Su4mi Ketagih Video Bukan-Bukan

Aku Umi (bukan nama sebenar). Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak.

Kami berkenalan zaman universiti dan berkahwin selepas mendapat restu kedua belah keluarga selepas graduasi.

Kami dua2 bekerja dan saling bantu membantu urus rumahtangga dan anak2.

Pendekkan cerita, suami aku ketagih p*rnografi. Aku dapat tahu masa awal2 kahwin dulu.

Memang tak sangka sebab dia dikenali sebagai orang yang baik baik dan aktif dalam persatuan pelajar.

Kira budak2 usrah juga lah. Basic ilmu agama tu ada dan selalu jadi imam untuk rakan2 di surau sebab dia ada suara yang lunak bila baca Quran. Tajwidnya pun bagus.

Aku tak pernah bercinta dengan mana2 laki disebabkan perwatakan aku yang menjauhkan diri daripada lelaki.

Sempat la juga aku ada ‘crush’ dengan suami aku zaman belajar dulu sampailah dia sendiri yang memulakan perkenalan melalui mak aku.

Bahagia masa awal2 kahwin sebab suami aku orangnya yang peramah, lembut hati dan boleh tolak ansur.

Cuma satu benda ni yang aku tak dapat terima. Pornografi. Aku pernah nasihatkan dia supaya tak tengok lagi. Gelap hati 40 hari 40 malam.

Ilmu susah nak masuk.

Ilmu Allah itu cahaya. Dan cahaya Allah takkan dikurniakan kepada pelaku maksiat.

Suami kata dia tahu. Dia tahu semua tu salah. Tapi bila dia keseorangan dia tak dapat elak.

Benda tu di hujung jari je lagi2 zaman teknologi dah maju ni. Merata je iklan perempuan seksi website lucah. Pilihan diri sendiri je nak tekan atau tak.

Bila sampai suatu masa kami PJJ masa pandemik covid sebab tak boleh rentas daerah/negeri tu.

Aku paling takut dia terlanjur dengan perempuan bukan mahram. Sebab dah normalize kan. Biasa dah tengok benda tak elok.

Suami aku ni selalu cakap pemakaian aku buat dia rasa tenang, tak risau kalau aku keluar rumah. Sebab aku jenis tak makeup keluar rumah.

Pakai bedak/foundation sahaja. Kat rumah la baru berhias kan.

Tapi yang buat aku sedih sangat, dia sendiri buat aku tak tenang. Fitrah lelaki suka perempuan cantik. Dia ‘like’ gambar perempuan2 lain selfie kiut2 makeup tebal.

Dia tak jaga batas pergaulan dalam chat. Chatting benda tak berkaitan dengan kerja. Story perempuan2 selfie pun kau nak komen atau like dah kenapa.

Aku dah nasihatkan dia banyak kali bagitau aku tak suka dia buat macam tu. Dia tahu aku pernah bukak phone dia malam2 untuk check. So ada chat yang dia dah padam.

Dulu dia jugak kata exGF sampai suruh dia unfriend semua kawan perempuan. Aku pun kena unfriend masa tu.

Boleh ke aku nak demand macam tu jugak? Unfriend semua perempuan dalam IG/FB tu. Memang patut pun aku rasa cemburu kan. Aku isteri dia.

Adakah lelaki tak cemburu kalau lelaki lain pandang isteri dia atau chatting benda tak berkaitan?

Tapi kan punca masalah ni kau sendiri tak jaga mata. Perempuan2 zaman sekarang pun nak attention di socmed. Memang tak selesai masalah kan.

Aku penat. Penat overthinking masalah suami aku ni. Apa patut aku buat? Bolehkah aku berlepas diri daripada dosa2 suami aku ni..

Aku sebagai isteri bila diajak bersama aku tak tolak walaupun aku penat sangat dengan anak2. Sebab aku tau aku lah salurannya yang halal.

Aku tak mau dia terjebak dengan benda tu lagi. Aku tak mahu dia sampai berzina dengan perempuan lain sebab dah hilang rasa takut nak buat maksiat.

Sebab dah tak rasa ada malaikat kiri kanan pencatit amalan. Dah tak ingat ada syurga neraka. Dah tak rasa sekarang ni akhir zaman.

Sesungguhnya lelaki Muslim yang baik, ada ilmu agama pun diuji sebegini.

Tak dinafikan banyak kesan buruk bila ketagih p*rnografi. Benda bila dah jadi habit, memang susah nak buang kan.

Aku doakan semoga suatu hari nanti suami aku dan lelaki2 Muslim di luar sana dapat berhenti daripada ketagihan dengan p*rnografi.

– Umi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *