Salam Ramadhan semua. Saya nak tanya, normal atau tidak seorang suami tak pernah hadiahkan isteri dia apa2?
Kami dah 5 tahun berkahwin, keluarga saya sendiri memang celebrate hari2 penting sprti hari jadi dan anniversary. Tapi suami sndiri tak pernah celebrate dan kadang2 sampai lupa wish.
Isu disini 1 hari daripada 365 hari susah ke nak ingat.
Saya tak pernah miss bagi ibu bapa mertua dan adik beradik ipar hadiah hari jadi atau anniversary walaupun sepotong kek, mereka pun ada balas dengan hadiah2 walaupun kecil,
Begitu juga untuk suami saya, saya memang sentiasa ingat birthday dia dan tak pernah miss beri hadiah atau wish, siap belanja makan untuk raikan atau bawa dia bercuti.
Saya terasa hati dah lama tapi cuba untuk tak ambil hati sangat2.
Harini saya rasa down sangat2 suami tak ingat pun hari lahir saya atau macam biasa dia buat2 tak ingat,
Family semua ucap dalam group family, dan suami hanya copy paste ucapan salah seorang mereka dalam group. Tak pernah pun wish depan2. Suami bukan seorang pendiam pun, tapi sangat2 tak menghargai.
Saya akan usik2 dia birthday saya nak bunga, sekuntum pun takpa, dia lebih dari mampu untuk itu, tapi bunga sekuntum pun saya tak pernah dapat, kek sepotong apatah lagi.
Saya tak pernah minta yang mahal2 walaupun saya prefer beri suami barang2 mahal yang saya tahu dia perlu, tanda untuk hari lahir dia atau anniversary kami,
Contohnya coffee maker yang dia memang hari2 guna, jam tangan berjenama, dompet berjenama, pakej percutian yang saya surprise dia, makan di restoran kegemaran dia.
Bila saya minta pada dia saya tak pernah ungkit pemberian2 saya, tak ada niat pun.
Kalau tentang nafkah, suami akan lebihkan family daripada cukupkan nafkah saya, saya faham sebab family suami bukan senang, dan saya redho tentang tu,
Saya sendiri berkongsi membayar keperluan seperti sewa rumah makan minum dan pakaian dengan suami, bil2 pun kami 50-50 tanggung.
Saya bukan berkira dan ingin mengungkit, tapi saya harap dia ingat sahaja, dia wish dan bagi saya sekuntum bunga sahaja pun dah cukup, atau sepotong kek, bukan sebiji besar tu pun, tak perlu pun.
Saya pernah terlalu kecewa dengan dia, waktu lalu di pasaraya ternampak bunga bersusun, saya beritahu suami, sekuntum rose RM5 je sayang.
Waktu tu baru 3 hari hari lahir saya lepas, tetap dia tak belikan, tunggu birthday saya yang akan datang katanya, tapi masih sama.
Saya tak tahu macam mana nak gambarkan sedih tu, mungkin pada orang lain benda macam ni tak perlu fikir dan teramatlah kecil tapi bagi saya kesan nya mendalam sangat2.
Saya sampai berfikir mungkin expectation saya terlalu tinggi, tapi lihat kawan2 yang suami sangat appreciate mereka, happy je walaupun hadiah hari jadi hanya coklat bar, saya bukan nak yang mahal2 pun, saya nak diingati dan dihargai.
Betul suami seorang yang bertanggungjawab, tapi suami sangat berkira atau mungkin dia rasa benda2 kecil tu tak perlu.
Kadang saya teresak sebelah dia sebab kan perangai dia yang tak menghargai tu dia buat donno je, tak ada tanya pun kenapa, tak ada sesi pujuk memujuk langsung, saya lah yang akan pujuk hati untuk jangan terlalu ambil hati dengan sikap suami,
Saya tetap layan dia macam biasa, macam mana down pun saya, emosi pun saya, benda tu tak akan lama, saya cepat2 switch macam tak ada apa2 berlaku.
Pernah saya perlu beli laptop untuk tujuan kerja, tapi simpanan saya tak ada, saya pinjam duit suami, saya minta kalau dia boleh hadiahkan duit yang saya pinjam daripada dia tu,
Tapi tak ya, saya kena bayar jugak sikit2 semula pada dia itupun sampai lah habis saya bayar sikit pun suami tak pernah stop saya untuk bayar.
Mungkin betul lah expectation saya terlalu tinggi, dan saya pula dapat pasangan yang terlalu tak kisah, tak ada nak ambil hati saya atau belanja saya walaupun benda kecil.
Semoga pedih hati saya ni Allah tukarkan dengan bahagia2 yang saya tak sangka2, doakan kami dikurniakan zuriat ya, sudah 5 tahun dan masih mencuba.
– Fitrah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit