Su4mi Yang Kedekut dan An4k M4k II

Untuk part I, (https://iiumc.com/su4mi-yang-kedekut-dan-an4k-m4k/).

Terima kasih kalian atas teguran dan nasihat yang membina. Part 2 ni saya nak kongsikan suami saya ‘anak mak’.

Saya bukan nak burukkan suami, cuma saya nak tahu sama ada saya ni yang mengada-ada ke apa.

Suami berkahwin di usia 32 tahun. Dia anak sulung. Semua 3 beradik suami sudah bekerja. Semasa bujang suami banyak habiskan duit gajinya untuk parents dia.

Kami berkahwin melalui orang tengah. Jadi melalui penceritaan orang tengah menyatakan suami saya itu kaki masjid, tidak merokok dan taat pada ibu bapa.

Atas faktor itula, saya bersetuju untuk kahwin tanpa kenal hati budi. Bila sudah hidup berkahwin, baru la saya faham apa maksud 3 faktor tu.

Suami hanya kaki masjid bila di kampung sahaja sebab masjid tu depan rumah sahaja. Jarak 10 langkah sahaja. Ok tu tak pelah, asalkan cukup solat 5 waktu.

Ada satu sikap yang saya tidak selesa..

Sejak awal kahwin, suami selalu dan mudah bercerita apa-apa yang berlaku di rumah/hal kerja dengan ibunya sahaja. Tetapi dengan saya, bercakap bila perlu sahaja.

Mula-mula saya tak kesah la dan rasa macam bodoh la kalau nak cemburu dengan ibu mertua sendiri.

Tapi lama-lama perasaan tu jadi sakit hati dan menyampah bila semua perkara suami bercerita dengan mak dia.

Contohnya tentang hal kami bergaduh, saya masak tak sedap, saya letak gula dalam kari, saya biar anak nangis lama,

Saya tegur suami main game lama-lama, saya sibuk dengan kerja sampai abaikan anak, saya pakaikan anak baju buruk dan nampak selekeh dan banyakkkkkkk lagi.

Bab saya tegur main game tu, mertua back up suami sebab itu lebih baik daripada keluar melepak kat luar katanya.

Ada hari yang kami makan di kedai luar, saya sibuk layan anak-anak makan, tapi suami pulak gayut lama-lama dengan mak. Nanti balik rumah, suami akan gayut lagi.

Boleh dikatakan sehari 2-3 kali call mak sembang macam-macam.

Ke saya yang bermasalah sebab tak padai komunikasi?

Isu bisnes suami di KL tu, segala progress saya tidak boleh tahu dengan alasan ia sulit dan rahsia company.

Tapi dengan ibu dia, suami galak cerita sampai saya curi-curi dengar di pintu bilik.

Kalau balik kampung suami, saya seperti orang asing. ke atau saya jenis introvert? Tapi suami akan buat hal dia dengan mak dia sahaja la.

Kalau mereka ada plan nak pergi pasar/apa-apa urusan, saya terkulat-kulat duduk rumah sahaja la jaga anak-anak.

Bulan ramdhan lepas, satu petang tu kami keluar beli barang dan sampai rumah jam 6pm.

Bila tiba rumah, saya kena segera masak untuk berbuka. Anak-anak pulak nangis kat ruang tamu.

Suami pulak sibuk bergayut dengan mak dia dalam bilik, sembang pasal barang apa yang kami beli tadi. Sembang pasal harga barang dah mahal.

Saya masak mee goreng basah untuk berbuka. Bila nak berbuka, suami marah-marah sebab masak mee goreng sampai kembang.

Sedih sangat saya rasa hari tu. Dah la lepas selesai masak, saya terus kena mandikan anak-anak. Lepas tu dapat makian pulak.

Lama-lama saya rasa lebih baik lelaki yang anak mak/manja jangan berkahwin. Habiskanlah hidup bujang kalian dengan ibu kalian sahaja.

– Syairah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *