Su4miku, An4k & Menantu Perfect

Tahun ni tahun ke 5 aku berkahwin dengan A. Kami dikurniakan 2 cahaya mata.

Bagi ibu aku & ibu mertua ku, suamiku ialah menantu & anak kesayangan kerana keperibadian dia yang bagus.

Tidak aku nafikan, suami aku seorang yang baik. Tidak merokok, tidak suka cakap pasal orang. Lebih banyak diam bila berada dgn keluarga aku & keluarga dia.

5 tahun usia perkahwinan kami, 5 tahun sisi lain dia yang aku saja yang tahu. Yang buat aku sangat letih.

Katakan harini aku masak sayur atas permintaan dia, dia akan makan sayur daun hijau saja, batang & bawang & carrot dia takkan makan.

Sedangkan dia cakap dia suka semua tu. Bila aku tegur, baru dia makan. The next month, bila saja borak2 pasal masakan sayuran yang dia suka, dia kata dia suka bendi.

Tak lama lepas tu, aku masak bendi. Dia tak makan pun. Sekarang, aku dah letih nak tegur kenapa tak makan bahan2 dalam sayur yang aku masak, biar lah, letih.

Pelupa semua benda. Sebesar2 hal hingga sekecil2 hal. Suami aku lupa.

Walaupun aku dah create group untuk kami berdua dan aku akan send semua info penting dalam group. Malam ni aku cakap, esok anak nak kena pergi klinik desa untuk checkup. Dia bawa kami ke klinik kesihatan.

Duit. Duit selalu akan jadi punca pergaduhan kami. Kereta yang dibeli atas nama aku, dibayar 70% guna duit aku, maintenance yang dibayar oleh aku,

Diketahui oleh keluarga suami aku, itu kereta suami aku (bukan kereta aku). Faham tak? Senang cerita, keluarga suami aku ingat itu kereta suami aku.

How come? Suami aku cakap dekat adik2 dia yang dia belikan kereta untuk aku. Aku malas nak betulkan, lagipun adik2 dia tak bercakap dengan aku. Malu kata suami aku.

Motosikal yang dibeli cash oleh aku, sengaja aku letakkan nama suami aku sebagai owner, sebab aku dah malas dengar dia merungut dia tak da harta.

Diberitahu pada adik2 nya, dia belikan motosikal untuk kegunaan aku ke tempat kerja. Janji nak bayar bulan2 dekat aku, lepas 6 bulan beli, dia kata dia tak janji pun dan katanya aku berkira ‘sikit’ bila bab duit.

Solat. Suami aku solat memang dijaga. Cuti weekend aku terbabas sebab berjaga malam sebab jaga anak meragam, 7.30 baru dia kejut aku. Subuh gajah lah aku. Kadang dia tak tolong kejut langsung.

Baby yang newborn ni 98% aku jaga. Siang malam aku jaga. Sampaikan berat turun dekat 20kg lepas bersalin. Letih badan.

Bila minta tolong tengokkan baby, dia cakap baby duduk dengan dia asyik menangis. Malam2 janji dia nak bangun kalau baby meragam tengah malam, sudahnya aku yang bangun. Setiap hari.

Kebersihan diri sangatlah aku utamakan. Hidup di asrama, jadi aku sangat tertib bila bab kebersihan ni. Bagi suami aku, tak da siapa tengok sudahlah. Tapi aku tengok?? Gosok gigi perlu diingatkan. Tambah bulan puasa ni.

Pagi nak mandikan anak lepas dia pergi kerja, Aku tengok berus gigi dia kering. Lepas dia balik kerja aku tanya, tak gosok gigi ke? Dia cakap puasa makruh gosok gigi.

Allahu letih aku nak tegurkan. Itu kerenah bulan puasa, bulan lain, katanya lupa, tak teringat, kalut mandi, tak sempat. Itu baru bab gosok gigi. Bab lain, haih letih kalau aku taip satu2.

Bila aku drive, kadang2 tersumpah kereta depan, dia akan cakap tak baik, berdosa kata macam tu. Bila dia drive, orang nak keluar simpang, dia lagi tekan minyak. Orang tua bawa kereta slow dekat depan, dia akan potong kereta tu sambil ‘rem’ kereta.

Berbeza bila pakai kereta cabuk dulu, sekarang dah pakai kereta continental, aku cakap “sejak pakai kereta ni, kenapa berlagak sangat bila bawak kereta” dia kata dia memang macam ni. Aku malas nak cakap banyak. Letih la nak tegur.

Nasihat dari aku ibarat tiada makna bagi dia. He never listen to me. Dan selalunya apa yang aku nasihat jangan buat, itulah yang dibuatnya.

Bila jadi masalah, aku yang perlu selesaikan. Aku nasihat jangan boros duit bonus. Dibelinya macam2. Last2 tak da duit hujung bulan.

Aku nasihat jangan bazir elektrik. Buka lampu sana sini, aircond siang malam. Aku tutup, dia buka. Bil sampai melambung, dia merungut, aku lah topup lebihan tu.

Nafkah batin yang wajib diberi pun dia “nanti2” lah. Bukan setakat atas katil, nafkah batin “spend masa bersembang lepas anak tidur” pun tak da sebab dia tidur sekali dengan anak. Aku kat sebelah yang burung hantu sebab struggle nak tidurkan baby.

Bagi family aku & family dia, dia sangatlah sempurna. Kalau lah semua tahu aku lah yang tolong tutup lopong2 kosong tu.

Aku sampai rasa anxious bila aku duduk dalam rumah sendiri, sebab aku kena fikir double. Kena fikir untuk diri sendiri & at the same time kena fikir untuk suami aku.

Kalau lah suami aku lebih menghargai aku, cukup sekadar whatsapp aku time tengahari tanya aku ok tak jaga baby. Cukup sekadar whatsapp aku tanya aku lunch apa dekat office.

Itu dah cukup memadai bagi aku, cukup untuk aku rasa diingati. Tapi bila aku cakap, esok dia whatsapp lah. Lusa dan seterusnya, none.

Sebab aku dah letih jadi watak utama dalam keluarga ni, aku decide untuk buat semua urusan aku sendiri.

Buka akaun asb anak2 sendiri, simpan duit gaji dalam akaun asb anak2 sendiri, ambil hibah atas nama suami & aku guna duit sendiri (aku cuma suruh dia sign form saja), servis kereta sendiri.

Mana yang aku boleh buat sendiri, aku buat sendiri. Kenapa tak suruh suami? Aku letih dengar “nanti” “kejap lagi” “malam ni” “weekend ni”.

Sekian luahan aku.

Aku bukan “kucing” dalam rumah ni, aku “harimau bintang” yang dah penat mengamuk dan sekarang aku guna sisa2 kasih sayang aku untuk pertahankan keluarga ni.

Sparks tu dah tak ada. Aku dah mainkan peranan aku, macam2 aku dah buat untuk mudahkan hidup kami sekeluarga, untuk jadi keluarga bahagia & jadi keluarga sakinah, tapi suami aku keep on lupa lupa lupa.

Doakan aku tabah demi anak2 aku yang perlukan aku..

– Jona (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *