Su4mi, Parents, dan MIL

Assalamualaikum aku Mawar, seorang isteri dan seorang ibu kepada puteri yang comel

Penulisan ku ini lebih kepada luahan isi hatiku.

Actually aku terlampau stress dengan orang-orang di sekeliling aku iaitu suami, parents & mother in law.

Suami.. iya atas dasarnya dia memang suami. Tetapi bagi aku, aku ni macam takde laki.

Aku ni menumpang rumah parents aku disebabkan laki aku belum mampu nak sewa rumah.

Lepas dia balik kerja dia akan balik rumah mak dia dulu. Malam baru datang rumah parents aku then terus tidur. Korang rasa?

Aku rasa macam takde life sebagai pasangan suami isteri.

Aku tak pernah pergi jalan-jalan dengan suami. Sedangkan aku dah berulang kali bagitahu aku nak jalan-jalan juga macam orang lain.

Asyik terperap kat rumah sape je tak stress kan.

Masa mengandung bahkan dalam pantang pun aku banyak berendam air mata.

Secara ringkasnya, aku ni macam ibu tunggal. Uruskan anak sendiri, bayar komitmen bulanan sendiri & setiap bulan tiada nafkah atas alasan aku bekerja.

Bila aku minta dia akan persoalkan kemana wang aku. Korang rasa?

Aku punya tawar hati rasa nak berpisah tapi fikirkan anak. Apa guna ada suami kalau semua aku boleh buat sendiri?

MIL pula jenis selalu nak suruh anak jantan dia duk bawah ketiak dia.

Aku rasa nak marah, ye lah dah laki kite kenapa tak boleh duduk dengan kite pulak kan.

Tiap kali balik rumah MIL, dia selalu cakap dengan aku kesian laki aku nak kena ulang alik biarkan jelah dia tidur situ, aku tak boleh marah2.

Aku sentap, aku tak pernah marah pun. Tapi dia sebagai suami, kena faham lah kan.

Bukannya tak bagi duduk dengan mak tapi kalau hari2 nak kena duduk rumah mak dia, aku dengan anak ni macam mana?

Dah tak boleh bagi nafkah tempat tinggal kena lah bertolak ansur sebab itu memang tanggungjawab dia.

MIL juga tak bagi menyewa rumah lain, alasan nya membazir duit. Kenapa nak kena bayar rumah orang lain sedangkan rumah sendiri ada. Begitu lah katanya.

Suami aku pulak ikut jelah sebab takde duit kan. Aku berkeras tak nak duduk rumah MIL sebab aku memang tak boleh duduk lama2 boleh naik gila!

Keadaan rumah pun salah satu faktor. Aku tak kisah duduk rumah macam mana sekalipun asalkan bersih.

Ini tidak, bau najis kucing semerbak. Lantai bilik air berlumut sampai licin2 yee nak jalan.

Parents aku pulak semua benda tak kena. Buat itu ini asyik tak kena. Kadang siap perli laki aku.

Sedangkan laki aku tu ape je yang tak tolong, apa2 mesti dia tolong parents aku. And bila laki aku salah, diorang aku marahkan aku. Tiap salah aku yang kena.

Aku stress. Aku rasa semua orang disekeliling aku toxic, atau aku yang sebenarnya toxic? Semua aku lepaskan kat anak yang tak tahu apa2.

Impian aku cuma satu, aku nak duduk rumah sendiri. Tapi apakan daya aku pun tak mampu. Kadang sampai satu tahap aku rasa nak bunuh diri.

Orang yang tak duduk di tempat kita takkan faham. 3 tahun aku hadap semua ni. Menangis seorang diri hampir setiap hari.

Pengajaran dari kisah aku, kalau anda seorang lelaki atau seorang suami familah dulu apa tanggungjawab & nafkah kepada seorang isteri.

Kalau anda seorang parents, jangan terlampau toxic yee benda ni boleh mengganggu mental health anak2.

Dan kalau korang seorang mak mertua, jangan bagi anak korang kahwin kalau masih nak berkepit. Seorang isteri pun ada hak atas suaminya. Tak adil untuk si isteri.

Saya mohon komen lah yang baik2, yang positive. Jangan kecam kerana saya hanya ingin meluah dan memerlukan kata2 semangat dari pembaca sekalian.

Terima kasih semua..

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *