Su4mi Yang Tidak Ada Empati

Nama aku Iris, sesungguhnya bukan nama sebenar, dah berkahwin 5 tahun, 2 anak lelaki yang mengganas.

Aku tak tahu macam mana nak mula jadi aku terus luahkan sajalah.

Aku menaip ni dalam hati yang sangat marah, terluka, sedih.

Adakah aku isteri yang burnt out? Tapi aku bukan buat apa kerja yang memenatkan pun.

Aku isteri yang bekerja waktu pejabat. Suami aku kerja shift sebagai technician kilang.

Kami tidak sekufu dari segi education background & family. Tapi kerana cinta, aku terima. Suami aku baik.

Baik, tapi itulah dia tiada empati. Aku penat.

Kalau kawan kerja suami aku ada 5 orang, 3 orang masih bujang, 2 lagi berkahwin.

Yang suami aku, kalau bawa aku keluar makan anak beranak & kebetulan kawannya ada yang whatsapp/ call, sibuk sajalah dia mengajak kawannya makan sekali.

Apa kau tak nampak ke bini kau kat seat sebelah ni?

Kawan dia pulak yang ada common sense “eh takpelah kau dengan famili tu.”

Pastu laki aku pulak buat ayat merajuk dengan member. Aku macam nak pelangkung.

Ada satu ketika aku bawa keluarga kecil aku ni berjalan di pantai timur. Kos perbelanjaan semua aku bayar.

Kebetulan kawan sekerjanya ada di kampung kerana cuti bini nak bersalin.

Kalian bayanglah kami ni dari kl, ke pantai timur nak bercuti..

Yang si suami aku ni pergi merepek call kawan dia tu tanya tempat makanlah, tanya tempat lepak lah, ajak lepak, ajak makan.

Aku yang serabut. Setakat nak cari tempat, boleh je search kat fb tiktok berlambaklah sekarang.

Nasib baik kawannya tu ada common sense bini baru lepas beranak & nak jaga anak sulung. Kalau dia layankan laki aku ni, dengan dia sekali aku pelangkung.

Suami aku kalau shift pagi, balik jam 3pm tapi jarang amat nampak batang hidung dia 3pm kat rumah. Kadang 11pm baru balik itupun lepas diugut suruh tidur luar.

Dia trauma sikit sebab aku memang pernah kunci dia luar rumah sampai esok pagi. Pulak laki aku ni jenis suka tinggal kunci rumah. Peluang.

Yang aku tak terfikir sekarang ni, suami ni memang dia tak pernah ke gunakan akal yang dikurniakan Allah s.w.t tu untuk fikir,

“Isteri aku okay tak hari ni?”

“Anak meragam tak?”

“Isteri aku boleh jaga anak ke sorang diri?”

“Anak aku meragam, isteri sempat makan tak?”

Tak terfikir ke semua tu? Sebab apa tau, aku pernah dua tiga kali tinggalkan anak dengan dia di malam hari atas tuntutan kerja / team dinner dsb.

Tapi sepanjang masa aku duk teringat anak okay ke? Setiap masa belek phone.

Memang akan ada sentiasa la whatsapp suami tanya lambat lagi ke balik padahal belum satu jam pun aku keluar.

Itu jelah aku terfikir sebab sekarang dah jam 11.13 malam dan bayang suami aku pun aku belum nampak. Sebabnya dja ada dinner company.

Tapi langsung tak balik rumah dari pagi. Tak check aku tanya aku ok ke, aku stress ke, aku penat ke, aku dah makan ke, anak ok ke.

Harini aku stress sikit sebab anak pertama aku sakit, anak kedua aku macam dah batuk. Aku amik EL sebab aku tak boleh hantar anak ke taska.

Aku dah kunci pintu tu. Pandai dialah nak tidur mana. Dia ada motor je, kereta aku kunci. Aku penat harini. Biar dia pulak penat tunggu aku bukak pintu rumah.

Terima kasih sudi baca luahan aku.

Tak lama pun aku biar laki aku kat luar. Kalau dia balik dan aku belum lelap, cukup 10x ketuk aku bukalah. Kalau aku dah lelap, tunggu jelah sampai aku sedar. Hehehe..

– Iris (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *