Untuk part I, (https://iiumc.com/su4mi-tiket-ke-ner4ka/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/su4mi-tiket-ke-ner4ka-ii/).
Salam semua, terima kasih pada yang mendoakan kebaikan untuk aku semoga yang baik-baik juga untuk korang.
Aku decide untuk buat sambungan cerita untuk menjawab persoalan korang, semoga cerita aku ni boleh jadi iktibar untuk orang lain dan tak ada yang ulang kesilapan yang aku buat dalam hidup aku.
Ada satu komen yang kata kita nak cari pasangan kena selidik betul-betul biar berkawan lama sikit pun takpa.
Ya aku setuju dengan statement tu sebab aku kenal suami aku tak sampai setahun which bagi aku memang tak cukup untuk betul-betul kenal hati budi orang.
Untuk yang belum berkahwin nasihat aku jangan terburu-buru, pedulikan desakan orang sekeliling, abaikan je ape orang nak kata.
Jangan risau walaupun umur korang dah 50 sekalipun, biar la kita jadi orang yang memilih bila melibatkan pasangan sebab bila tersalah pilih kesannye sangat la besar.
Bagi aku mencari yang sekufu tu juga penting, sekufu bukan sahajs dari segi harta benda tapi dari segi pemikiran, keluarga, attitude lebih banyak persamaan lebih bagus.
Ibarat macam kita menyewa dapat housemate yang sekepala lebih mudah dan seronokkan berbanding yang tak sekepala, macam tu jugak suami orang yang kita perlu hadap setiap hari.
Tolong buat background checking kalau tak tau nak buat macam mana, invest duit sikit hire orang untuk buat check lah segala2nya sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Cabaran berumahtangga ni 100 kali lebih besar dari cabaran hidup single.
Untuk lelaki sebelum kawin belajar la benda2 basic dalam hidup contoh cara tukar mentol lampu, betulkan paip air, belajar masak benda2 basic bukan suruh belajar merendang mengulai pun jangan la semuanya mengharapkan isteri. Ubah la mindset suami raja isteri hamba,
Nabi pun tak layan isteri dia macam hamba malulah sikit.
Kalau korang rase belum nak ada rase tanggungjawab dan masih ade mindset isteri ni membebankan untuk ditanggung please please stay single forever, jangan aniaya anak perempuan orang lain.
Kurang2 kalau korang tak berkahwin ringan sikit beban nak jawab dekat akhirat nanti.
Sebelum ni aku kurang ilmu berkenaan rumah tangga, untuk perempuan sebelum berkahwin please cari tahu ilmu rumah tangga bukan dari sudut agama je tapi dari sudut undang-undang jugak.
Sebenarnye undang- undang kita sangat melindungi hak-hak isteri.
Ada yang kata apa guna aku tuntut nafkah dekat mahkamah suami aku bukan kerja pun macam mana nak bayar.
Bagi aku la rezeki ni ada banyak cabang tak semestinye kena keluar bekerja baru dapat duit. Duduk rumah pun boleh buat duit antara rajin dengan tak je.
Zaman sekarang ni zaman technology semuanye online buat lah dropship ke, meniaga online ke aku pernah buat semua tu dulu memang boleh buat duit yang penting kau rajin memang kau dapat, kau malas memang melopong la.
Nafkah ni bukan dah bercerai je boleh tuntut, masih jadi suami isteri pun korang boleh tuntut jugak. Tuntutan kalau dah approve dekat mahkamah tak boleh amik ringan ya.
Kalau kau ingkar isteri boleh filekan saman ingkar dekat mahkamah dan suami akan diberi 2 option sama ada selesaikan tunggakan nafkah atau pun kena waran tangkap, ha check in la kau dalam penjara sana.
Nafkah juga boleh dituntut pada bapa mertua atau adik beradik lelaki suami juga kalau suami ni gagal nak selesaikan. Tapi aku belum tahap hati kering lagi la nak buat part ni.
Bila dah lalui process ni sekarang baru aku faham kenapa ada perempuan yang taknak tuntut sebab process dia bukan lah mudah ya lebih2 lagi kalau takda persetujuan bersama.
Aku yang dapat persetujuan bersama ni pun amik mase berbulan jugak untuk Mahkamah approve.
Selain kos mase jugak terbuang bayangkan aku dah ambil cuti untuk sebutan kes dah sampai mahkamah pun, sekali Hakim takda EL dan tiada pengganti Hakim kena tunda hari lain.
Lebur cuti aku haritu, bayangkan kalau orang tu kurang duit takda kenderaan, berkali-kali kena datang lepastu bukan boleh terus settle.
Kalau nak bercerai lain pulak kesnye setiap kes tu bicara asing2 bukan sekali, cerai sebutan lain nafkah anak sebutan lain, hak jagaan anak sebutan lain. Jadi doalah, pilihlah seeloknya pasangan korang supaya korang tak perlu lalui semua ni.
Untuk yang memilih jadi suri rumah pilihan korang tak salah tapi make sure ada duit di tangan korang, kalau dapat suami yang tak culas alhamdullilah tapi make sure simpan jugak sikit untuk masa kedepan,
tapi mana yang suri rumah tapi suami kedekut berkira please usahakan ada income macam aku cakap buat online business dropship tambah ilmu kita belajar editing video dan lain-lain.
Semua tu tak perlu pergi kelas pun dalam youtube tiktok banyak. Beza bila kita takda duit ni suami pandang lekeh dengan kita.
Ada yang minta aku cerita kisah penerajang aku. Aku ni bukan orang yang suka bergaduh selagi aku boleh elak aku memang aku akan elak untuk bergaduh dengan sesiapa pun lebih-lebih lagi yang melibatkan kekerasan.
Tapi kesilapan aku ialah aku suka pendam dengan niat sebab taknak bermasam muka.
Benda ni salah sebab bila terlalu lama pendam tu yang jadi macam aku angin yang kumpul dalam badan dah naik ke kepala dan meletup.
Antara yang jadi punca2 pernah satu hari aku bangun tido tangan kanan aku tak function, memang tak boleh gerak or angkat langsung,
Aku pegi klinik doctor tak boleh bagi injection sebab aku masih menyusu badan waktu tu doctor cuma bagi ubat sapu dan sarankan aku pegi berurut.
Korang tau ape respond suami aku waktu tu, ini lah akibat bila isteri tak dengar cakap suami.
Waktu tu aku takde perasaan marah tapi lebih kepada sedih, sedih sebab tiada perghargaan dari suami punca tangan aku jadi macam tu sebab aku tido mengiring aku banyak menyusukan anak dengan mengiring.
Anak aku ni mase baby jenis kuat menyusu setiap sejam dia akan bangun malam. Tapi suami aku semudah itu cakap macam tu.
Punca lain bila makcik aku kol ajak datang rumah dia mandi kolam saje la ajak anak aku main dengan cucu2 dia boleh suami aku cakap keluarga aku ni memang suka menyibuk menganggu hidup aku.
Ada juga bila berlaku kematian pakcik dan aku nak balik untuk ziarah, suami aku bagi alasan tak perlu balik sebab haritu mase ada kematian side dia aku tak pegi,
Bukan aku tak nak pegi tapi kampung dia jauh kalau balik paling2 3 ke 4 hari kena stay sana aku ni berkerja bila aku suruh dia balik sendiri waktu tu aku cakap bawak jela kereta aku dan aku blh je pegi kerja naik LRT tak nak pulak.
Mase aku nak ziarah arwah pakcik aku tu aku nak balik hari je bukan stay sana plus time tu weekend. Kalau nak cerita banyak lagi sebenarnye tapi ni antara yang paling aku tak boleh terima dengan akal aku.
Jadi solution aku untuk benda2 yang aku pendam ni memang kaki aku naik ke muka dia. Haaa tu makan dia puas hati aku.
Tapi yang bagusnye suami aku ni macam mane aku gusti dia, cakar, tarik rambut dia tak balas balik tak tau la sebab dia takut tengok aku mengamuk ke,
Atau sebab bapak aku pernah cakap dekat dia kalau dia jentik aku bapak aku akan upah orang untuk pukul dia dan campak depan rumah mak bapak dia. Haha, bapak aku ni memang random jugak kadang2.
Tapi korang jangan la tiru perbuatan aku guna kekerasan tu berdosa.
Owh ya pasal ipar duai ada yang tanya apa respond dorang bila kami pindah.
Aku pindah dalam keadaan not in a good term, sebelum pindah tu ada berlaku kekecohan benda tak sepatut berlaku pun tapi sebab orang dah trigger aku kan,
So aku tak berdiam diri la memang aku jeritkan satu rumah tu, aku bagitau ape yang aku rase sepanjang aku duduk dalam rumah tu.
Kalau korang rase korang dibuli mental dan emosi please voice out, jangan biarkan pembuli tu senang2 pijak kita. Aku tak menyesal dengan ape yang jadi dan aku nekad untuk ignore terus orang2 toxic ni.
Lepas pindah aku cuma pernah jejak kaki sekali je dekat rumah tu, itu pun sebab mak mertua aku sakit teruk dan dia merayu2 minta aku datang.
Kalau ikut aku memang aku taknak pegi rumah tu dah sebab banyak kenangan buruk dalam tu yang aku tak nak ingat dah, macam mane aku nak cakap dia ibarat trauma yang kau takkan boleh lupa sampai akhir hayat.
Tapi sebab aku fikir mak mertua aku ni baik aku pergi jugak tgk dia dan dia keep on ulang2 maafkan dia. Tapi masalahnye dia bukan ada salah apa pun dengan aku.
Lepas pada tu kesihatan dia ok sikit, aku nak je melawat dia lagi tpi bila pikir orang2 lain dalam rumah tu aku jadi tawar hati.
Berdosa ke aku eh abaikan, parents aku cakap in laws ni ibarat ibubapa sendiri and keep ingatkan aku untuk melawat dorang tapi aku tak boleh lah wehh selagi ada ipar2 toxic dalam rumah tu aku memang tak nak pergi dah. Biar la suami dengan anak aku je yang pegi.
Kalau korang ditempat aku, ape yang korang akan buat.
Baru-baru ni jugak aku ada survey berkenaan hibah harta pusaka. Aku akan hibahkan rumah, kereta dan simpanan aku dekat satu2nya anak aku dan pemegang amanah ialah parents aku bukan suami.
Aku tak nak aku dah mati esok suami aku bersenang lenang untuk kegunaan dia. No way.
Cuma KWSP je tak boleh dihibahkan yang tu memang takda cara memang kena bahagi ikut faraid. Tapi yang tu pun aku tak kan mudah2 bagi suami aku uruskan semua.
Aku dah siap letak penama iaitu parents aku, suami cuma akan dapat bahagian faraid dia sahajs, bahagian anak aku parents aku yang jadi pemegang amanah.
Semoga dengan hibah ni takda siapa boleh pertikai. Pandai- pandai la suami aku nak hidup.
Mase aku hidup ni aku dah banyak mudahkan dia tak kan time aku dah lepak underground pun nak mudahkan hidup dia lagi.
Mane lah tau Allah ambil nyawa aku dalam masa terdekat aku kira2 sekali dengan insurance yang aku ambil atas nama anak boleh la anak aku hidup seadanya sampai dia dewasa.
Update pasal suami aku dia ada buat kerja part time bagus la untuk dia, kurang2 dia keluarlah dari comfort zone dia.
Betulkan balik tujuan hidup dia kalau cakap pasal sayang aku memang dah takda rase sayang dekat dia yang ada cuma kesian.
Kesian sebab dia ni kurang didikan agama masa kecik bila besar cari ilmu agama tapi tak belajar menyeluruh ambik mana yang benefit untuk dia.
Ada family pun tak ambik berat pasal dia tak de kasih sayang tak de support walaupun bukan dari broken family tapi hidup macam broken family.
Nak betulkan balik damage yang dah ada bukan senang. Kalau dia mampu berubah kearah kebaikan Alhamdullilah.
Aku pun tak de plan nak tambah anak cukup la seorang. Lagipun aku dengan suami ni macam housemate je, faham2 sendiri la. Fokus kitorang cuma besarkan anak yang ada je.
Sekian dari aku..
– Isteri Kental (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit