Su4mi Yang Bukan Su4mi

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sudi terima posting saya ni.

Entah la saya sebenarnya tak tahu nak bercerita pada siapa. Tapi dah rasa terbeban tak mampu nak simpan.

Jadi mungkin dengan menulis di sini mampu meringankan apa yang terbuku dihati. Di samping boleh membaca cadangan para komentar.

Saya kenalkan diri saya sebagai Melisa. Nama nak havoc-havoc je kan, semestinya bukan nama sebenar.

Perkahwinan saya telah berusia lebih 2 tahun. Mempunyai seorang anak yang comel yang berusia satu tahun lebih.

Saya terus mengandung lepas je kahwin dengan suami.

Awal permulaan, kami bahagia. Dia boleh terima segala kisah silam saya.

Saya juga sama, boleh menerima kisah silamnya. Bahagia la, lepas je kahwin terus mengandung.

Tapi, saya jadi pelik, selepas saya disahkan mengandung, suami saya sangat jarang bersama dengan sama.

Sepanjang mengandung boleh kira beberapa kali sahaja. Agaknya tak lebih pun 10kali sepanjang mengandung.

Sehingga saya beranak, dan kini anak saya berumur satu 6 bulan, suami saya langsung tak sentuh saya. Sedihnya saya.

Nak kata saya tak cantik, ramai puji saya cantik. Nak kata saya gemuk, berat saya 53kg saja. Entah la saya tak tahu.

Logik ke, kalau ikutkan perkiraan kasar saya, sudah lebih 2 tahun suami saya tak sentuh dan bersama saya. Saya selalu tanya dia. Dia selalu buat tak tahu.

Sekarang ni, saya dah makan hati dan rasa dah tak boleh tahan. Saya ni manusia. Saya ni ada fitrah nafsu saya.

Saya ada suami, tapi saya tak dapat salurkan nafsu saya pada suami saya sendiri.

Saya jadi pelik, pelik macam mana dia boleh bertahan bertahun-tahun tak bersama saya.

Saya juga sebenarnya rasa tertipu berkahwin dengan dia. Dulu dia kata dia tak merokok, hanya vape saja. Rupanya merokok.

Lebih teruk lagi, saya tertipu kerana dia seorang kaki ketum. Air ketum hari-hari dia minum. Saya rasa sedih tertipu berkahwin dengan dia.

Saya pernah tanya, kenapa perlu minum ketum.

Dia cakap dia sakit pinggang. Huhuhu. Dia tak mahu makan ubat, sebab tu minum ketum. Saya bodohkan diri aje. Bukan saya tak tahu, dia dah ketagih.

Suami saya seorang suami yang baik. Dia tahu saya berduit, dia tak curi duit saya. Dia juga ayah yang sayang anaknya.

Cuma kalau bab perangai dia yang garang tak bertempat, suka tidur sampai ke lewat tengahari dan petang, suka main game, entah la saya dah muak.

Sebab tu saya lebih suka duduk asing dengan dia. Lebih baik saya duduk rumah mak saya berbanding balik duduk dengan dia.

Sebab apa? Sebab ada dia pun macam takde. Ada pun tak berguna. Bukan boleh bersama pun. 2 tahun lebih kot. Korang bayang la.

Balik duduk dengan dia pun, yang banyak uruskan anak pun mertua saya (kalau saya tinggal anak atas urusan kerja).

Dia tahu apa? Tahu tidur je atas alasan kerja shift. Malam-malam main game.

Dulu belum ada anak, main game dari pukul 10 malam sampai 6 pagi tu biasa. Saya tak nasihat? Dah berbuih mulut.

Tu belum cerita saya sakit contraction nak beranak, dia boleh main game kat luar. Ya Allah, ingat balik ni, menitis air mata saya ni keluar.

Saya layan je sakit contraction sorang-sorang berulang kali pergi toilet. Rasanya kalau suami lain, akan selalu disamping isteri kan.

Entahlah, saya rasa saya dah makin tak tahan. Apa nasihat dan cadangan kawan-kawan sekalian. Harap boleh bantu saya.

Jika perceraian jalannya, saya tak takut untuk berpisah. Walaupun anak saya masih kecil, suatu hari nanti pasti dia faham kenapa saya berbuat demikian kan.

Ibarat janda anak satu dalam perkahwinan sendiri,

– Melisa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *