Untuk part I, (https://iiumc.com/su4mi-tiket-ke-ner4ka/).
Sambungan dari kisah aku yang lepas waktu aku gaduh besar sampai suami aku kata aku isteri derhaka tu,
Aku confront semua yang aku tak puas hati termasuk la kes dia berchat2 dengan perempuan, katanya dia bosan sebab aku sibuk kerja.
Senang betol jadi lelaki bagi alasan bukan ada apa2 pun cuma bosan, wah kau kalau bosan pegi cari kerja sana confirm kau tak sempat nak rasa bosan.
Aku bagitau jugak yang aku tak suka dan tak nak lagi dia check handphone aku tanya2 pasal duit ringgit aku. Sama jugak pasal aku nak balik rumah parents aku, bila2 aku nak balik aku tak nak dia halang.
Macam mana dia keluarkan hadis2 bila berdebat dengan aku macam tu jugak aku keluarkan hadis2 untuk lawan dia balik.
Then pasal kerja dia cakap dia nak jaga anak kat rumah sebab dia tak trust nak hantar anak ke pengasuh.
Suami aku ni bukan dengan aku je dia bermasalah dengan adik- beradik dia pun dia tak ngam dan tempiasnye kena dekat aku jugak. Macam mana adik-beradik dia pulaukan dia macam tu jugak aku kena.
Bayangkan duduk serumah tapi tak pernah sekali pun orang dalam rumah ni boleh duduk makan semeja, jangan kata hari biasa, bulan puasa pun kalau kata suami dengan aku ada adik-beradik dia akan makan di bilik.
Diorang satu family cuma akan act normal bila depan sedara-mara, waktu ni adik-beradik dia akan tiba-tiba jadi ramah dengan aku.
4 tahun jugak la aku survive dalam rumah tu, murung weh macam takda kasih sayang dalam rumah tu.
Kerja aku dah la stress dapat pulak suami yang macam ni ditambah hal ipar-duai, bertambah2 murung aku sampaikan setiap hari aku tanya diri aku kenapa aku kena balik rumah ni.
Ingatkan bila kahwin aku akan dapat adik-beradik tapi sebaliknya pulak yang jadi.
One day mertua aku datang dekat aku sambil nangis2 dan minta maaf dekat aku sebab apa yang anak-anak dia buat dekat aku.
Dia kata dia malu kalau aku mengadu dengan mak ayah aku pasal kes pulau tu. Dia nampak aku tak happy pun duduk sini.
Sebenarnye aku tak pernah cerita dekat sesiapa pun especially parents aku sebab aku tak nak diorang risau.
Dalam rumah tu yang paling ok sekali mak mertua aku lah tapi dia sakit, hidup dia memang bergantung ubat ada masa aku akan urut dia untuk redakan sakit dia. Aku bagi jugak duit poket dekat mertua aku.
Since mak mertua aku dah bukak cerita, waktu ni lah aku ambil peluang untuk consult parents dia pasal sikap suami aku dengan harapan maybe diorang boleh tolong,
Tapi tak banyak yang dapat membantu sebab mak dia sakit bapak dia pulak jenis ikutkan kehendak anak, tak boleh nak tegur anak lebih-lebih.
Untuk yang komen kata macam mana aku boleh kahwin dengan lelaki macam ni, percaya la kalau semua sikap buruk ni dia tunjuk sebelum kahwin, aku dulu dah angkat kaki.
Sebelum kahwin dia sangat berbeza ibarat macam aku kenal dua lelaki yang berbeza.
Sama jugak dengan family dia sebelum kahwin, aku dengan parents pernah datang ke rumah dia, waktu tu parents dia, adik-beradik dia semuanya ok nampak macam family yang harmoni.
Aku tak sangka pulak semua tu lakonan semata-mata.
Bila mengadu dekat parents dia tak jalan aku decide untuk ke pejabat agama, aku request untuk sesi kaunseling untuk aku dan jugak suami tapi malangnya suami aku ni tak nak bagi kerjasama.
Dua kali aku request dan dua2 tu jugak dia tak nak pergi.
Dalam masa yang sama aku bagitau suami aku yang aku nak pindah, aku nak menyewa taknak lagi duduk dengan family dia.
Suami aku cakap mak dia sakit dia susah nak tengok mak dia kalau duduk asing. Lagi satu kata dia sewa rumah ni rugi sebab bukan jadi hak milik kita.
Niat aku ajak pindah ni satu sebab aku memang dah tak tahan duduk rumah tu sebab semuanye serba tak kena. Aku nak masak jadi serba salah nak basuh kain jadi serba salah.
Semuanye serba tak kena lah. Kedua aku nak ajar suami aku ni jadi manusia yang bertanggungjawab, bukannye memerap celah ketiak mak bapak.
Jadi aku decide untuk beli rumah dalam masa yang sama aku usaha cari kerja lain dengan gaji yang lebih tinggi.
Alhamdullilah Allah permudahkan urusan aku, both kerja dan rumah aku dapat.
Aku cakap dengan suami apa pun jadi aku tetap akan pindah, dia nak jumpa mak dia setiap hari aku tak halang kalau dia nak duduk terus dengan mak bapak dia pun aku tak de masalah.
Selepas kitaorang pindah separuh dari rasa kemurungan aku tu hilang, beza sangat bila kita duduk rumah sendiri dengan menumpang rumah orang.
Rasa lega dan seronok tu taktau nak cakap macam mana, bebas nak masak tak perlu lagi masak dalam bilik macam sebelum ni, bebas basuh baju tak perlu nak tunggu tengah malam baru boleh basuh baju.
Memang aku syukur sangat bila dapat rumah ni walaupun kecik tapi aku happy.
Suami aku pulak ade sikap yang dia dah ubah ada sikap yang dia masih tak boleh ubah which is sikap malas dia. Kerja2 rumah memang dia tak buat alasan dia sebab dia dah penat jaga anak dekat rumah.
Aku hargai jasa suami aku jaga anak dari kecik, dia yang mandikan, cebok anak, suap makan, layan anak main. Sebab tu kadang aku malas nak bising sgt psl kerja2 rumah.
Suami aku pernah tanya kenapa aku berubah jadi aku yang sekarang ni, jawapan aku mudah je apa yang kau tanam tulah yang kau tuai. Dia tak kan dapat dah aku yang dulu.
Sekarang ni suami aku dah tak berani lagi control hidup aku, dia dah tak usik phone aku, dia dah tak tanya lagi pasal duit aku ke mana aku belanjakan semua dia tak tanya dah.
Lega selesai satu lagi masalah aku. Dia pun tak buat dah perangai berchat2 dia tu taktau la dia dah betol insaf ke ape tu urusan dia dengan tuhan.
Pasal hubungan suami dengan parents aku pulak dia dah tak halang aku balik, tapi kalau balik tu dia akan memerap jela dekat bilik. Bagi aku lantak kau lah janji aku boleh balik.
Untuk yang tanya kenapa aku tak tinggalkan je suami macam ni, untuk pengetahuan aku dah pernah hire lawyer dan filekan fasakh.
Waktu tu aku memang aku luahkan semuanya dekat parents aku apa yang aku lalui sepanjang perkahwinan aku ni.
Suami aku pulak time ni barulah dia nak melutut merayu2 dengan bapak aku suruh pujuk aku tarik kes.
Waktu tu aku ingat aku boleh go through tapi aku lupe aku ada anak yang rapat dengan both aku dan suami. Anak aku ni kecik lagi tapi dia macam faham.
Sepanjang proses tu aku nampak anak aku menung tak ceria macam selalu, sampaikan bapak aku sendiri pun notice benda tu dan minta aku fikirkan balik pasal permohonan fasakh aku.
Ya aku tau korang akan cakap aku bodoh sebab tarik kes, tapi terus terang aku cakap penceraian mungkin mudah bagi orang dewasa tapi bukan bagi seorang kanak-kanak.
Alasan ni macam cliché tapi ntah taktau nak describe macam mana melainkan kalau kita alaminya sendiri lebih2 lagi kalau anak tu rapat dengan bapak dia.
Selepas berbincang dengan parents kami decide untuk bagi peluang dekat suami aku untuk berubah. Walaupun aku tarik kes fasakh tu tapi aku tak tarik bodoh2 aku tukar kepada tuntutan nafkah untuk aku dan anak.
Dalam tuntutan tu jugak aku selitkan sekali berkenaan tanggunjawab suami dalam urusan rumah tangga dan tidak memutuskan hubungan silaturrahim antara isteri dan keluarga.
Suami aku yang terdesak tu memang akan sign tanpa bantahan.
Cara macam mana dia nak bayar aku taktau pandai-pandai lah dia usahakan sendiri. Perjanjian dan tuntutan ni aku akan pegang sebagai perisai aku di masa akan datang.
Sekarang ni focus aku cuma anak dan sambung study. Suami dia boleh ambil masa untuk buktikan perubahan dia.
Aku dah study semua selok belok pasal penceraian dan aku tunggu anak aku besar sikit dan sampai tahap di mana dia boleh faham kenapa ibu bapa dia perlu berpisah, in case suami aku masih tak berubah aku takda masalah untuk filekan semula penceraian.
Cara aku kekal positif dan waras, aku focus apa yang aku ada bukan apa yang aku takda. Aku mungkin takda pasangan yang membahagiakan tapi aku ada parents yang penyayang. Anak aku membesar dengan sihat dan ceria.
Aku takda masalah kewangan tak mewah tapi sentiasa cukup. Dari situ aku belajar untuk sentiase bersyukur, kalau nak dibandingkan dengan ujian orang lain yang lagi dahsyat.
– Isteri Kental (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit