Untuk part I, (https://iiumc.com/su4mi-pengotor/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/su4mi-pengotor-ii/).
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hai Jenab kembali lagi. Kali ni aku nak cerita apa tindakan aku buat.
Sebenarnya aku dah start sebelum aku hantar confession pertama lagi. Dan aku juga ada buat penambahan apa tindakan aku berdasarkan nasihat2 korang.. Terima kasih ya.
Ya aku dah start cerita masalah kepada mil aku. Dia tak terkejut pun dengan sifat pengotor anaknya tu. Siap minta tolong aku untuk tengok2kan anaknya lagi, terutamanya tentang kebersihan kaki.
Kaki laki aku memang banyak kali kena infection, sampai demam terketar2 dan siap kena warded untuk drip antibiotik.
Aku siap pesan kalau sikap anaknya masih sama aku akan failkan penceraian. Aku siap dah ‘book’ sorang lawyer ni kalau kes aku pergi ke mahkamah nanti.
Aku bagi masa sampai hujung tahun ni untuk dia berubah. Agak lama. Tapi sesuai la untuk dia ubah tabiat lama kan
Aku juga ada bercerita dengan mama aku sendiri. Mama aku pun tak terkejut. Cuma dia tak sangka aku boleh bertahan banyak tahun dengan sifat laki aku tu.
Mama aku dah ada firasat dari awal lagi yang laki aku mungkin ada masalah kebersihan sebelum aku kahwin lagi. Hebat kan!
Cuma aku je dulu tak dengar nasihat mama. Padan muka! Yela aku ingat pengotor dia ni tahap biasa2 je.
Mama juga sebenarnya tak berapa berkenan dengan laki aku ni. Mungkin sebab sebelum ni hampir semua laki yang aku kenalkan pada mama berbadan tegap, cerah2 dan ada rupa. Tapi dah bukan jodoh nak buat camne. Haha.
Aku ada baca komen kata aku ni gemok. Haha. Sampai hati korang ye. Aku bersaiz normal je, tak gemok, tak kurus. Tak rendah, tak tinggi sangat.
Status janda bagi aku tak ada apa sangatla, asal aku bahagia..
Sekarang bila aku ambik Annual leave, aku akan ke salon buat rambut, pedi manicure, massage badan, facial. Kalau dulu aku akan habiskan masa untuk cuci dan kemas rumah je. Lepas tu sakit satu badan.
Aku pun dah siap2 tukarkan penama hibah aku kepada parents dan adik beradik aku sebagai pemegang amanah.
Aku pesan kalau terjadi apa2 tolong jaga anak2 aku dan harta2 aku semua untuk anak2 aku. Aku percayakan keluarga aku.
Buat masa sekarang aku tak terima tetamu untuk datang ke rumah melainkan parents aku dan parents laki aku.
Yela, aku dah tak bersihkan tandas dia dan apa2 yang diguna laki aku. Malu kot rumah kotor. Tapi ruang lain dalam rumah aku terpaksa bersihkan juga demi anak2 aku.
Disebabkan aku rimas dengan keadaan rumah, weekend aku akan keluar dengan anak2. Ada je aktiviti luar kami bersama. Kalau rasa nak berehat aku akan check in hotel atau airbnb.
Hampir setiap hari aku akan hantar gambar keadaan tandas dan bilik lepak laki aku kat parents dia. Update apa anak dia buat. Pandai la mak dia nasihatkan anak dia tu
Untuk persediaan aku mula mencari kawasan yang sesuai untuk aku dan anak2 memulakan hidup baru.
Aku survey siapa akan aku upah untuk menjaga anak2 aku bila aku keluar bekerja. Aku nak yang terbaik untuk anak2 aku. Aku juga ajar anak2 aku pasal kebersihan dan buat kerja2 rumah.
Korang rasa apa lagi patut aku buat?
– Jenab (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit