Su4mi Pengotor

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Terima kasih admin kerana siarkan luahan hati aku.

Aku berusia pertengahan 30, dah kahwin 5 tahun, di kurniakan tiga anak.

Masalah aku ni dah lama aku pendam. Nak luahkan dekat orang terdekat nantikan jadi aib pulak. Jadi aku luahkan di sini sebagai Jenab..

Ceritanya, laki aku ni ada masalah kebersihan dan aku pulak jenis pengeli dan pembersih.

Awal perkahwinan memang tak nampak. Tapi lepas 2 bulan kahwin dah start nampak tabiat tu.

Laki aku ni bagi aku la agak tak menjaga kebersihan diri. Contohnya dia boleh mandi 4 hari tanpa sabun, tak berus gigi berhari-hari. Dah lah mandi tu kejap ya amat.

Laki aku ni badan agak besar. Jadi agak susah katanya untuk sabun seluruh badan. Belakang badan memang just siram dengan air saja.

Sental? Dia memang jenis tak sental badan, hanya lalulan sabun di kulit badannya. So korang bayangkan la berapa inchi daki dia.

Pernahlah dia pakai baju kemeja putih yang baru beli. Tak sampai sebulan pakai, bahagian coller baju dan pergelangan tangan dah ada kesan hitam daki.

Baju kemeja dia semua macam tu kecuali warna hitam. Aku ingat budak-budak je yang macamni. Rupanya orang tua pun ada.

Bab berus gigi, dia sangat malas nak berus gigi. Terutamanya sebelum tido.

Bila aku ingatkan dia untuk berus gigi sebelum tido, dia akan balas esok pagi akan berus jugak so tak payah la berus. Lagipun tido je, bukan buat apa pun.

Tapi yang heran nya, mulut dia jenis tak berbau pun. Tapi yang jadi masalahnya bila bersama. Aku sangat tak selesa.

Pernah la sisa makanan dalam mulut dia termasuk dalam mulut aku. Aku nak muntah.

Lagi-lagi kalau bersama waktu pagi. Busuk! Spoil mood aku. Aku dah nasihat dia tapi macam tak jalan je.

Kuku tangan dan kaki. Tak yah cakap. Jari kaki memang selalu kena infection (katanya jari kaki dia sensitive tapi entahlah).

Kuku jari dan kaki dipotong memang sangat tak kemas. Kadang dibiarkan kuku panjang dan ada kotoran dicelah-celah kuku. Pengotor! Geli!

Oh ya, sebelum berkahwin kami sangatlah jarang berjumpa (sebab jarak jauh dan aku bekerja offshore, bila berjumpa dia berkasut so tak dapat tengok kebersihan kaki dia). Dia jaga penampilan ketika itu.

Bab istinjak, aku rasa dia tak teliti juga. Sebabnya seluar dalamnya selalu berbau hancing.

Dah kadang-kadang dia baru lepas buang air kecil masih ada bau hancing dalam tandas. Aku kadang-kadang jadi was-was dengan kesucian rumah aku. Yela untuk solat kan.

Ya tandas memang aku sorang je yang basuh. Sampaikan 1 tahap aku dah feedup sebab aku je yang kena basuh, aku asing tandas aku dan dia.

Tak sampai sebulan tandas dia dah jadi macam tandas awam. Malu aku bila tetamu datang tumpang tandas

Laki aku ni membesar dengan ada bantuan bibik dalam keluarganya. Jadi semua kerja dari mengemas dan membersih memang diuruskan oleh bibik.

Mak dia pun jenis yang sangat manjakan anak-anak dia. Kerja rumah memang bibik atau mak dia akan buat.

Sampai pinggan lepas makan ditinggal je di meja (semua adik beradik dia tak kira laki ke perempuan).

Senang kata dari A to Z memang bibik yang settlekan. So korang faham faham la ye tugas aku selepas berkahwin dengan laki aku. Memang serupa bibik la!

Berbeza dengan keluarga aku. Mak aku pulak semua kena buat kerja rumah, tak kira laki ke perempuan. Sama-sama kena buat.

Mak aku selalu pesan dekat adik beradik laki aku supaya jangan jadi pemalas dan pengotor. Jangan harapkan bini je buat kerja rumah.

Kalau aku dah tak larat sangat, aku upah orang untuk bersihkan rumah, bayaran aku yang bayar.

Sekarang aku dah letih sebab aku sorang je yang buat kerja dan perangai dia yang pengotor. Aku sampaikan nak berpisah je sebab tak tahan.

Mesti korang kata benda remeh je nak besarkan. Tapi benda ni buat aku jadi stress, buat aku tak happy, buat aku tak aman hidup. Kadang kadang aku geli dangan dia..

– Jenab (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *