Hi. Nama saya Jane. Saya tak pandai nak intro2, straight to the point saja lah eh..
Okay ceritanya macam ni, saya kawen dengan husband saya (H) ni dah setahun lebih.
Masa kawen, saya ada kereta saya, axia sahaja. Sudah habis bayar hutang. Jadi tinggal maintain servis saja tiap bulan.
Dan untuk permulaan masa mula mula kawen, H ni ada rumah medium cost dia beli masa dalam 8-9 tahun lepas.
Dia sewakan tanpa agreement jadi bila dah kawen ingat nak duduk lah rumah tu. Macam biasa, rumah tu hancur barai teruk penyewa tak jaga (biasa lah sewakan takda agreement kan).
Jadi bila nak duduk, rumah tu dalam kondisi yang tak sesuai diduduki tau. Nak renovate, duit dia takda pulak. Dah habis buat kawen.
Jadi ayah saya dengan baik hatinya sponsor 10k untuk elokkan balik rumah tu. Naik tembok, plaster lubang2, cat semula balik.
Tapi suami saya pun ade juga keluarkan duit untuk wiring dan pasang tiles yang jenis gam tu kan.
Setahun lepas kawen, kereta dia start problem. Aircond rosak.
Jadi bila balik kampung dia, mesti pakai kereta saya sebab yelah dah takda econ kan. Panas tu. Bayangkan dari bulan 11 2022, ni dah masuk bulan 6 2023.
Pegi mana mana jalan jauh dia still bawak kereta saya. Saya okay je nak bawak kereta saya pegi jalan jauh. Jalan dekat contoh pegi kerja ke, dia bawak kereta dia.
Tapi kan, bila servis, saya siap pegi dengan dia servis sama2. Takda inisiatif langsung wey nak sponsor waima separuh.
Masalahnya kerap juga dia pakai untuk jalan jauh ya. Ade kematian kat kg, bawak kereta saya. Setiap bulan balik kg. Bawak kereta saya.
Belum lagi kenduri sedara mara yang jauh biasanya selangor, pun kereta saya dilanyaknya.
H ni kalau bawak kereta lasak. Bumper tu main langgar je. Penah dia langgar kedegung kuat. Saya mengamuk la saya cakap, “Dah bumper tu brek lah!”.
Dia cakap, “Dah berat memang lah bunyi”.
Ya Allah memang la saya ni overweight. Tapi selama lama saya bawak kereta tak penah bunyi teruk macam tu. Dah bukan sekali ni je tau dia buat macam tu.
H hari tu penah cakap, nak refinance rumah. Nak bayar balik hutang ayah yang tolong renovate rumah tu pada saya. Dan lepas refinance rumah, 1 sen pun tak nampak duit tu.
Saya memang selama ni jenis tak penah tanya pasal duit dia. Sebab yelah barang rumah cukup. Bil semua dia bayar. Walaupun tak penah bagi nafkah duit.
Saya okay je sebab memang sebetulnya saya ada duit saya sendiri.
Saya pun tak tahu la adakah jenis lelaki memang macam ni. Pakai harta benda bini, takda rasa serba salah ke nak tolong sponsor maintenance.
Bukan suruh bayar kereta bulanan pun. Sponsor separuh pun tak terasa nak bagi ke?
Balik kampung dia pun sebab pakai kereta saya, yang sentiasa pastikan kereta minyak penuh. Tol pun saya topup. Saya rasa saya ni terlalu baik sampai diambil kesempatan.
Jadi apa saya nak minta pendapat pembaca. Patut ke saya minta bayaran full renovate rumah ayah saya bagi dulu, dan juga bayaran FULL kos maintenance kereta.
Saya guna juga kereta tu tapi dekat dekat. Rumah mak saya pun 40 minit je dari rumah suami sekarang. Saya ni terlampau baik ke?
Saya ni sebenarnya benci lelaki yang terlalu berkira dengan saya. Dulu masa kenal suami, dia tak berkira macam ni.
Saya bila orang tak berkira, memang saya tak berkira. Tapi bila dah jadi macam ni, saya sedih sangat.
– Jane (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit