Ujian akhir zaman.. haihh. Dulu waktu aku bujang.. dah biasalah takat suami suami orang level Dato pengarah kat ofis kerajaan. Or laki laki orang level2 profesional mahupun pembantu am gred rendah sama ada bujang atau laki orang yang nak adjust aku.
Sampai habis buruk imej aku di gosip kan. Mungkin salah aku jugak sebab jahil masa tu pakai baju kurung ikut shape dan tudung tak labuh sangat. Nak cakap cun sangat tu tak lah. Tapi orang cakap cantik la jugak.
Bagi aku takat comel manis tu ada laa and dengan badan dan ketinggian yang perempuan selalu puji. Huhu.
Long short story, tak nak bahas sangat isu waktu zaman bujang. Ingat ke masa tu dugaan dahsyat dah.. so ingat kalau dah kahwin dah selamat la tak ada orang kacau.
Ingat berpindah tempat kerja sebab nak mula lembaran baru tak nak gosip gosip merepek ni… So kat tempat baru nampak lebih tenang sebab budaya orang kat negeri ni mungkin tak too forward sangat macam kat KL..
Nak dijadikan cerita.. aku pun berkahwin. Tapi sebelum kahwin tu macam biasalah. Sama je di ganggu laki laki orang kat ofis. Tapi tak seteruk gangguan s3ksual Macam di tempat lama.
Kat tempat lama tu pakcik ofis umur dah nak 58 pun suka hantar e-mail bukan bukan dan bagi gambar p0rno dan tulis melucah.
Aku ni kesian kat dia orang tua tak sampai hati nak report. Nanti tak dapat pencen pula orang tua tu.
By the way, personaliti aku agak strong. Bukan sopan santun lemah gemalai sangat.. tapi satu je. Aku mudah senyum dan gelak dan orang mudah rapat dan mesra.. padahal aku cuma nak jaga hati..
Dekat kaum perempuan pun aku suka ber senyum senyum manis dan gelak gelak mesra. Tu memang personaliti.
So nak di jadikan cerita.. aku dah kahwin dah beranak pinak ni pun masih la suami suami orang yang level profesional ni ganggu aku. Tak hormat langsung aku bini orang.
Kalau setakat suka lalu depan ofis sebab nak tengok aku.. stalk aku.. tu tak kisah lagi.. ni sampai hantar chat whatsapp sembang bukan bukan…
Aku jadi terkejut dan hilang respect kat dia ni. Kalau korang tengok dia. Korang pun tak akan percaya.
In fact mostly laki orang yang obses kat aku stalk aku ni semuanya level jawatan profesional dan rupa dia orang dah sama level macam hero drama TV3.
Malah lebih berupa dari patah Amin ke Syapik karl. Fizikal boleh jadi model. Isteri cantik Sangat pula tu even suri rumah.. or isteri jawatan profesional juga. Isteri cantik badan masih lawa.
Macam tak logik kan? Dan ada perfect life anak bini elok cantik comel kerjaya.. tahu la diri tu berupa tapi tak perlu kot nak test market. Atau memang sifat semulajadi player?
Kalau nak kata aku ni cun sangat sampai diorang obses tu tak lah cun sangat aku ni. Tak logik aku nak kena pakai purdah la. Aku selalu cerita kat suami aku. Dia memang tahu masalah aku ni kat tempat kerja.
Mula mula dia tak nak percaya ada laki orang obses sampai stalk aku. Then dia dah mula percaya dan dia cakap tak pelik pun. Dia kata mungkin orang memang mudah geram. Dia selalu pantau la pemakaian aku.
Benda ni ganggu kerja aku la. Aku just nak buat baik dengan semua orang. Aku tak nak marah orang or malukan orang. Tak nak bermasam muka kalau tegur kecil hati. So aku dilema. Harap orang hormat status isteri orang dan dia orang pun kenal je dengan suami aku..
Yang paling tak boleh terima tak sangka orang yang selama ni aku hormat and ingat dia normal je rupanya teruk ada fetish. Dan aku sangat marah sebab diganggu macamtu. Belum cerita kat suami aku sebab confirm akan bergaduh.
Aku jadi macam tak percaya rupanya lelaki yang nampak normal macamtu.. Nampak macam beriman wife elok jaga aurat tudung labuh. Rupanya dia sosial sangat.
Selama bertahun ni masih boleh sorok.. Baru baru ni dia tunjuk belang kat dalam text. Nak tersedak air aku minum.
Sumpah aku kesian dengan wife dia. Ingat ke nampak bahagia normal. Kalau korang tengok lelaki ni pun konfem korang cair sebab memang belok.. dengan ciri2 drama TV3.
Then nampak family man bahagia.. rupanya tak boleh pakai. Jenis nak hambat bini orang. Ingat ni ofis Putrajaya ke jenis rancak laki orang skandal bini orang.
Just nak nasihat siapa siapa baca ni. Kalau dah berpasangan tu. Banyak kan syukur nikmat Allah dah bagi kat dunia ni boleh bersenang senang dengan pasangan cara halal.
Jangan biasakan diri pandang yang haram. Memang la yang halal kat sebelah rasa tak menarik dah. Apa la perasaan bini kalau tahu suami dia suka puji puji bini orang lain cantik la apa la.
Jangan ambil kesempatan yang bini beri sebab bagi kepercayaan..tak check handphone korang.. jangan la guna kan peluang tu nak buat kerja jahat.
Dah jadi kerja aku pulak nak kena doa kan diorang ni lepas solat supaya di lindungi dari maksiat. Supaya tak pandang yang haram. Supaya jadi suami dan bapa yang baik. Aku nak marah tak berani. Kalau dulu masa bujang boleh la aku main tukar tempat kerja..
Aku risau sebab aku dah anggap dia sahabat. I thought he is a Good man. Suami aku pun banyak tahu cerita pasal dia. Aku puji yang baik baik. Tak sangka rupanya split personaliti. Ada kecenderungan bukan bukan. Seram ok.
So korang jangan la percaya sangat suami korang tu. Rajin rajin check handphone dia. Dan sebenarnya dari segi etika pun boleh tahu personaliti laki korang tu macamana.
Ade lelaki yang memang pemalu tak pandai sembang dengan wanita apatah lagi nak pandang isteri orang dan text bini orang. Kategori ni mungkin selamat lagi.
Tapi kalau laki korang jenis bergaya dan jenis pandai sembang dengan perempuan.. konfiden. .tak penyegan…. Tu korang kena hati hati.
Doa kan aku selamat dunia akhirat. Terima kasih.
– Cik Kailani (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit