah berpisah.

Suami itu pinjaman.

– NIDA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *