Su4miku An4kku II

Untuk part I, (https://iiumc.com/suamiku-anakku/).

Hai, aku malas nak sambung sebenarnya. Nak baca pendapat korang je tapi kena sambung jugak sebab tak nak korang salah faham.

Part ni aku malas nak cerita sebab tak nak family aku detect ni confession aku.

Anak aku ada 3 je sebenarnya sorang anak aku meninggal masa lahir cukup bulan. Tak ada masalah masa mengandung sihat walafiat.

Harap korang yang kutuk aku buat anak 4 tu rasa tenang sikit dengar aku ada anak yang tunggu di syurga, Insyaallah.

Anak 1st of course yang dinanti. Anak kedua meninggal. Anak ketiga dirancang. Anak ke 4 Allah nak bagi walaupun aku pakai perancang yang 99% berkesan.

Tetap ada 1% yang tak berkesan, akulah insan terpilih tu. Aku dah usaha ya.

Now aku pakai triple protection. Implan, kondom & jaga waktu subur. Detail kan aku cerita…

Tapi korang beringat sama, kalau Allah kata kun fayakun.. korang jangan komen sesedap rasa, kita ada Allah yang berkuasa.

Bab hubungan suami isteri, kalau orang sakit mental nampak perempuan pun dia boleh londeh jugak, maaf atas kasar bahasa.

Suami aku berkelulusan diploma dari kolej swasta, aku ada ijazah dari universiti terkemuka.

Aku bercinta zaman belajar, aku tak tahu korang bercinta macam mana, tapi aku takde la sampai tahu serba serbi bukan duduk sebumbung pun kan.

Setakat keluar makan takkan korang sembang semua benda?

Kalau korang baca balik part 1, yang aku cerita banyak hal-hal yang selepas berkahwin, which is baru boleh detect sebab sebelum kahwin mana ada lalui semua tu.

Aku pulak jenis akan keluar tak langgar waktu solat, kalau lunch, masuk zohor terus balik, aku kurang gemar solat di surau awam kecuali terpaksa.

Selagi boleh arrange aku akan arrange luar waktu solat, sampai sekarang ni la perangai aku.

Aku tak minat sangat keluar so korang boleh agak tak banyak mana je waktu aku spend dengan dia sepanjang 6 tahun kenal.

Aduhhh kena detail lagi ke cerita? Takyah la kot. Cuma nak dengar pendapat je sebab aku taknak lah suami aku rasa lagi hilang self-confidence dia kalau tiba-tiba aku bawak pergi check then diagnosed normal.

Sebab tu aku tanya pendapat nak tahu kalau korang boleh explain symptom ni.

Alhamdulillah, ramai membantu. Sangat-sangat membantu sebenarnya explaination korang. At least aku dapat satu overview apa yang aku boleh plan.

Aku ignore je komen ‘macam mana anak boleh 4’ tapi siapa yang tulis panjang-panjang pasal autism semua tu aku baca semua hingga titik terakhir. Terima kasih tak terhingga.

Ya, dia ada abang autisme dah meninggal beberapa tahun lepas. Mak ayah memang jenis tak ambil tahu.

Yang cakap mental bully, mungkin ya, dia selalu jadi mangsa pukul ayah dia, mak pula sejenis ignorance. Tapi semua ni lepas kahwin la baru aku tahu

Sebab tu kalau korang tengok balik ayat 1st aku dalam confession sebelum ni, aku salahkan mak ayah dia. Dia jadi takut nak buat semua benda agaknya, takut silap lepas tu kena marah or pukul.

Aku agak ni la sebenarnya sebab tu sampaikan semua benda kena tunggu arahan baru buat. Yang tak tahan tu kena ulang ulang ulang even benda tu rutin.

No words I would ask his mother. Maybe I’ll go to doctor. Mungkin juga affected kes buli dalam training dulu, dia anggota beruniform.

Memang ada juga yang kemurungan masa recruit dulu, tapi dia nampak okay, atau maybe tak cerita sebab taknak aku risau. Lepas tu kerja dia memang dia bahagian yang tak perlu banyak berfikir.

Mungkin rezeki dia sebab keadaan dia macam tu kot. Sedangkan gaji sama je orang lain yang sama pangkat.

Dan aku memang tak dapat detect ya masalah dia ni, dulu kan long distance relationship.

Lepas few years duduk sekali baru detect, anak pun dah ramai, anak-anak aku jarak dekat semuanya sebab aku tak payah fikir masalah kewangan,

Aku ada maid dulu so aku fikir tak ada masalah la anak jarak dekat pun. Dulu la, dah takde maid sekarang.

Yang minta aku sabar, yang doakan aku syurga, aku menitis air mata baca.

Aku dah nak patah semangat sebab aku penat tapi aku tahu dia cuma ada aku untuk bergantung sebab mak ayah dia memang teruk perangai.

Cuma aku tak nak hidup dengan dia atas dasar kesian sahaja tanpa cinta dan sayang. Aku takut tambah dosa.

Tapi macam aku cakap, mungkin aku insan terpilih oleh Allah untuk jaga dia. Terima kasih yang doakan aku redha.

Aku sayang korang yang positif, aku dapat rasakan pegangan agama yang kuat dalam diri korang.

Anak-anak aku Alhamdulillah setakat ni nampak semuanya okay. Anak sulung aku antara top 3 dalam kelas. Yang dua lagi nampak good progress.

Hmm. Aku penat la korang. Aku ni betul-betul insan terpilih.

Dipilih mengandung walaupun dah pakai protection, kena kecam lagi tu sebab beranak ramai.

Dipilih anak meninggal, kes aku terpencil, doc cakap one in 10 thousand in the world.

Dipilih menjaga suami macam anak sendiri.

Masyaallah, mohon doakan aku syurga.

Syurga jugak untuk korang. Amiin..

– Mama (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *