Su4mi Yang Kedekut dan An4k M4k

Salam semua, saya Syairah. Hampir 8 tahun saya pendam masalah dengan suami ni. Atau mungkin saya yang oversensitif?

Cuba kalian beri pendapat setelah dengar cerita saya ni.

Suami 38 tahun, anak sulung dari 4 beradik. Jarak umur kami 7 tahun.

Dia berkahwin lambat jadi sebelum kahwin dia claim dia pandai masak, urus kain baju, rumah sebab lama hidup bujang.

Saya fikir bila kahwin dengan lelaki yang berusia ni matang la, rupanya tidak pun. Ego dan sifat pentingkan diri yang lebih.

Kami pjj sejak kahwin. Dia di Terengganu, saya di Johor. Dia balik ke Johor 2x sebulan. Saya kerja shif. Jadi saya la yang uruskan anak sendirian.

Bila saya kerja malam, pengasuh jaga anak saya. Bila dia balik Johor, dia hanya tidur makan, main hp sahaja di rumah.

Anak2 masih saya yang kena layan lagi-lagi bila saya cuti masa waktu dia ada.

Masa tahun 2020 saya minta pindah ke Terengganu sebab saya rasa penat mental dan emosi nak uruskan anak-anak sendirian.

Pada mulanya suami tak izinkan tapi bila dah gaduh, barulah dia setuju.

Bila duduk bersama saya ingatkan suami membantu saya. Malangnya tidak.

Balik dari kerja, suami hanya sibuk dengan hp dan computer game.

Suami ada bilik khas untuk dia buat kerja jadi pintu itu sentiasa berkunci.

Jadi saya la yang sibuk sendirian menguruskan anak-anak, kemas rumah memasak, basuh/ sidai/ lipat kain selepas balik kerja.

Covid melanda. Suami work from home. Tapi saya kerja seperti biasa kerana saya bahagian kesihatan. Taska ditutup.

Jadi selama lockdown, suamilah yang jaga anak-anak. Saya ingatkan suami ikhlas menjaga anak-anak dan faham kesibukan saya tapi malang sekali tidak.

Pada satu malam tu, dia mengamuk. Dia marah kerana saya sibuk bekerja dan abaikan anak-anak. Jadi dia paksa saya berhenti kerja.

Dia ungkit tentang perintah Allah tentang tuntutan isteri menjaga kebajikan anak dan suami.

Bila pkp dihentikan, suami kerap outstation ke KL.

Mulanya saya ingatkan atas tuntutan kerja pejabat. Rupa-rupanya tidak, dia telah membuka tapak bisnes kontraktor di KL tanpa pengetahuan saya.

Saya dapat tahu setelah suami berhenti kerja hakiki dan suami bercadang untuk pindah KL.

Suami ugut saya untuk tidak bayar sewa rumah dan ‘kahwin lain’ kalau saya tidak berhenti kerja.

Suami juga tidak mahu jaga anak di KL dengan alasan nak fokus bisnes dan perlu kerap jumpa client.

Saya masih cuba untuk bertahan dengan kerja hakiki saya dan dalam masa yang sama tidak abaikan anak-anak.

Untuk makluman pembaca, saya cuba untuk tidak resign kerana saya tahu suami seorang yang kedekut dan berkira.

Suami bukan jenis yang mudah beri duit belanja. Sabun mandi, deoderon saya habis pun suami akan bising kalau guna duit dia.

Saya mengarang karangan ni pun dengan linangan air mata.

– Syairah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *