Su4mi Ketagihan P0rnografi

Terima kasih admin kerana siarkan penulisan saya.

Saya Hamzah, seorang doktor lelaki.

Saya terpanggil untuk menulis di sini kerana makin kerap terpampang di wall confession mengenai,

‘Isteri tak dapat nafkah batin’ ‘suami culas nafkah batin’ ‘perlu ke isteri bertahan tanpa nafkah batin’ ‘suami ketagih p0rn0’ dan seangkatan dengannya.

Antara kemungkinan sebab benda ini berlaku adalah suami ketagih poronografi atau ada permpuan lain.

Tapi benda macam ni berlaku kat para isteri, jangan berburuk sangka sebab banyak lg faktor lain yang ada seperti memang betul penat kerja/ depress/ libido dsb.

Yang saya nak fokuslan adalah suami yang ketagih p0rn0 dan tidak tunai ha batin isteri.

Topik ni taboo dalam masyarakat untuk dibincangkan secara umum, sebab tu jarang orang cakap pasal ni. Tapi benda ni sangat penting.

Sebagai seorang doktor, saya memandang masalah ini dari sudut perubatan sebagai ketagihan yang memerlukan rawatan, dan perlukan sokongan pasangan. Sebab apa?

Meh saya cerita proses bagaimana ianya bermula.

Dalam kes kebanyakkan confession, selalunya lelaki yang bermasalah.

Semuanya bermula pada zaman sebelum berkahwin dan semuanya kerana adanya internet di hujung jari, iaitu apabila seseorang mula ‘berjinak-jinak’ dengan p*rn0grafi.

Ada yang meng’excuse diri’ untuk tengok p*rn0grafi dengan alasan persediaan sebelum berkahwin dan nak belajar tentang s3ks (which is wrong).

Atau ada yang terjebak dengan tabiat ni sebab pengaruh kawan, media sosial dsb.

For whatever reason, semua sudah mula terjebak. The first wrong step. Pada fasa awal, mungkin seseorang itu akan rasa bersalah tengok p*rn.

Tetapi kita perlu faham, dosa akan sentiasa dihiasi oleh setan supaya nampak cantik, walaupun kita menyesal di kemudian hari.

Jadi lama kelamaan, setelah ulang benda yang sama sampai jadi tabiat, benda yang buruk akan rasa biasa bagi kita dan tiada rasa bersalah langsung.

Maka cycle akan berulang-ulang-ulang dan ulang. Kenapa dia berulang?

Sebab otak dah terbiasa dengan stimulasi dari hormon dopamine (istilah mudah adalah hormon stim/ high/ sedap) menyebabkan otak sentiasa crave for more.

Tak nafikan, ada yang masih mempunyai iman senipis bawang cuba untuk berhenti dari tabiat buruk ni. Tetapi setiap kali cuba, kebanyakkannya akan gagal.

Jadi setiap hari, setiap masa, otak akan disibukkan dengan keinginan untuk puaskan nafsu AKA dapatkan daily dose hormon dopamine tersebut.

Benda ni makin lama threshold dia akan makin tinggi, maka akan makin keraplah ketagihannya.

So bayangkan kalau orang ketagih dadah tapi tak dapat barangnya, maka dia akan jadi gelisah. So begitulah dengan orang yang ketagih p*rn0grafi.

Persoalannya, kalau dah ketagih p*rn0grafi, kenapa isteri tak dapat nafkah batin? Bukan ke suami lg teransang untuk bersama?

Saya simpulkan sebabnya dengan 2 points.

Pertama, semuanya kerana p*rn0grafi itu sendiri meletakkan satu standard kecantikan sempurna yang fake, yang mana tak akan sama dengan isteri.

Sebab itu di negara barat, p*rn0grafi adalah satu industri. Siap panggil pelakon2 mereka p0rnstar. Pelakon2 buat breast implant, buttock implant dsb.

Jadi jangan 100% salahkan isteri dah tak cantik atau tak pandai goda. Sebab suami dah biasa terangsang tengok pelakon2 p0rn.

Ataupun suami berlaku curang dan zina sebab nak puaskan nafsu yang triggered by watching p0rn (which is obviously wrong for whatever reason).

Sebab kedua pula kenapa suami tak sentuh isteri jugak, sebab dia dah terbiasa teransang dengan visual /mata dan dia akan puaskan nafsu dengan beronani.

Maka suami pun kurang teransang dengan sentuhan atau godaan isteri sebab dah terbiasa teransang dengan mata dan onani instead of real experience.

Oh ye, bahaya onani ni pun sama macam p*rn0grafi. Dua2 dalam satu pakej. Jadi cycle ketagihan akan ulang, ulang dan ulang.

Tengok p0rn>onani>menyesal>tengok p0rn>onani>menyesal dan seterusnya sampailah berlaku penceraian bagi yang dah berkahwin.

Jadi macam mana nak putuskan rantaian ni? Banyak pihak mainkan peranan. Tapi peranan yang paling besar adalah si suami itu sendiri.

Sebab itu, suami yang ada masalah ketagihan memerlukan bantuan dan sokongan.

Kalau ada kesempatan, saya sambung penulisan kedua mengenai cara rawat. Susah untuk berubah, tetapi kalau ada niat dan usaha atau will to change, insya Allah ada jalan.

Terima kasih kerana membaca. Harap dapat membantu bagi pencerahan untuk isteri2 yang ada masalah yang berkaitan untuk faham.

– Hamzah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *